backup og meta

Bahaya Jika Terhidu Semburan Nyamuk, Ini Cara Gunakannya Dengan Betul!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/09/2021

    Bahaya Jika Terhidu Semburan Nyamuk, Ini Cara Gunakannya Dengan Betul!

    Nyamuk banyak dalam rumah ketika waktu malam? Pasti anda akan cepat-cepat ambil penyembur atau racun nyamuk untuk bunuh semua nyamuk tersebut, bukan?

    Jadi apa solusinya? Sembur racun serangga sekali pada waktu senja (maghrib) dan mungkin lagi sekali pada waktu sebelum tidur untuk elakkan gigitan nyamuk.

    Namun, racun serangga yang berbentuk semburan kesannya adalah sementara. Oleh itu, pasti ada yang gunakan ubat nyamuk berbentuk lingkaran ataupun petak yang perlu dibakar sepanjang malam untuk menghalau nyamuk.

    Tetapi, pernahkah anda terfikir mengenai keselamatan anda jika tidur di samping racun nyamuk yang sentiasa ON? Jika ia bahaya pada nyamuk, bagaimana pula dengan manusia?

    Pyrethroid dalam ubat nyamuk

    Pyrethroid merupakan salah satu kompaun aktif dalam racun serangga. Buat pengetahuan pembaca, racun ini digunakan secara meluas untuk mengawal nyamuk dalam aktiviti pertanian.

    Selain itu, bahan ini juga terkandung dalam kebanyakan ubat nyamuk yang terdapat di pasaran.

    Permethrin, resmethrin dan sumithrin merupakan antara contoh pyrethroid yang terkandung dalam spray nyamuk yang anda gunakan setiap hari.

    Bahan ini bukan sahaja efektif, malah selamat digunakan oleh manusia. Komponen yang dihasilkan daripada bunga chrysanthemum ini dikategorikan sebagai tidak beracun.

    Namun, ia boleh menyebabkan sesak nafas jika dihidu dalam kuantiti yang banyak.

    Racun serangga yang dijual di pasar raya diformulasi dalam kepekatan yang amat rendah untuk tujuan menghalau nyamuk.

    Selain ubat nyamuk, pyrethroid juga dapat ditemui di dalam syampu kutu, syampu untuk haiwan peliharaan dan juga di dalam bahan yang digunakan semasa fogging.

    Penyembur nyamuk, bahaya ke?

    racun nyamuk

    Sehingga kini, racun nyamuk yang digunakan masih lagi dalam ketegori selamat dan tidak berbahaya kepada kesihatan manusia.

    USEPA telahpun membuat pelbagai kajian tentang kesan penggunaan ubat nyamuk yang mengandungi pyrethroid kepada manusia.

    Namun, bahan kimia ini ternyata selamat dan mempunyai kesan yang amat sedikit ataupun tiada langsung terhadap kesihatan manusia.

    Pyrethroid yang dihidu oleh manusia daripada penyembur nyamuk akan masuk ke dalam badan dan keluar sebagai air kencing ataupun air besar.

    Selain itu, bahan ini juga tidak kekal lama dalam tubuh badan manusia. Ia dapat dikumuhkan oleh badan dalam masa yang sangat pendek.

    Walau bagaimanapun, jika anda terdedah kepada terlalu banyak semburan nyamuk, anda akan mengalami pening kepala, rasa mual, muntah-muntah dan juga cirit-birit.

    Selain itu, racun serangga juga akan terurai dengan sendirinya jika terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari.

    Oleh itu, sukar untuk individu yang menggunakan racun nyamuk untuk terkena keracunan kronik disebabkan bahan kimia dalam semburan nyamuk.

    Gigitan nyamuk mungkin tidak akan membuatkan anda rasa apa-apa, lebih-lebih lagi ketika anda sedang tidur.

    Namun, bukan gigitannya yang menjadi masalah, tetapi rasa gatal yang amat sangat setelah digigit nyamuk!

    Kesan gigitan pula selalunya lebih teruk kepada individu yang mempunyai alahan ataupun kanak-kanak.

    Mereka mungkin akan mengalami reaksi alergi seperti pening kepala dan juga demam.

    Selalunya, rasa gatal ini akan beransur hilang selepas beberapa jam.

    Walau bagaimanapun, gigitan nyamuk boleh sebabkan penyakit yang lebih teruk seperti aedes, malaria dan juga chikungunya. Kesemua penyakit tersebut boleh membawa maut.

    Anda mungkin juga berminat:

  • Anda Perasan Nyamuk Macam Asyik Gigit Anda Saja Banding Orang Lain? Ini Mungkin Sebabnya!
  • Tahukah Anda Bagaimana Nyamuk Menghidu Kehadiran Manusia Melalui Peluh?
  • Cara menggunakan penyembur nyamuk dengan betul

    Di Malaysia, demam denggi menyerang secara bermusim. Jangkitan selalunya amat teruk di kawasan bandar dan kawasan sekitarnya.

    Oleh itu, rakyat Malaysia sudah biasa menggunakan semburan nyamuk. Namun, bagaimana hendak pastikan cara penggunaan spray nyamuk adalah berkesan dan selamat?

    1. Baca label pada permukaan botol semburan nyamuk. Lihat arahan yang dipaparkan.
    2. Jika ada makanan berdekatan, tutup bekas makanan dan peralatan memasak.
    3. Elakkan spray daripada terkena mulut, tangan dan telinga.
    4. Tinggalkan bilik selama 15 minit selepas semburan. Tutup semua tingkap dan pintu untuk pastikan keberkesanan racun serangga.
    5. Pastikan keadaan bilik terbuka dan mempunyai pengaliran udara yang baik ketika anda masuk semula.
    6. Jauhkan tin penyembur daripada api.
    7. Sembur semula hanya apabila perlu.

    Penyembur nyamuk selamat jika digunakan

    penyembur nyamuk

    Kepada orang ramai yang masih ragu-ragu untuk menggunakan racun nyamuk, usah takut lagi! Semburan nyamuk nyata selamat kepada manusia dan hanya berbahaya kepada nyamuk.

    Selain itu, jika anda mahu gunakan semburan nyamuk, pastikan anda lakukannya dengan cara yang betul. Jangan sembur pada kawasan mata ataupun mulut.

    Selain itu, jauhkan juga semburan nyamuk daripada api dan juga capaian kanak-kanak. Jika anda amalkan semua ini, anda tidak ada apa-apa isu tentang keselamatan semasa menggunakan racun nyamuk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan