Kelebihan Solat Tarawih Di Bulan Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Solat merupakan satu kewajipan dalam agama Islam. Setiap muslim dewasa perlu melaksanakan solat 5 kali sehari. Ia merupakan rukun Islam yang kedua. Di bulan Ramadan, solat tarawih disunatkan ke atas orang Islam. Setiap orang Islam sudah tentu merindui suasana solat berjemaah di masjid selain kelebihan solat tarawih. Tidak lupa juga selepas selesai solat, ada lagi satu “kewajipan” yang mesti ditunaikan. Moreh!

Solat tarawih dilakukan sama seperti solat fardu. Bilangan rakaatnya berbeza mengikut pandangan berbeza sama ada 8, 20, 28 dan bahkan sehingga 36 rakaat. Namun di Malaysia, kebiasaannya masjid-masjid akan melaksanakan solat tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat. Sama ada 8 atau 20 rakaat, yang pastinya bukan 0 rakaat!

Tanpa diragui, solat tarawih mempunyai banyak manfaat dan kelebihan bukan sahaja dari sudut spiritual, tetapi juga baik untuk kesihatan fizikal dan psikologi. Ini telah dibuktikan oleh banyak kajian dalam dan luar negara. Sudah tentu, Allah tidak akan mewajibkan ke atas seseorang perkara yang tidak bermanfaat ke atas dirinya.

Ingin tahu apa kelebihan solat tarawih? Baca sehingga akhir artikel ini!

kelebihan solat tarawih

Kelebihan solat Tarawih terhadap psikologi

Solat adalah sejenis meditasi. Semua fokus harus diberikan dalam setiap pergerakan solat bermula dari takbiratul ihram sehingga salam. Antara manfaat psikologi solat tarawih ialah:

  1. Mengurangkan stres

Semasa stres, hormon kortisol akan meningkat. Ini akan menyebabkan masalah lain seperti pelepasan bahan kimia yang merangsang keradangan iaitu cytokines. Ia seterusnya boleh mengganggu tidur, menyebabkan depresi dan kebimbangan, meningkatkan tekanan darah serta menyumbang kepada cepat penat dan fikiran yang berserabut.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa meditasi mampu mengurangkan kesan keradangan disebabkan oleh stres. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan keadaan kesihatan yang terkait dengan stres seperti sindrom usus rengsa dan gangguan stres pasca trauma.

  1. Meningkatkan daya fokus

Pandangan mata pada tempat sujud yang dilakukan sepanjang solat ditambah dengan fokus yang diberikan boleh membantu meningkatkan daya fokus.

  1. Membantu kesihatan emosi

Posisi paling lama di dalam solat adalah berdiri membaca atau mendengar bacaan Al-Quran. Menurut kajian dari Zahedan University of Medical Sciences di Tenggara Iran, mendengar bacaan Al-Quran memberikan ketenangan dan membantu meningkatkan kesihatan emosi secara signifikan.

  1. Mengurangkan kehilangan memori yang berkait dengan umur

Peningkatan daya fokus dan pemikiran yang segar membantu mengekalkan minda yang muda. Masalah kehilangan memori seperti demensia dan Alzheimer boleh dikurangkan. Anda jangan terkejut jika melihat seorang berusia 80 tahun tetapi memorinya persis orang berumur 20 tahun. Mungkin rahsianya adalah rajin solat!

  1. Membantu melawan ketagihan

Disiplin mental yang dibangunkan melalui solat boleh membantu memecahkan kebergantungan dengan meningkatkan kawalan diri dan kesedaran terhadap perangsang ketagihan tersebut. Solat mampu mengalihkan perhatian, mengawal emosi dan impuls serta meningkatkan kefahaman terhadap punca ketagihan tersebut. Ini akhirnya membantu melawan ketagihan.

Kelebihan solat Tarawih terhadap fizikal

Selain psikologi, banyak juga kesan kesihatan fizikal dari solat tarawih.

  1. Meningkatkan stamina

Solat adalah seperti satu senaman. Banyak pergerakan yang terlibat dalam setiap rukun solat. Berdiri tegak, rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud, semuanya adalah pergerakan yang memerlukan tenaga. Lebih-lebih lagi solat tarawih yang mempunyai banyak rakaat, pastinya dapat membantu meningkatkan stamina. Bayangkan 20 rakaat setiap malam selama sebulan. Tidakkah itu satu senaman yang baik?

  1. Rehabilitasi

Pergerakan dalam solat menyerupai proses rehabilitasi. Ia justeru membantu kesihatan neurologi dan muskuloskeletal. Sebagai contoh, berdiri tegak membantu mengembalikan keseimbangan statik dan dinamik. Berdiri dengan dua kaki memberikan tekanan yang sama ke atas sendi-sendi di kedua-dua kaki. Rukuk pula menguatkan otot kaki dan belakang badan.

  1. Mengurangkan tekanan darah

Kajian menunjukkan bahawa solat mampu memberikan ketenangan dan menurunkan tekanan darah. Posisi sujud terutamanya mampu melakukan demikian. Dengan kedudukan otak di bawah paras jantung, banyak darah akan dipam ke otak dan menenangkan fikiran seterusnya merendahkan tekanan darah.

  1. Mencegah osteoporosis

Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang menjadi rapuh. Ia kebiasaannya berlaku dalam kalangan wanita selepas menopaus kerana perubahan pada hormon estrogen. Pergerakan ketika solat yang dilakukan secara berkala setiap hari boleh mencegah penyakit ini.

kelebihan solat tarawih

Sains dan agama selalu dilihat sebagai entiti yang berbeza. Walau bagaimanapun, agama Islam tidak pernah memisahkan antara keduanya. Sebagai bukti, solat yang merupakan amalan ritual utama agama Islam memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan badan. Banyak lagi amalan lain yang telah dibuktikan oleh kajian moden sebagai bermanfaat bukan sahaja dari sudut spiritual tetapi juga fizikal dan psikologi.

Di sebalik semua manfaat kesihatan yang ada, sebab utama orang Islam menunaikan solat bukanlah bergantung kepada hal ini tetapi hanya mengharapkan ganjaran dari Allah. Kita hendaklah sentiasa membetulkan niat agar tidak hanya memperoleh manfaat kesihatan, tetapi juga yang lebih penting agar diterima amalan tersebut.

Bulan Ramadan bulan spiritual dan fizikal. Jika boleh dapatkan kedua-duanya, mengapa tidak?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

Ketika COVID-19, kesihatan mental merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius. Tambahan lagi, masalah mental merupakan sesuatu yang boleh membawa maut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

Ada kajian yang kata bahawa aktiviti menyanyi dan menari mampu kurangkan stres. Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

muka stress

Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
stres pasca trauma

Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
gangguan personaliti

Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan