Amalan Jarak Sosial, Kuarantin & Isolasi BERBEZA Ikut Individu – Anda Yang Mana?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Huru hara yang berlaku di seluruh negara akibat virus korona berpunca dari pelbagai faktor. Antaranya kekeliruan dengan konsep jarak sosial, kuarantin dan isolasi

Kes positif virus korona baharu (COVID) telah meningkat dengan mendadak. Setakat ini, berikut statistik di Malaysia: 

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,658

Disahkan

8,465

Sembuh

121

Kes Kematian
Peta sebaran

Peratusan kematian bagi jangkitan ini dianggap rendah.

Namun kadar kematian akan terus meningkat sekiranya jumlah mereka yang didiagnosis dengan jangkitan tidak dibendung.

Amalan jarak sosial: hadkan interaksi dengan individu lain

jarak sosial

Mereka yang perlu amal jarak sosial adalah individu yang tidak ada sejarah kontak dengan pesakit, tak terdedah pada sumber jangkitan dan masih sihat.

Kerajaan menyarankan setiap negara menekankan konsep amalan jarak sosial.

Ia dianggap sebagai faktor utama penyebab kes positif yang didiagnosis semakin berkurang.

Anda masih boleh berkomunikasi dalam kumpulan kecil, namun sebaiknya hadkan interaksi dengan individu lain.

Ini kerana wabak COVID boleh menjangkiti seseorang tanpa menzahirkan simptom.

Kajian menunjukkan hampir separuh pesakit di Singapura dan 62% di Tianjin, China menyebarkan virus sewaktu mereka tiada simptom!

Baca juga:

Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas Covid-19, Hati-hati Dengan Penyebar Virus Dalam Diam!

Ada di kalangan pesakit itu mengalami simptom gastrousus, bukannya pernafasan, pada peringkat awal.

Ini membuatkan amalan jarak sosial perlu dilakukan setiap masa dan semua individu perlu berhati-hati.

Aktiviti yang melibatkan 50 individu atau lebih perlu dibatal. Pekerja bukan kritikal perlu diberikan kemudahan untuk bekerja dari rumah. 

Jika anda ingin bergerak keluar untuk membeli makanan, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga.

Kuarantin diri dan teruskan jarak sosial jika anda berisiko mendapat jangkitan

jarak sosial

Perintah mengkuarantinkan diri sendiri jatuh pada individu yang terdedah pada virus dan tidak menunjukkan simptom. 

Tempoh pengeraman virus adalah di antara 2 hingga 14 hari. 

Ini bermakna, mereka yang disuspek perlu dikuarantin sekurang-kurangnya 2 minggu daripada waktu mereka terdedah.

Berbeza dengan amalan jarak sosial, mereka yang dikuarantin tidak dibenarkan membuat sebarang interaksi fizikal dengan individu lain

Mereka digalakkan tinggal berseorangan  dan pastikan makanan atau barang keperluan anda diletakkan pada suatu tempat yang tiada individu lain sewaktu anda pergi mengutipnya.

Interaksi dengan individu lain semasa kuarantin, secara idealnya, pada kadar sifar.

Interaksi sosial anda pada fasa ini agak terhad, antaranya:

  1. Jangan tinggalkan kawasan kuarantin (bilik, rumah atau hospital) jika tiada sebarang kecemasan.
  2. Elakkan interaksi secara langsung dengan mana-mana individu. Pastikan anda berada sekurang-kurangnya dua meter dari individu lain sekiranya anda perlu keluar dari kawasan kuarantin.
  3. Aktiviti sosial atas talian seperti panggilan video, panggilan telefon dan komunikasi virtual boleh dilakukan bagi memenuhi keperluan sosial anda.

Jika anda merupakan penjaga kepada individu yang dikuarantin, pastikan anda basuh semua peralatan menggunakan air dan sabun pada barangan dan permukaan yang disentuh.

Pesakit yang disahkan COVID perlu patuh perintah isolasi

virus korona

Kalau dibanding dengan kuarantin, isolasi ada konsep yang sama.

Cuma perkataan isolasi diguna pada mereka yang disahkan positif.

Mereka yang diisolasi perlu mematuhi arahan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari selepas bermulanya simptom.

Jika tiada simptom, maka durasi isolasi perlu sama dengan mereka yang dikuarantin dan pemeriksaan berkala perlu dibuat.

Isolasi biasaannya dilakukan di kawasan yang ada kemudahan untuk memantau pesakit.

Walau bagaimanapun, jika penularan wabak menjadi semakin teruk dan hospital penuh dengan pesakit, pemantauan akan dikhususkan kepada mereka yang berisiko untuk mengalami komplikasi.

Individu yang mengalami simptom ringan perlu menjalani proses isolasi yang ketat.

Jika anda dijangkiti, walaupun anda sudah melalui 8 hari selepas bermulanya simptom, tidak bermakna anda bebas untuk keluar rumah.

Anda perlu menjalani ujian virus dan jika semuanya baik, anda akan dibenarkan pulang.

Konklusi

Amalan jarak sosial, kuarantin dan isolasi mempunyai definisi berbeza namun matlamat yang sama, untuk memutuskan rantaian jangkitan virus korona baharu

Perkara yang paling tidak bertanggungjawab bagi seseorang individu ketika wabak melanda adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan tanpa mengendahkan kesannya kepada khalayak ramai.

Jika anda pernah terdedah kepada seseorang yang disahkan positif atau mengalami simptom jangkitan pernafasan seperti demam, batuk dan selesema, dapatkan rawatan di hospital sekarang.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19

    Tempoh PKPP ini, anda bebas bergerak ke sana ke sini. Namun ini 7 tempat berisiko COVID-19 boleh mendedahkan anda kepada penularan jangkitan wabak tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 19/06/2020 . 3 minit bacaan

    COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Setelah UK, kini US pula mengambil langkah menempah berjuta vaksin yang sedang diuji untuk hindar penularan COVID-19. Wajarkah tindakan tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 18/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga! Lebih 1,000 Partikel Virus COVID-19 Tersebar Bila Bercakap, Jadi Elak Bicara Kuat & Dekat

    Titisan air yang keluar semasa individu sedang bercakap berpotensi menjadi punca penularan virus korona baharu (COVID-19) yang sedang melanda dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Sekolah Dah Nak Dibuka Semula? Ini 12 Perkara Ibu Bapa WAJIB Tahu!

    Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pembukaan sekolah. SOP sekolah sempena COVID-19 juga telah dikeluarkan bagi rujukan ibu bapa.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pemindahan organ paru paru

    Terkini! Organ Rosak Teruk Sebab COVID-19, Pesakit Sembuh Lepas Jalani Pemindahan Peparu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan
    PKPP

    Kolam Renang Sudah Mula Dibuka, Bagaimana Nak Pastikan Kita Selamat Dari COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    pawagam malaysia

    Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai: Sebelum Pergi, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    buffet

    AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan