Wanita Selalu Sakit Bawah Perut? AWAS, Ia Mungkin Tanda 4 Masalah Kesihatan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda mengalami sakit bawah perut? Keadaan seperti ini biasanya menyebabkan sensasi seperti kekejangan, sakit berterusan, atau mungkin juga rasa sakit yang tajam seolah-olah menusuk.

Kadangkala, keadaan ini juga mungkin berlaku bersama-sama keputihan dalam kalangan wanita. Walaupun keputihan merupakan cara vagina membersihkan keadaannya dan menyeimbangkan nilai pH, tetapi ia boleh menjadi sesuatu yang lain jika keadaan yang berlaku tersebut adalah tidak normal.

Keputihan yang tidak normal biasanya disebabkan oleh jangkitan di dalam tubuh yang boleh dilihat melalui bau busuk, lendir yang pekat dan memiliki warna yang tidak normal seperti warna kekuningan atau kehijauan.

4 sebab mengapa sakit perut bawah pusat terjadi

Untuk mengetahui keadaan yang anda alami dengan lebih jelas, berikut merupakan antara jenis masalah kesihatan yang dirasai jika anda sakit perut di bagian bawah tengah.  

Punca sakit perut bagian bawah tengah #1. Penyakit keradangan pelvis

Penyakit keradangan pelvis atau pelvic inflammatory diseases adalah satu jangkitan pada bahagian organ pembiakan wanita.

Pelvis terletak di perut bahagian bawah yang berdekatan dengan tiub falopio, induk telur, serviks dan rahim. Penyakit ini boleh disebabkan oleh beberapa jenis bakteria yang juga menyebabkan penyakit gonorea dan klamidia.

Bakteria pertama kalinya akan memasuki tubuh melalui vagina. Kemudiannya, bakteria berpindah ke organ pelvis dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Keadaan ini sebenarnya sangat berbahaya dan boleh menyebabkan keradangan kronik dan menjejaskan kesuburan.

Selain daripada rasa sakit bawah perut dan juga keputihan dengan bau yang menjengkelkan, anda juga biasanya akan demam, sakit ketika melakukan seks, sakit sewaktu membuang air kecil, pendarahan yang tidak teratur dan rasa keletihan yang melampau.

Jika hal ini berlaku, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan.

#2. Kanser serviks

sakit perut

Kanser serviks adalah termasuk dalam jenis kanser yang sangat berbahaya dan menjadi salah satu penyebab kematian wanita yang cukup tinggi.

Serviks adalah bahagian silinder berongga yang menghubungkan antara vagina ke bahagian rahim.

Kanser serviks ini berlaku disebabkan oleh virus Human Papillomavirus atau HPV yang berjangkit melalui hubungan seksual.

Biasanya virus HPV-16 dan HPV-18 adalah yang paling banyak menjadi penyebab kepada berlakunya kanser serviks ini.

Selain daripada sakit perut di bahagian bawah dan juga keputihan, seseorang wanita yang mengalami kanser serviks juga akan mengalami pendarahan yang tidak normal yang keluar dari vagina.

Sebagai contoh, mengalami pendarahan ketika bukan tempoh haid, waktu haid yang lebih lama dan mungkin juga pendarahan setelah atau semasa melakukan hubungan seksual. 

Walau bagaimanapun, perkara ini dapat dicegah jika aktif melakukan pemeriksaan pap smear.

#3. Uretritis (salah satu jenis dalam jankitan saluran kencing-UTI)

sakit perut

Untuk pengetahuan anda, uretritis adalah keadaan di mana uretra atau pundi yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh mengalami keradangan lalu menyebabkan iritasi. Keadaan ini juga boleh berlaku sama ada dalam kalangan lelaki mahupun wanita.

Uretritis biasanya akan menyebabkan rasa sakit sewaktu anda membuang air kecil atau semasa keinginan untuk kencing itu muncul.

Secara umumnya, uretritis adalah disebabkan oleh bakteria. Golongan lelaki yang mengalami uretritis akan mengalami pelbagai simptom seperti sensasi rasa terbakar sewaktu membuang air kecil, rasa gatal di hujung zakar, terdapat darah pada air mani atau air kencing dan keluarnya lendir dari zakar.

Bagi wanita pula, simptom yang dialami adalah seperti kerap ke tandas, rasa sakit semasa membuang air kecil, iritasi yang berlaku pada bukaan uretra dan keluarnya lendir atau cecair yang tidak normal dari vagina.

Punca sakit perut bawah pusat #4. Hamil luar rahim

sakit bawah perut

Hamil luar rahim atau kehamilan ektopik adalah keadaan di mana sel telur melekat di tempat lain selain daripada rahim. Pada kebiasannya, sel telur akan melekat pada tiub falopio.

Tetapi, dalam beberapa kes, kehamilan yang berlaku juga boleh terjadi di kawasan rongga perut atau serviks.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh American Academy of Family Physicians (AAFP), kehamilan ektopik berlaku dalam 1 daripada 50 kehamilan di dunia.

Pelbagai gejala atau simptom perlu diambil perhatian jika mengalami masalah atau keadaan ini.  Antara simptomnya adalah:

  • Rasa sakit yang menusuk di bahagian perut, pelvis, bahu dan juga leher
  • Terdapat pendarahan pada bahagian vagina
  • Pening kepala sehingga menyebabkan pengsan
  • Tekanan yang kuat pada bahagian dubur

Jika anda mengalami sesuatu yang luar daripada kebiasaan, terutama pada bahagian bawah perut berserta simptom-simptom lain, jangan berlengah lagi dan berjumpalah dengan doktor.

Anda mungkin tidak begitu pasti dengan apa yang sedang anda alami, oleh itu pemeriksaan awal oleh doktor dapat mengelakkan keadaan yang dialami daripada menjadi lebih buruk atau parah. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

Ada yang mengatakan kesan buang rahim atau histerektomi akan mengakibatkan penurunan berat badan. Namun adakah ia benar? Ikuti penjelasan ini...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/10/2020 . 3 minit bacaan

Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

Pernah tak anda rasa sakit perut dan kejang ketika berlari? Jangan risau, perkara ini sesuatu yang kerap terjadi. Jom ikuti tips senaman kami!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Dengar Terjadi Kepada Wanita Sahaja, Tapi Bolehkah Lelaki Juga Terkena Radang Pelvis?

Ada satu persoalan yang timbul sama ada lelaki juga boleh terkena penyakit radang pelvis atau tidak? Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Proses kelahiran bayi adalah perkara normal. Ini yang perlu ibu mengandung fahami tentang bukaan rahim. Semoga ia membantu berikan ketenangan kepada diri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mitos kanser serviks

Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
warna darah haid

Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
tanda kanser perut

Alami Sakit Perut Keterlaluan? Kenali 11 Simptom Kanser Perut Yang Mungkin Terlepas Pandang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan
punca kanser serviks

Selain Jangkitan HPV, Ini Punca Lain Yang Boleh Menyebabkan Kanser Serviks, Anda Wajib Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan