Tanpa Makan Ubat, Kesuburan Wanita Boleh Terjaga Dengan Pengambilan 6 Makanan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Menurut kajian yang dilakukan oleh Harvard Medical School, terdapat satu kaitan yang sangat jelas di antara diet dan kesuburan. Dalam erti kata yang lain, anda boleh meningkatkan fungsi ovulasi anda tanpa bantuan ubat-ubatan jika anda tahu makanan apa yang perlu atau tidak perlu dimakan. Berikut merupakan perubahan diet yang perlu anda ikuti untuk meningkatkan kesuburan anda.

Karbohidrat kompleks

Anda perlu makan lebih banyak karbohidrat kompleks tetapi elakkan daripada karbohidrat yang diproses. Ini kerana badan anda sangat cepat dalam menghadam karbohidrat yang tidak bagus seperti yang terdapat dalam makanan seperti biskut, roti, kek lalu menukarkannya kepada gula dalam darah. Ini mungkin akan menjejaskan fungsi pankreas yang menghasilkan insulin ke dalam saluran darah agar kandungan gula dalam darah akan menurun.

Sementara itu, badan anda tidak akan menghadam terlalu cepat karbohidrat yang bagus seperti yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, gandum atau dalam makanan yang mempunyai serat serta mempunyai kesan yang sedikit terhadap kandungan gula dalam badan dan insulin. Kajian juga menunjukkan bahawa ovulasi akan terjejas sekiranya terdapat kehadiran insulin yang tinggi.

Lemak yang tidak tersaturasi

Anda perlu mengelakkan diri daripada kesemua lemak trans dan mengambil lebih banyak lemak yang tidak tersaturasi kerana ia lebih menyihatkan. Makanan seperti snek yang diproses, kentang goreng atau apa-apa makanan hasil pemprosesan daging haiwan adalah kaya dengan lemak trans yang boleh meningkatkan kadar penghasilan insulin.

Insulin akan membantu glukosa berpindah daripada saluran darah ke sel. Peningkatan insulin bermakna glukosa akan mengalami kesukaran untuk berpindah ke dalam sel. Ini menyebabkan pankreas akan menghasilkan lebih banyak insulin lalu mengakibatkan kadar insulin menjadi tinggi dalam saluran darah. Ini akan mengakibatkan gangguan metabolik yang akan menjejaskan ovulasi.

Protein

Anda disarankan untuk mengambil protein yang mempunyai lemak sihat dan rendah kalori. Lagipun, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Anda boleh mendapati protein ini daripada makanan seperti kekacang. Protein yang terdapat dalam makanan seperti ini sebenarnya lebih disarankan daripada yang terdapat dalam daging merah.

Susu penuh krim

Menurut kajian, wanita yang mengamalkan diet pengambilan produk tenusu rendah lemak akan mengalami kesukaran untuk hamil. Sementara itu, wanita yang kerap mengambil produk tenusu tinggi lemak pula tidak akan mengalami kesukaran untuk hamil. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil lebih banyak produk tenusu tinggi lemak seperti susu penuh krim dan kurangkan pengambilan produk tenusu rendah lemak.

Kafein

Anda perlu mengambil kopi, teh atau apa-apa minuman berkafein pada kadar yang sepatutnya tetapi perlu menjauhkan diri daripada minuman bergula. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kopi atau teh pada kadar yang betul tidak akan menjejaskan ovulasi.

Pelbagai jenis vitamin

Menurut kajian yang dilakukan di Harvard, wanita yang mengambil pelbagai jenis vitamin sepanjang 8 tahun kajian akan membawa 400 mikrogram asid folik dalam badan dan 40 peratus daripada mereka tidak akan mengalami masalah ovulasi atau ketidaksuburan berbanding wanita yang tidak mengambil vitamin.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Ramai yang percaya bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit paru paru berair. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Ekzema tidak hanya mempengaruhi bahagian tubuh, ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda. Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jus buah-buahan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    gigit kuku

    Suka Gigit Kuku Petanda Sakit Jiwa? Bukan Budak Kecil Saja Yang Buat, Orang Dewasa Pun Ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan