backup og meta

7 Kakitangan Istana Negara Pula Kini Sah Positif COVID-19!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/04/2020

    7 Kakitangan Istana Negara Pula Kini Sah Positif COVID-19!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Sebelum ini, kerabat diraja Britain yang juga pewaris takhta, Putera Charles telah disahkan positif jangkitan COVID-19. Apabila ia mula menyerang golongan ternama, sememangnya perkara tersebut amat menarik perhatian ramai pihak.

    Di Malaysia, ada kakitangan Istana Negara pula yang kini telah disahkan positif jangkitan tersebut.

    Ini cukup menarik perhatian ramai pihak memandangkan Istana Negara bukanlah satu lokasi yang biasa-biasa sahaja. Ia merupakan tempat bersemayam Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agong dan isterinya, Raja Permaisuri Agong.

    Setakat hari ini, statistik semasa kes jangkitan COVID-19 di Malaysia seperti berikut:

    [covid_19]

    7 kakitangan Istana Negara dijangkiti COVID-19

    https://www.instagram.com/p/B-MNe6HHhMc/

    Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan bahawa 7 orang kakitangan yang berkhidmat di Istana Negara telah disahkan positif jangkitan COVID-19. 

    Artikel berkaitan:

  • Pewaris Takhta Diraja Britain, Putera Charles Disahkan Positif COVID-19!
  • Contohi Tun M- Masih Belum Disahkan Positif Covid-19, Tapi Sukarela Kuarantin Diri!
  • Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, ketujuh-tujuh kakitangan Istana Negara itu kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan yang stabil. Mereka telah mula mendapatkan rawatan sejak Selasa lalu.

    Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong negatif COVID-19

    yang di-pertuan agong

    Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin juga berkata, kedua-dua Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong disahkan negatif jangkitan tersebut setelah melakukan saringan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

    Baginda berdua menjalani ujian saringan tersebut susulan selepas 7 daripada kakitangan Istana Negara disahkan positif COVID-19. 

    Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kini sedang menjalani proses kuarantin diri atau isolasi untuk tempoh 14 hari bermula hari Rabu yang lepas.

    KKM kenal pasti punca jangkitan di Istana Negara

    Buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengenal pasti punca jangkitan yang berlaku di Istana Negara.

    Semua perkara yang perlu telah dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengenal pasti kesemua kontak rapat kepada 7 orang kakitangan tersebut. Kesemua mereka ini diarahkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

    Berikut diterangkan bagaimana anda boleh mengurangkan risiko daripada dijangkiti COVID-19:

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/

    Kesemua kontak rapat ini juga diarahkan untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari agar penyebaran virus COVID-19 dapat dicegah daripada merebak di Istana Negara. 

    Yang di-Pertuan Agong batalkan semua perjumpaan dan mesyuarat

    Berikutan kes jangkitan yang berlaku di istana ini, buat masa ini Yang di-Pertuan Agong telah dinasihatkan untuk tidak mengadakan sebarang perjumpaan dan mesyuarat bagi mengekalkan penjarakan sosial atau social distancing.

    Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan social distancing dan lockdown (kuarantin).

    istana negara

    Baginda juga dinasihatkan untuk tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri bagi mesyuarat mingguan PraKabinet dan sesi-sesi mesyuarat yang lain sehinggalah situasi beransur pulih.

    Di samping itu, baginda Yang di-Pertuan Agong turut sempat menzahirkan sokongan baginda kepada pengumuman awal oleh pihak kerajaan berkenaan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini. 

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Baginda turut berharap agar kesemua rakyat Malaysia sentiasa tabah dan kuat dalam menghadapi ujian ini dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan dan keselamatan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Artikel berkaitan:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan