Sebelum Berhubungan Intim Dengan Pasangan, Tanya Dulu 4 Soalan Ini Pada DIRI Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Melakukan hubungan seks boleh menjadi sesuatu yang cukup kasual namun cukup menakutkan dalam masa yang sama kerana ianya menawarkan pengalaman fizikal dan juga mainan emosi mental.

Sebelum anda melakukan apa-apa hubungan seks, pastikan anda menjawab 4 soalan ini terlebih dahulu untuk memastikan anda sedang membuat keputusan yang bijak.

Adakah orang tersebut pilihan yang baik untuk anda?

Anda mungkin sudah tahu pun sekiranya seseorang itu bagus anda atau tidak.

Walau bagaimanapun, ambilah sedikit masa untuk mengenali pasangan anda dan anda mungkin akan mendapati bahawa dia mungkin tidak seperti apa yang dizahirkan.

Dia mungkin seorang kaki perempuan, kaki minum, kaki judi, atau mungkin terdapat isu-isu lain yang memerlukan anda untuk memikirkan semula keputusan anda untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

Isu-isu tersebut mungkin akhirnya akan menyebabkan anda merana sautu hari nanti jika anda pilih untuk bersama dengan mereka.

Adakah ini masa terbaik untuk melakukannya? 

Kadang-kadang, kehidupan ini menghantar kita seseorang yang tepat namun pada waktu yang salah.

Contohnya, anda baru sahaja tamat daripada satu hubungan jangka masa panjang dan masih memikirkan dan merindui bekas kekasih anda setiap hari.

Bertemu dan melakukan hubungan seks dengan orang yang baik pada tempoh waktu ini mungkin akan membawa lebih banyak masalah kepada anda dari sudut mental.

Dalam senario ini, untuk mengelakkan anda daripada menyakiti mereka dan juga diri anda, elakkanlah daripada terjebak dalam hubungan yang baru sehinggalah emosi anda sudah kembali stabil.

Bolehkah saya percayai orang ini?

Jangan hanya mengharapkan yang terbaik dan terus bersetuju untuk melakukan seks dengan seseorang yang pernah menekan anda, memalukan anda, mencemuh anda, menyakiti anda (secara mental atau fizikal).

Mereka mungkin tidak akan berubah dengan mudahnya setelah anda berikan seks kepada mereka.

Memilih untuk melakukan hubungan seks dengan mereka akan mengundang padah pada masa akan datang. Anda hanya perlu melakukan seks dengan seseorang sekiranya mereka membuatkan anda rasa selamat dan yakin dengan apa yang anda sedang lakukan.

Sekiranya melakukan seks menyebabkan anda rasa salah dan malu, mungkin masalahnya bukanlah pada perbuatan seks tersebut, sebaliknya hati anda yang memberitahu bahawa orang tersebut bukanlah orang yang betul untuk anda.

Adakah anda mempunyai perlindungan ketika hubungan seks?

Sentiasa gunakan perlindungan, jangan lalai walaupun untuk seketika.

Boleh jadi satu-satunya waktu anda melakukan seks tanpa perlindungan itu boleh membawa masalah dan kebinasaan kepada anda, masa depan anda dan juga pada hubungan anda dengan yang tersayang.

Anda tidak mahu mendapati bahawa anda menghidap penyakit jangkitan kelamin, mengandung atau lebih teruk, HIV atau AIDS.

Sentiasa ingat bahawa melindungi diri anda adalah keutamaan nombor satu, mengatasi perkara-perkara lain memandangkan anda tidak berupaya untuk mengubah apa yang telah berlaku.

Melakukan seks perlulah menjadi sesuatu yang penuh nikmat tanpa sebarang kerisauan. Justeru, pastikan anda yakin dengan siapa anda lakukannya dan pastikan hubungan tersebut sihat dan bebas komplikasi.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis ataupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

    Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Ayah, Ini Tingkah Laku Seksual Yang TIDAK PATUT Ada Pada Anak Anda, Sila Perhatikan!

    Perkembangan seksual antara aspek tumbesaran yang sukar untuk dikendalikan ibu bapa. Lebih membimbangkan andai wujud tingkah laku anak yang tidak sepatutnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorokkan Ia Daripada Doktor Ya!

    Ramai individu yang menyorokkan hubungan kelamin suami isteri daripada doktor mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Siapa Lebih Ghairah Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Dapatan Kajian Ini Ada Jawapannya…

    Nafsu syahwat siapa yang lebih besar di antara lelaki dan wanita? Jom klik artikel ini untuk baca kajian dan huraian mengenai jawapan soalan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu herpes

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit kepala berdenyut

    Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan