home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kelopak Mata Sering Gatal-gatal & Kering? Kenali Puncanya Dulu Sebelum Rawat

Kelopak Mata Sering Gatal-gatal & Kering? Kenali Puncanya Dulu Sebelum Rawat

Adakah kalian sedang mengalami simptom kelopak mata gatal dan kering? Jika ya, anda mungkin mempunyai dermatitis! Apa itu?

Dermatitis kelopak mata adalah kondisi biasa terjadi yang menyebabkan kulit pada atau sekitar kelopak mata menjadi kering, gatal, dan kemerahan akibat iritasi.

Istilah ini turut merujuk kepada ekzema, psoriasis, atau dermatitis seborrheic pada kelopak mata.

Justeru, apabila penyebabnya adalah alergen atau iritasi, kondisi ini disebut sebagai dermatitis kontak kelopak mata.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah ini dan bagaimana cara mengurus serta mencegahnya. Jom baca!

Dermatitis kelopak mata, jenis & punca

Untuk memahami dermatitis kelopak mata ini, penulis bakal menerangkan jenis-jenis dan punca kerana setiap pecahan disebabkan oleh punca yang berbeza.

Antara jenis dermatitis termasuklah:

  • Dermatitis kontak alergi: Terbentuk dek reaksi alergi yang menyebabkan keradangan pada kulit, seperti debunga pada orang yang alami demam hay. Beberapa produk kosmetik atau logam, seperti nikel, turut menjadi penyebab biasa kepada alergi ini
  • Dermatitis kontak yang merengsa: Ia kebiasaannya dipicu oleh kelopak mata yang bersentuhan secara langsung dengan bahan yang merosakkan lapisan luar kulit, seperti sesetengah alat solek, sabun, atau detergen
  • Dermatitis atopik: Satu bentuk ekzema yang boleh mempengaruhi kelopak mata
  • Dermatitis seborrheic: Kondisi yang menyebabkan kulit menjadi radang dan mengelupas. Ia sering terjadi pada kulit kepala tetapi turut mampu mempengaruhi kawasan kulit berminyak, seperti kelopak mata

Hingga kini, masih kurang jelas penyebab keadaan seperti dermatitis atopik, walaupun ia mungkin berhubung kait dengan komponen genetik, dan boleh berlaku disebabkan faktor keturunan keluarga.

Simptom-simptomnya

gosok mata

Seterusnya kita beralih pula kepada gejala-gejalanya, dermatitis kelopak mata menyebabkan keradangan pada kulit sensitif yang nipis di sekitar mata.

Kondisi ini mengakibatkan kelopak mata gatal dan kering serta kemerahan. Ia turut boleh mempengaruhi salah satu atau kedua-dua belah mata.

Sekiranya keadaan ini berlarutan, kelopak mata berisiko untuk menebal dan proses ini disebut sebagai lichenification.

Sekiranya disebabkan oleh perengsa atau alergen, gejala biasanya hanya berlaku dalam tempoh beberapa jam atau hari dan bakal mereda apabila bahan pencetus disingkirkan.

Krim kortikosteroid antara kaedah merawat!

Untuk kesemua jenis dermatitis kelopak mata, setiap orang HARUS menjaga kebersihan kawasan mata dan tidak menyentuhnya atau menggaru sebarangan, lebih-lebih lagi jika tangan sedang kotor.

Dengan cara ini, ia akan membantu dalam mencegah kerengsaan atau jangkitan yang berisiko terjadi.

Selain itu, anda disarankan untuk mengenal pasti serta mengelak faktor perengsa dan alergen kontak yang berisiko menyebabkan kelopak mata gatal dan kering. Ini termasuk:

  • Jenama alat solek tertentu
  • Sunblock tertentu
  • Minyak wangi
  • Goggles renang
  • Ubat titis mata
  • Bulu mata palsu
  • Larutan kanta lekap
  • Alergen udara

Bagi merawat dermatitis kelopak mata yang disebabkan oleh dermatitis atopik (ekzema) atau psoriasis, dan untuk melegakan simptom dengan segera, anda boleh:

  • Melembapkan: Krim pelembap berkesan dalam menghilangkan rasa kering dan gatal. Pelbagai jenis krim tersedia dengan atau tanpa preskripsi dan paling sesuai untuk merawat dermatitis ringan
  • Gunakan calcineurin inhibitors: Ubat ini digunakan untuk merawat gangguan keradangan, termasuk dermatitis atopik dan psoriasis. Ia boleh disapu sebagai krim atau diambil secara oral. Namun, gunakan dengan berhati-hati, kerana berisiko mengganggu fungsi imun tubuh
  • Gunakan kortikosteroid: Krim berasaskan steroid ini boleh digunakan terus di kelopak mata untuk merawat keradangan dan mengurangkan isu kekeringan

Peringatan, ketika menggunakan krim kortikosteroid, sentiasa berhati-hati kerana keberkesanannya boleh hilang jika digunakan terlalu lama.

Tambah lagi, apabila digunakan berhampiran mata, akan wujud risiko mendapat glaukoma jika digunakan untuk jangka waktu yang lama!

Krim ini juga boleh menyebabkan kesan sampingan jangka pendek tertentu, seperti jerawat, pertumbuhan bulu di kawasan yang dirawat, dan penipisan kulit.

Apa yang boleh saya lakukan untuk mencegah?

Risau ia menimpa kalian? Usah gusar, tindakan berikut dapat bantu mencegah timbulnya dermatitis kelopak mata:

selaran matahari punca bawah mata hitam

  • Elakkan menggaru atau menggosok kelopak mata: Tindakan ini berisiko menyebabkan kerosakan pada kulit dan meningkatkan risiko jangkitan!
  • Perubahan diet: Alahan makanan juga boleh mencetuskan dermatitis kelopak mata. Produk tenusu, khususnya, berisiko menyebabkan gejala dermatitis atopik. Pun begitu, lakukan konsultasi bersama doktor sebelum melakukan sebarang perubahan diet yang ketara
  • Cuba produk anti gatal: Ubatan over-the-counter (OTC) dapat mengurangkan keinginan untuk menggaru. Kompres panas atau sejuk juga boleh membantu!
  • Elakkan pelembap tertentu: Produk yang mengandungi formaldehyde, lanolin, parabens, atau dengan wangian, berisiko menyebabkan kerengsaan tambahan pada kulit
  • Pakai alat pelindung: Melindungi mata daripada perengsa yang berpotensi, penggunaan goggles atau kaca mata semestinya dapat membantu
  • Melembapkan secara berkala: Mengamalkan pelembap pada kelopak mata setiap hari dapat mengelakkan gejala daripada berkembang
  • Kurangkan penggunaan sabun: Memendekkan waktu mandi juga akan mengurangkan masa kulit terdedah kepada perengsa yang berpotensi. Penggunaan sabun yang lebih lembut, antibakteria, atau tanpa wangian amat digalakkan
  • Hadkan penggunaan makeup: Kadangkala, solekan di sekitar mata, seperti eye shadow atau maskara, boleh merengsakan kawasan mata yang sensitif

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://dermnetnz.org/topics/eyelid-contact-dermatitis/
  2. https://eczema.org/information-and-advice/types-of-eczema/eczema-around-the-eyes/
  3. https://www.aad.org/public/diseases/eczema/adult/eye-problems
  4. https://www.nhs.uk/conditions/atopic-eczema/
  5. https://www.nhs.uk/conditions/contact-dermatitis/
  6. https://www.aad.org/public/diseases/eczema/contact-dermatitis#overview
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 05/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x