
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
2 orang pesakit wabak virus novel korona (COVID) di Malaysia telah disahkan sembuh pada 24 Februari 2020. Berita tersebut dikongsikan melalui ciapan akaun Twitter Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Ini sekali gus meningkatkan jumlah pesakit COVID sembuh di Malaysia kepada angka 20.
Setakat ini (25 Februari 2020), lebih daripada 80,000 individu telah disahkan positif di seluruh dunia dengan angka kematian mencecah 2,700. Keadaan di China sudah beransur-ansur reda namun di Itali, Korea Selatan dan Iran, keadaan menjadi bertambah teruk.
Untuk bilangan kes semasa di Malaysia, sila lihat statistik di bawah ini.
169,379
9,196
630
Walau bagaimanapun, keadaan di Malaysia masih lagi terkawal. Langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi berkesan dalam membendung penularan wabak. Namun begitu, ia tidak bermakna kita boleh menarik nafas lega dan mengabaikan langkah penjagaan.
Adakah wabak virus novel korona ini akan berakhir? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih baik.
Pesakit wabak virus novel korona mula sembuh, tetapi…
Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan wabak di seluruh dunia sudah semakin sembuh. Namun, beberapa buah negara masih lagi mengalami kesulitan dalam membendung wabak ini daripada menular.
Di Malaysia, cuma 2 pesakit yang masih lagi menerima rawatan di hospital dan mereka berada dalam keadaan stabil. Berbeza dengan Korea Selatan yang dianggap sebagai negara yang mempunyai jumlah pesakit wabak tertinggi di luar China.
Artikel berkaitan:
- 12 Hospital & 6 Makmal Kesihatan Malaysia SEDIA Untuk Ujian Pengesanan COVID-19, Penting Ini!
- 195 Tempat Dilanda Wabak COVID-19, Sila Kuarantin Diri Jika Pernah Ke Tempat Ini #StayAtHome
Peningkatan jumlah kes di Korea Selatan bermula pada 18 Februari 2020 dan peningkatan tersebut paling jelas berlaku di kota Daegu. Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah mengeluarkan amaran untuk tidak mengembara ke negara tersebut jika tiada urusan penting.
Kota Daegu kini dianggap sebagai titik pusat kepada penyebaran virus novel korona. Kota tersebut menempatkan 2.5 juta penduduk namun keadaan masih terkawal. Tiada huru-hara, tiada perintah berkurung dan kerajaan Korea Selatan telah mengumumkannya sebagai kawasan kawalan khas.Â
Berikut adalah perbezaan antara social distancing dan juga lockdown atau perintah berkurung.
Penduduk kian panik dan bekalan topeng muka sudah habis terjual. Hospital Dongsan yang terletak di kota tersebut mempunyai kapasiti 240 katil namun pesakit virus novel korona yang ditempatkan sudah melebihi 200.
Terdapat ahli akademik yang berpendapat situasi tersebut merupakan model jangkitan yang baru berkaitan dengan virus novel korona. Jika dibandingkan dengan virus korona yang menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS), ia tidaklah seteruk mana. Mudah berjangkit tetapi tidak serius.
Tiada laporan rasmi yang menyatakan berapa ramai individu yang telah dijangkiti di kota Daegu. Jika terdapat sekalipun, angka tersebut sukar untuk disahkan berikutan wabak tersebut boleh berlaku tanpa menunjukkan tanda.
Wabak virus novel korona bukan berasal dari Wuhan
Peningkatan kes virus novel korona di Daegu menimbulkan persoalan, adakah benar virus tersebut berasal dari Wuhan atau ia sekadar menular di sana?
Kajian analisis genetik terhadap 93 sampel yang mengandungi virus korona telah menunjukkan bahawa ia berkemungkinan diimport dari tempat lain. Mengapa perkara ini penting?
Ini berikutan, bagi membasmi wabak ini, kawasan yang menjadi punca kepada jangkitan tersebut perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Dr Yu Wenbin yang mengepalai kajian telah membuat perbandingan dengan 12 negara lain bagi memahami kaedah penularan jangkitan tersebut.
Artikel berkaitan:
- Netizen, Persiapkan Diri Anda Menghadapi Wabak Virus Korona Wuhan SEKARANG!
- Perhimpunan Tabligh Di Masjid Sri Petaling Hotspot COVID19 Sampai Tersebar Ke Negara Lain!
Melalui kajian tersebut mereka mengeluarkan kesimpulan bahawa sebelum berlakunya penularan di pasar basah Wuhan, terdapat proses jangkitan yang berlaku seawal bulan November di luar kawasan titik pusat tersebut.
Ini adalah apa yang anda perlu tahu berkenaan virus korona Wuhan atau COVID-19.
Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?
Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus
Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa China, pesakit pertama yang disahkan positif virus novel korona muncul pada 8 Disember 2019. Bukan semua pesakit yang terawal mempunyai kaitan dengan pasar basah Wuhan. Ini menguatkan lagi hipotesis yang dikeluarkan oleh para pengkaji tersebut.
Pada 6 Januari 2020, Pihak Berkuasa China telah mengeluarkan amaran tahap 2 namun perkongsian mengenai amaran itu tidak dibuat secara meluas. Perkara ini menyebabkan jangkitan virus novel korona menular sehingga mencecah puluhan ribu individu di serata dunia.
Artikel berkaitan:
8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!
Adakah virus novel korona berasal dari Wuhan? Berkemungkinan ya. Namun, saintis tidak menolak sekiranya ia berasal dari negara lain memandangkan terdapat kajian yang menunjukkan virus tersebut sebenarnya merupakan kes import.
Masih lagi berharap…
Huru-hara yang berlaku sepanjang terjadinya wabak virus novel korona ini menimbulkan pelbagai jenis isu. Di Malaysia sendiri, kes penyebaran maklumat palsu dan isu pemberian cuti bergaji kepada mereka yang disyaki mengalami jangkitan telah berjaya diselesaikan oleh KKM.
Namun, jika wabak ini terus menjangkiti manusia di masa akan datang, kita perlu menerima bahawa, jangkitan ini mungkin akan menjadi seperti jangkitan selesema yang lain. Tiada kematian yang direkodkan di Malaysia dan pesakit COVID yang sembuh telah dibenarkan pulang.
Artikel berkaitan:
- Selepas Kluang, Sungai Lui Pula Jadi Kawasan Kedua Diperintah ‘Berkurung’
- 7 Kakitangan Istana Negara Pula Kini Sah Positif COVID-19!
Dr. Cho Chi Heum, Pengarah Hospital Dongsan menyifatkan jangkitan ini tidak berbahaya. Tumpuan bukan hanya harus diberikan kepada wabak virus novel korona malah virus influenza yang telah meragut lebih banyak nyawa.
Di Malaysia, lebih ramai individu yang mati disebabkan oleh demam denggi dalam tempoh berlakunya wabak virus novel korona namun ia tidak mendapat liputan media. Masyarakat terlalu panik sehingga tidak nampak akan apa yang berlaku di depan mata.
Mungkin ini masa terbaik untuk kita letakkan prioriti dan kerisauan awam terhadap isu yang sepatutnya.
Konklusi
20 orang pesakit COVID di Malaysia telah pun sembuh dan kini, rawatan masih diteruskan terhadap 2 pesakit yang masih positif jangkitan tersebut. Peningkatan jumlah kes virus novel korona di Daegu, Korea Selatan telah menimbulkan persoalan, adakah benar Wuhan merupakan titik pusat kepada jangkitan ini?
Jika tidak maka fokus sebenar terhadap isu ini perlu dicari dan diberikan perhatian. Bayangkan jika seluruh dunia memberikan tumpuan kepada Wuhan namun sumber sebenar adalah dari negara lain. Perkara yang boleh dilakukan oleh penduduk awam adalah untuk mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca Juga:
Betul Ke Sayur Kangkung Boleh Ubati Wabak Virus Korona Baharu?
Ini Bagaimana Rakyat China Kena ‘Pulau’ Di Seluruh Dunia Kerana Wabak Virus Korona
Boleh Ke Virus Corona Merebak Melalui Barang Import Order Online?
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.