Nak Derma Darah Tapi TAKUT Gemuk, Betul Ke Badan Akan Berisi Lepas Derma Darah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah dengar tak orang kata lepas menderma darah, berat akan bertambah- benarkah? Sempena Hari Derma Darah Sedunia, 14 Jun, jom ketahui manfaat kesihatan yang akan diperolehi serta syarat derma darah.

Derma darah menggemukkan?

Jika anda percaya selepas menderma darah badan akan semakin berisi, ketahuilah ia hanya 1 mitos yang tidak tetap.

Amalan menderma darah tidak akan menyumbang kepada pertambahan berat badan seseorang.

Hakikatnya selepas menderma, sistem dalam badan yang bekerja bagi menggantikan darah atau sel plasma yang telah anda sumbangkan akan membakar kalori tambahan.

Cuma proses yang berlaku tidak ketara atau terlalu kerap sehingga menyebabkan anda mengalami penurunan berat badan. Tetapi yang pasti ia juga tidak akan mengakibatkan kenaikan berat badan.

Jadi hentikan kepercayaan anda itu dan jika anda cukup syarat derma darah, apa kata mulakan menderma darah hari ini?

Ini kerana ada manfaat kesihatan yang menanti.

Manfaat kesihatan menderma darah

Darah sumbangan anda sudah tentu amat dinantikan oleh individu yang memerlukannya. Namun ia bukan setakat itu sahaja.

Menurut beberapa profesional perubatan, tabiat menderma darah ini memberikan manfaat kesihatan kepada penderma.

  1. Mengurangkan tahap zat besi

Zat besi adalah sejenis mineral yang diperlukan badan untuk menghasilkan sel darah merah. Tetapi jika jumlahnya terlalu banyak, ia boleh membahayakan kesihatan individu. 

Ini kerana ia boleh masuk ke dalam organ badan yang berbeza seperti hati dan jantung serta menjejaskan fungsinya.

  1. Pemeriksaan kesihatan

Sebelum menderma darah anda akan menjalani pemeriksaan fizikal dan ujian darah ringkas.

Hasilnya, ia membolehkan seseorang untuk mengetahui jika wujud sebarang masalah kesihatan yang tidak diketahui seperti tekanan darah atau jumlah darah yang rendah. Bagus kan?

Walau bagaimanapun, seseorang tidak boleh menggunakan derma darah sebagai landasan untuk mengetahui jika mereka mempunyai penyakit bawaan darah seperti hepatitis B, hepatitis C atau  HIV.

Sebaliknya, pemeriksaan terus kepada doktor adalah cara terbaik jika wujud sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan. 

Walaupun individu dengan jumlah darah rendah tidak akan dibenarkan untuk menderma, namun sekurang-kurangnya ia membolehkan anda untuk mengetahui keadaan semasa.

Ia akan membantu bagi mendapatkan lebih maklumat tentang kesihatan anda.

manfaat kesihatan

  1. Bangga

Apabila menderma darah, secara tidak langsung ia menerbitkan rasa bangga kerana dapat membantu sehingga 3 individu yang memerlukan sumbangan darah anda bagi meneruskan kehidupan.

Menyedari bahawa anda akan memberikan perbezaan dalam kehidupan individu lain pastinya akan menghilangkan tekanan dan membuatkan anda berasa lebih baik.

  1. Membakar kalori

1 proses derma darah membolehkan anda membakar sehingga 650 kalori. Ia bukanlah 1 cara alternatif untuk bersenam, tetapi boleh berikan manfaat kesihatan secara tidak langsung.

Kini, anda menyedari bahawa derma darah memberikan manfaat kesihatan berbanding risiko. Mungkin ia menjadi pendorong untuk anda mula menderma?

Tetapi bagaimana pula dengan syarat derma darah? Adakah anda menepati syarat derma darah yang diperlukan?

Kriteria & syarat derma darah

Jika anda mempunyai keinginan untuk menderma darah, berikut adalah syarat derma darah yang perlu dipenuhi:

  1. Sihat tubuh badan
  2. Syarat usia:
  • Untuk penderma kali pertama harus berusia antara 18-65 tahun
  • Bagi mereka yang pernah menderma perlu berada dalam lingkungan usia 18-65 tahun
  • Mereka di bawah usia 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa mahupun penjaga
  1. Mempunyai berat badan 45 kg dan ke atas
  2. Mendapat tidur yang mencukupi, minimum waktu tidur adalah 5 jam
  3. Tiada mempunyai sebarang masalah kesihatan
  4. Sudah makan sebelum menderma darah
  5. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti:
  1. Pendermaan darah terakhir adalah 3 bulan lepas
  2. Bagi penderma wanita:
  1. Jangan menderma darah jika anda :
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern, Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih
  • Pernah tinggal di Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih
  1. Membawa salah satu dokumen ASAL berikut:

Warganegara Malaysia 

  • Kad pengenalan awam, tentera atau polis
  • Lesen memandu
  • Kad pekerja dengan no kad pengenalan dan gambar
  • Kad pelajar dengan no kad pengenalan dan gambar
  • Buku penderma darah (PDN 2) untuk penderma ulangan

Bukan warganegara Malaysia

  • Tinggal di Malaysia melebihi 1 tahun
  • Pasport
  • Permit kerja dengan nombor pasport dan gambar
  • Kad pelajar dengan nombor pasport dan gambar

11-syarat-derma-darah

Penjagaan kesihatan selepas menderma darah

Jika anda cukup syarat derma darah dan akan menyumbang darah anda, terima kasih diucapkan.

Seperkara yang perlu anda ketahui, selepas menderma, penderma biasanya perlu menunggu 10 hingga 15 minit sebelum dibenarkan beredar.

Biasanya dalam jangka masa itu, penderma akan disarankan untuk makan dan minum sebagai mengembalikan kesegaran badan.

Tujuan lain adalah untuk mencegah pening atau sakit kepala ringan serta kelesuan yang boleh berlaku kesan menderma darah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Berat Naik Mendadak Ketika Hamil & Doktor Suruh Kurangkannya? Apa Kata Cuba Cara Ini

Berat badan naik semasa hamil adalah perkara biasa dilalui setiap wanita mengandung. Tetapi kalau berat berlebihan, bagaimana untuk mengurangkan berat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/11/2019 . 3 minit bacaan

Manfaat Kesihatan Daripada Diet ADF

Puasa bermaksud individu itu tidak akan makan dan minum untuk satu tempoh masa tertentu. Tetapi benarkah tabiat puasa memberikan manfaat kesihatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

10 Cara Hindari Masalah Berat Badan Naik Ketika Bercuti

Masalah berat badan naik ketika bercuti adalah satu isu yang menjadi kebimbangan ramai individu, terutama wanita. Artikel di bawah akan memberikan tip untuk mengelakkan kenaikan berat badan ketika bercuti. 1.Ikut ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Berat Badan Naik Mendadak?

Kenaikan berat badan adalah sesuatu yang dijangka untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menggunakan alasan “makan untuk dua orang” sentiasa. Berat badan naik secara tidak terkawal boleh mendatangkan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 13/12/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jenis darah

Tahu Jenis Darah Anda: A, B, AB Atau O? Ini Sebab Anda Perlu Tahu Darah Sendiri? PENTING!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
derma darah

9 Kriteria Derma Darah Di Malaysia, Mereka Yang Pernah Tinggal Di Eropah Tak Boleh Derma?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
bulu kemaluan

Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/06/2020 . 3 minit bacaan
tidak memakai bra

Rasa JANGGAL Tapi Ini 5 Manfaat Pada Kesihatan Jika Tak Pakai Bra, Wah Dada Terasa Lapang

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/05/2020 . 3 minit bacaan