Nak Elak Kulit Kering Sebab Selalu Cuci Tangan? Ada 7 Tip Perlu Buat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Akibat kerap mencuci tangan akan menyebabkan kulit tangan kering. Jangan risau, Hello Doktor ada 7 cara yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah tersebut.

Kerap mencuci tangan

Ketika penularan wabak COVID-19, pakar kesihatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan setiap individu untuk kerap mencuci tangan.

Tabiat tersebut sebenarnya perlu diamalkan bukan sahaja bagi mengekang penularan wabak coronavirus, tetapi ia harus menjadi tabiat yang dilakukan dalam penjagaan kebersihan diri harian.

Apatah lagi jika anda adalah seorang yang gemar menyentuh muka pada setiap masa. Ia boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan virus dan kuman. 

Walau bagaimanapun, kekerapan mencuci tangan boleh menimbulkan masalah lain, seperti kulit tangan kering. Sudah tentu keadaan seperti itu akan menimbulkan ketidakselesaan.

Jadi adakah terdapat cara bagi mengatasi masalah kekeringan pada tangan?

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

155,095

Disahkan

9,196

Sembuh

594

Kes Kematian
Peta sebaran

7 tip elak kulit tangan kering

Berikut dikongsikan cara-cara yang boleh anda cuba bagi mengatasi atau mengurangkan kecenderungan mengalami masalah kulit tangan daripada menjadi kering. 

  1. Basuh dengan air suam

Menurut Pengarah Dermatologi Pediatrik di Massachusetts General Hospital, Dr. Daniela Kroshinsky, tempoh mencuci tangan terbaik yang disarankan adalah paling kurang 20 saat dengan menggunakan air dan sabun. 

“Nyanyilah lagu ‘Happy Birthday’ sebanyak 2x. Anda pasti dapat mencuci bahagian telapak tangan, belakang jari, jari, celahan cari, pergelangan tangan serta kuku,” ujar Dr Daniela.

Penggunaan air suam adalah pilihan terbaik berbanding air panas. Ini kerana air panas cenderung menyebabkan kulit kering.

  1. Gunakan sabun pelembap

Kebanyakan sabun yang digunakan boleh menghilangkan kelembapan pada kulit, ia sekali gus menjadikan kulit kering, merekah dan mengelupas. 

Pakar Kulit dan Pengasas London Premier Laser and Skin Clinics, Lucy Xu, “Penggunaan sabun yang mengandungi pelembap adalah pilihan terbaik. Elakkan sabun bar dan pilihanlah sabun dengan kandungan gliserin dan lanolin.”

Lucy juga menjelaskan tidak kira apa sabun yang digunakan, sebaiknya cuba untuk tidak terlalu agresif ketika mencuci tangan. Apatah lagi jika anda mengejar masa.

  1. Gunakan pelembap

kulit-tangan-kering-7-cara-atasinya

Apabila lembapan tidak dapat dikekalkan pada kulit selepas mencuci, ia pastinya akan menjadikan kulit tangan kering. 

Ketika mencuci tangan, air akan bertindak seperti magnet dan akan menarik keluar air daripada lapisan kulit paling dalam. Hasilnya kulit yang sudah kering akan menjadi lebih kering. 

Bagi mengatasinya, anda disarankan untuk menggunakan losyen pelembap selepas mencuci tangan. Penggunaan losyen secara nipis sudah memadai.

Jadi selalulah menggunakan losyen setiap kali selepas mencuci, sebelum tidur dan pada bila-bila masa anda berasa kering. 

  1. Penggunaan sarung tangan

Pemakaian sarung tangan dan topeng muka dapat membendung individu yang tidak sihat daripada menyebarkan jangkitan. Dalam masa yang sama sarung tangan juga membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit, bagaimana?

Anda boleh mencuba merendam tangan dengan air selama 5 minit, kemudian sapukan losyen pelembap dan pakailah sarung tangan kapas untuk 1 hingga 2 jam. Ia dapat memastikan permukaan tangan akan memperolehi kelembapan yang diperlukan.

  1. Balsam kulit

Jika anda mempunyai masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis dan mendapati kulit tangan kering akibat kerap mencuci tangan, anda disarankan untuk mengunakan balsam kulit seperti Vaseline dan menyapunya terus kepada bahagian bermasalah.

Penggunaan balsam kulit dipercayai dapat memberikan ketenangan kepada bahagian bermasalah dan melindunginya daripada menjadi lebih teruk.

  1. Gel pembersih tangan

kerap mencuci tangan

Sekiranya keadaan tangan anda terlalu sakit untuk dibasuh, anda boleh menggunakan gel pembersih tangan sebagai ganti.

Penggunaan gel pembersih tangan adalah pilihan untuk mengehadkan anda daripada kerap mencuci tangan sehingga keadaan kulit pada tangan kembali pulih.

Tetapi anda tidak boleh menggunakan gel pembersih dan perlu mencuci tangan untuk melakukan perkara seperti:

  • Sebelum dan selepas makan
  • Selepas ke bilik air
  • Ketika terdapat kotoran yang kelihatan pada tangan seperti tanah
  1. Tisu kertas

Jika ingin mengelap, pilihan terbaik adalah untuk menggunakan tisu kertas pakai buang. Ia dapat mengelakkan pindah silang mikro kepada kulit.

Tetapi jika ingin menggunakan kain pengelap, pastikan setiap isi rumah mempunyai kain pengelap sendiri dan perlu diganti setiap 3 hari sekali.

Pastikan tangan dilap dan dikeringkan sebaiknya, ini kerana kuman lebih mudah berpindah pada tangan yang basah.

Menjaga kebersihan diri

Bagi membendung penularan wabak COVID-19, penjagaan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan, mengelakkan sentuhan pada muka, pemakaian topeng muka serta penggunaan sarung tangan ketika melakukan sesuatu adalah amat digalakkan. 

Namun dalam masa yang sama penjagaan kelembapan tangan juga perlu bagi mengelakkan kulit tangan kering akibat kekerapan membersihkan tangan sama ada dengan mencuci atau menggunakan gel pembersihan.

Pemeriksaan segera

Sekiranya anda mengalami simptom seperti demam, batuk serta kesukaran pernafasan, dapatkan pemeriksaan segera. Ini terutamanya jika anda pernah berkunjung ke negara dilanda COVID-19 atau kontak dengan individu positif wabak ini.

Cara terbaik, maklumkan hospital, klinik kesihatan atau pusat perubatan berhampiran terlebih dahulu. Ini kerana terdapat protokol yang perlu diikuti bagi mengekang penularan wabak COVID-19 daripada menjangkiti dan merebak kepada individu lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

    Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Kita semua tahu bahawa suhu badan manusia perlu diperiksa sebelum masuk sesuatu tempat angkara COVID-19. Selain di dahi, bolehkah scan di tangan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 08/10/2020 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    vaksin virus

    Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
    pilihan raya umum

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
    penutup mulut dan hidung

    Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
    keselamatan anak

    Parents, Usah Leka! Utamakan Keselamatan Anak Di Rumah Semasa PKPB, Awasi 5 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan