backup og meta

Risau Spray Nyamuk Yang Digunakan Tak Berkesan? Cari Produk Yang Mengandungi DEET!

Risau Spray Nyamuk Yang Digunakan Tak Berkesan? Cari Produk Yang Mengandungi DEET!

Hurungan nyamuk boleh buatkan anda tidak lena tidur malam. Bunyinya bukan sahaja bingit, gigitan nyamuk juga boleh membuatkan kita tergaru-garu sepanjang malam. Selalunya, kita akan gunakan spray nyamuk atau ubat nyamuk untuk menghalau serangga ini keluar dari rumah.

Tetapi, persoalannya, adakah penggunaan spray dan ubat nyamuk ini berkesan untuk menghalau nyamuk?

Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.

Penggunaan semburan nyamuk

Pasti ada yang tertanya-tanya mengenai keselamatan ubat nyamuk, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai haiwan peliharaan.

Untuk pengetahuan anda, bahan kimia yang terkandung di dalam spray nyamuk dikenali dengan nama DEET, atau N,N-diethyl-m-toluamide.

Ia merupakan bahan aktif di dalam kebanyakan produk penghalau nyamuk yang dijual di pasaran.

spray nyamuk

Produk mengandungi DEET telah disahkan selamat jika digunakan mengikut arahan yang tertulis di belakangnya.

Malah, reaksi toksik disebabkan DEET juga amat jarang berlaku jika produk ini digunakan dengan betul.

Elak gigitan, guna spray nyamuk mengandungi DEET

Jika anda risau mengenai keselamatan diri dan keluarga, pilihlah ubat atau penghalau nyamuk yang mengandungi DEET.

Walaupun penghalau nyamuk tidak dapat memberikan perlindungan sepenuhnya, namun ia boleh mengurangkan risiko anda untuk menghidap penyakit bawaan vektor seperti Denggi, Chikugunya, Malaria dan juga Zika.

Menurut sebuah artikel yang dimuatkan di dalam Journal of Insect Science, DEET bukan sahaja dapat melindungi anda daripada gigitan nyamuk, perlindungannya juga bersifat jangka panjang dan sangat efektif.

Bukan sahaja DEET, spray nyamuk yang mengandungi bahan seperti picaridin, IR3535 dan juga minyak lemon eucalyptus juga telah disenaraikan oleh Environmental Protection Agency (EPA) sebagai bahan selamat untuk menghalau nyamuk.

Baca juga:

Ubat penghalau nyamuk yang bersifat semula jadi seperti serai dan sebagainya, ia mungkin 100% selamat untuk digunakan namun tidak efektif atau tahan lama seperti DEET.

Penghalau nyamuk mengandungi semua bahan di atas diakui selamat dan dianggap sebagai ubat nyamuk paling berkesan. Malah, ia boleh didapati di dalam produk penghalau nyamuk di seluruh dunia.

Bagaimana spray nyamuk berfungsi?

Nyamuk dan juga pepijat tertarik kepada bau badan manusia dan juga karbon dioksida yang kita keluarkan.

Selain itu, serangga ini juga menggunakan suhu badan kita, pergerakan dan juga penglihatan mereka untuk mencari mangsa.

Sebab itulah, ada orang yang kerap digigit nyamuk. Mungkin, bau badan ataupun minyak wangi yang mereka pakai bertindak menarik perhatian nyamuk.

Setelah menggunakan spray nyamuk, deria serangga ini akan mati dan tidak dapat menentukan kedudukan mangsa mereka.

Oleh sebab itu, nyamuk akan kurang menggigit setelah anda menggunakan semburan nyamuk.

Apakah kesan sampingan penggunaan ubat nyamuk?

spray nyamuk

Semua bahan kimia, termasuklah ubat nyamuk mempunyai kadar ketoksikannya tersendiri. Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut produk dibeli.

Oleh sebab itu, pastikan anda baca informasi yang tertulis di belakang produk terlebih dahulu. Selain itu, pastikan anda menggunakan produk tersebut dengan betul dan mengikut arahan.

Produk yang mengandungi DEET boleh menyebabkan gatal-gatal pada kawasan mata ataupun kulit. Walau bagaimanapun, kesan sampingan ini amat jarang berlaku.

Ada juga yang melaporkan telah mengalami simptom seperti batuk-batuk dan muntah selepas termakan atau terhidu penghalau nyamuk yang mengandungi DEET.

Untuk produk yang mengandungi picardin pula, pengguna telah melaporkan kesan sampingan seperti iritasi pada kawasan mata dan juga muntah-muntah.

Sama jugalah dengan bahan lain seperti IR3535 dan minyak lemon eucalyptus.

Bagaimana hendak kekal selamat daripada gigitan nyamuk?

Selain menggunakan produk penghalau nyamuk yang betul, ada banyak lagi langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

Berikut antara beberapa perkara yang boleh anda lakukan:

spray nyamuk

  1. Memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan stoking semasa tidur.
  2. Masukkan baju ke dalam seluar untuk mengelakkan sebarang lubang yang boleh menjadi tempat masuk nyamuk.
  3. Duduk di dalam rumah, lebih-lebih lagi jika ada penyakit bawaan nyamuk di kawasan anda.
  4. Gunakan kelambu jika rumah anda berada di dalam kawasan yang banyak nyamuk.
  5. Gunakan penghalau nyamuk yang disahkan selamat.
  6. Pasang jaring pada pintu dan dinding rumah untuk mengelakkan nyamuk.
  7. Buang barang-barang yang boleh menakung air di kawasan rumah.
  8. Musnahkan semua tempat yang boleh menjadi habitat nyamuk sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  9. Jika anda mempunyai anak kecil, pastikan mereka membasuh tangan setelah memegang spray atau ubat nyamuk.

Ubat atau spray nyamuk merupakan salah satu item yang wajib berada di rumah kita.

Ia bukan sahaja boleh menghalau nyamuk, produk ini juga bagus untuk menghalang kita daripada menjadi mangsa gigitan serangga ini.

Walau bagaimanapun, jika ada di antara ahli keluarga anda yang mengalami kesan sampingan disebabkan penggunaan ubat nyamuk, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar segera.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Protect yourself and your family from mosquito bites. https://www.cdc.gov/zika/prevention/prevent-mosquito-bites.html. Accessed April 28, 2021.
  2. Acute Communicable Disease Control.  http://publichealth.lacounty.gov/acd/vector.htm. Accessed April 28, 2021.
  3. Tips to Prevent Mosquito Bites.  https://www.epa.gov/insect-repellents/tips-prevent-mosquito-bites. Accessed April 28, 2021.
  4. Insect Repellents.  http://npic.orst.edu/factsheets/repellents.html. Accessed April 28, 2021.
  5. A Guide To Mosquito Repellents, From DEET To … Gin And Tonic?  https://www.npr.org/sections/goatsandsoda/2018/06/30/623865454/a-guide-to-mosquito-repellents-from-deet-to-gin-and-tonic. Accessed April 28, 2021.

Versi Terbaru

25/08/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Elak Penyakit Berjangkit, Ini Cara Untuk Kekal Selamat Semasa Dikelilingi Haiwan

Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Jika Anak Demam Denggi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan