backup og meta

Jemur Kemaluan Boleh Naikkan Ghairah Intim Wanita, Fakta Atau Mitos?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/07/2022

    Jemur Kemaluan Boleh Naikkan Ghairah Intim Wanita, Fakta Atau Mitos?

    Jemur kemaluan di bawah cahaya matahari untuk naikkan ghairah seks atau nafsu wanita?

    Di Malaysia, mungkin masih belum berlaku lagi hal sebegini, namun ia telah menjadi 1 trend di luar negara.

    Ada beberapa influencer di media sosial seperti di Instagram yang melakukan penjemuran kemaluan dan mendakwa ia baik untuk kesihatan serta mampu meningkatkan nafsu wanita.

    Namun ternyata apa yang dilakukannya itu mendapat tentangan ramai pihak termasuklah pakar-pakar perubatan.

    Apakah manfaat kesihatan yang kononnya didakwa boleh diperoleh daripada aktiviti penjemuran kemaluan tersebut?

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

    Menjemur kemaluan atau perineum sunning dan kaitannya dengan nafsu wanita

    Aktiviti menjemur kemaluan atau disebut sebagai perineum sunning ini telah mula menjadi sesuatu yang viral sejak dimuatnaik oleh seorang influencer, Meagen di Instagram miliknya.

    Perineum adalah bahagian tubuh yang terletak di antara lubang dubur dan juga faraj bagi wanita, atau antara dubur dan juga zakar jika bagi lelaki.

    Menurut Meagan, ini adalah amalan pengikut Taoist purba yang berasal dari Timur Jauh. Meagen menjelaskan, perineum adalah 1 laluan keluar masuk tenaga ke dalam tubuh manusia. 

    Dakwaan manfaat kesihatan amalan menjemur kemaluan dengan nafsu wanita

    Melalui hantaran di Instagram miliknya itu, dia mendakwa, ada pelbagai manfaat terhadap kesihatan tubuh yang akan diperoleh daripada aktiviti menjemur kemaluan ini.

    Antaranya adalah:

    Artikel berkaitan:

    Menurut Meagan lagi, kesan daripada amalan tersebut telah dirasakan olehnya sejak sekian lama.

    Dia mengaku telah mengamalkan kaedah ini sejak beberapa bulan yang lalu dan melakukan rutin penjemuran kemaluan selama 5 minit setiap hari.

    Malahan, dia juga mendakwa penjemuran kemaluan selama 5 minit setiap hari mampu memberikannya tenaga selama berjam-jam kerana mendapat tenaga daripada sumber cahaya matahari. 

    Adakah ia selamat untuk dilakukan?

    nafsu wanita

    Ramai pakar perubatan menyatakan bahawa seperti anggota tubuh badan anda yang lain, perineum ini juga tidak sepatutnya didedahkan kepada cahaya matahari.

    Menurut Dr. Nazanin Saedi, Pengarah di Jefferson Laser Surgery and Cosmetic Dermatology Center, kawasan perineum ini juga adalah seperti bahagian tubuh yang lain.

    Ia memerlukan perlindungan daripada cahaya matahari dengan cara memakai pakaian yang sepatutnya.

    Dr. David E. Bank, pengasas Mount Kisco’s The Center for Dermatology, Cosmetic & Laser Surgery pula menambah, amalan ini sebenarnya amat berbahaya.

    Keadaan kulit adalah agak sensitif dan ia berisiko menyebabkan berlakunya kanser kulit dalam jangka masa panjang.

    Selain itu, kedua-dua doktor perubatan ini juga sependapat dengan mengatakan manfaat yang didakwa daripada aktiviti ini tidak mempunyai bukti saintifik. 

    Anna Karp, Ahli Dermatologi di NYU Langone Health pula berkata, jika aktiviti penjemuran kemaluan dilakukan kerana ingin menambah bilangan vitamin D pada tubuh, ia sepatutnya perlu melalui pengambilan vitamin.

    Bukan melalui aktiviti perineum sunning seperti ini. 

    Adakah perineum sunning membantu membekalkan vitamin D pada tubuh?

    nafsu wanita

    Vitamin D diperlukan oleh tubuh untuk membantu memudahkan penyerapan kalsium. Hasilnya, tulang dan gigi kita akan menjadi lebih kuat.

    Ia boleh diperoleh daripada sumber cahaya matahari melalui pendedahan anggota tubuh badan yang besar seperti dada, kaki dan juga tangan.

    Namun, amalan kaedah perineum sunning untuk mendapatkan sumber vitamin D khusus di kawasan sekitar lubang dubur amatlah tidak masuk akal.

    Malah, jika ia terus dan kerap dilakukan, seseorang itu berpotensi untuk mendapat masalah kesihatan yang lain pada masa hadapan.

    Ia berisiko untuk menyebabkan melanoma atau jenis kanser kulit yang lain.

    Jika benar-benar ingin mencukupkan keperluan vitamin D harian, tidak semestinya anda perlu berjemur di bawah matahari apatah lagi dengan menjemur kemaluan anda.

    Terdapat pelbagai jenis makanan yang mengandungi sumber vitamin D seperti ikan, kuning telur, cendawan dan juga udang.

    Melalui pengambilan jenis makanan seperti ini, ia boleh membantu tubuh anda untuk memperoleh sumber vitamin D yang mencukupi.

    Jangan terima bulat-bulat dakyah perubatan palsu di media sosial

    nafsu wanita

    Penyebaran maklumat seperti ini jelas bertebaran di pelbagai sumber media sosial. Sebagai contoh, ada yang mendakwa sesetengah amalan atau aktiviti tertentu mampu merawat kanser dan sebagainya.

    Begitu juga dengan penyebaran berkenaan amalan menjemur kemaluan yang didakwa dapat meningkatkan nafsu wanita dan juga lelaki, kesemuanya bermula daripada media sosial. 

    Dr. Stephanie Ooi daripada MyHealthcare Clinic, London berkata, ini adalah contoh yang biasa berlaku bagaimana maklumat yang salah berkenaan perubatan disebarkan di media sosial sehingga membahayakan orang awam jika dipraktikkan. 

    Artikel berkaitan:

    Dr. Stephanie turut menambah, tiada sebarang bukti saintifik yang menyokong dakwaan manfaat kesihatan seperti menaikkan nafsu wanita atau ghairah seks melalui aktiviti menjemur kemaluan ini. 

    Cara terbaik adalah dengan bertanya kepada mereka yang berkelayakan seperti doktor jika mempunyai sebarang kemusykilan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan