backup og meta

Jaga-Jaga, Kalau Demam Dah Kebah Tapi Hidung Berdarah, Ini Tanda Denggi Teruk!

Jaga-Jaga, Kalau Demam Dah Kebah Tapi Hidung Berdarah, Ini Tanda Denggi Teruk!

Demam denggi boleh berlaku dalam dua keadaan, sama ada demam denggi yang ringan atau yang lebih teruk. Tahukah anda, apakah tanda tanda demam denggi yang teruk? Berikut kami senaraikan beberapa simptom denggi yang teruk untuk perhatian anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Kes denggi di Malaysia kembali meningkat

Walaupun kes jangkitan COVID-19 sudah mula semakin reda dan terkawal, berlainan pula dengan kes-kes demam denggi.

Malaysia kini mula mencatatkan peningkatan kes-kes jangkitan demam denggi di seluruh negeri.

Di Kedah, kes demam denggi telah meningkat sehingga 143.8% dalam tempoh enam bulan pertama 2022, berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021.

Malah, satu kematian telah direkodkan di Kedah akibat jangkitan demam denggi pada tahun ini.

Begitu juga di Selangor, peningkatan kes jangkitan denggi telah berlaku sebanyak 87.2% dalam tempoh lima bulan pertama 2022, berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Walaupun tiada kes kematian direkodkan di Selangor setakat ini, namun pesakit demam denggi yang teruk berisiko tinggi untuk maut jika tidak mendapat rawatan yang pantas.

Bagaimana demam denggi menjangkiti manusia?

simptom demam denggi
Antara simptom demam denggi.

Anda pasti ingin tahu mengenai simptom demam denggi.

Sebelum mengetahui berkenaan tanda demam denggi, adalah lebih baik untuk anda ambil tahu mengenai cara jangkitan ini berlaku terlebih dahulu.

Demam denggi boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan empat jenis virus denggi.

Anda tidak akan mendapat jangkitan denggi daripada individu yang telah dijangkiti. Ini kerana demam denggi hanya boleh berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes.

Terdapat dua jenis nyamuk yang sering menyebarkan virus denggi ini, dan kedua-dua jenis nyamuk ini sering berada di sekitar tempat kediaman manusia.

Sekiranya nyamuk Aedes menggigit individu yang telah dijangkiti, virus denggi akan memasuki nyamuk tersebut.

Apabila nyamuk tersebut menggigit individu lain pula, maka virus denggi akan memasuki tubuh dan menjangkiti individu yang lain.

Inilah cara bagaimana demam denggi tersebar. 

Tanda tanda demam denggi

tanda demam denggi
Suhu demam tinggi biasanya agak tinggi.

Walaupun majoriti kes denggi berlaku tanpa sebarang gejala atau menunjukkan simptom ringan, namun ia juga boleh menunjukkan simptom yang teruk seperti selesema.

Ini boleh memberi kesan terhadap bayi, kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang dijangkiti. Walau bagaimanapun, ia jarang menyebabkan kematian.

Gejala biasanya berlangsung dalam tempoh dua hingga tujuh hari, dengan tempoh inkubasi antara empat hingga 10 hari selepas digigit nyamuk Aedes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan demam denggi kepada dua kategori utama iaitu denggi (dengan/tanpa tanda amaran) dan denggi teruk.

#1. Demam denggi dengan atau tanpa tanda amaran

Seseorang itu boleh mengalami demam denggi tanpa sebarang tanda demam denggi.

Walau bagaimanapun, individu tersebut boleh dianggap terkena denggi jika mengalami demam panas dengan suhu badan 40 darjah Celsius atau lebih.

Selain itu, seseorang itu juga mungkin menunjukkan simptom di bawah ini:

  • Sakit pada bahagian belakang mata
  • Sakit kepala yang teruk
  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Sakit otot dan sendi
  • Bengkak pada kelenjar
  • Mengalami ruam demam denggi

#2. Tanda tanda demam denggi yang teruk

Jika seseorang itu mengalami simptom denggi tanpa demam yang teruk, ia akan memasuki satu fasa yang disebut sebagai fasa kritikal.

Ia biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga tujuh hari selepas demam bermula.

Dalam tempoh 24 hingga 48 jam fasa kritikal ini, sebahagian kecil pesakit mungkin akan menunjukkan kemerosotan gejala secara tiba-tiba.

Pada waktu inilah demam mula menurun (di bawah suhu 38°C) pada pesakit, dan tanda-tanda amaran yang berkaitan dengan denggi teruk juga mula akan berlaku.

Denggi yang teruk merupakan satu komplikasi yang boleh membawa maut, disebabkan oleh kebocoran plasma, pengumpulan cecair, gangguan pernafasan, pendarahan teruk atau kerosakan organ.

Antara simptom denggi tanpa demam denggi teruk ialah:

  • Kerap muntah tanpa henti
  • Sakit badan yang teruk
  • Pernafasan yang laju
  • Hidung atau gusi mengalami pendarahan
  • Mengalami kegelisahan
  • Keletihan
  • Mengalami pembesaran hati
  • Terdapat darah pada najis atau muntah

Jika pesakit menunjukkan tanda demam denggi seperti ini, doktor perlu melakukan pemerhatian dengan lebih kerap dalam tempoh 24 hingga 48 jam berikutnya agar rawatan yang sewajarnya dapat diberikan.

Ini bagi mengurangkan sebarang komplikasi lain dan juga risiko kematian. 

Bagaimanakah cara merawat demam denggi?

Setakat ini, tiada lagi cara merawat demam denggi yang khusus. Seseorang yang telah dijangkiti hanya boleh melegakan simptom yang dialaminya sehinggalah jangkitan tersebut kembali pulih.

Namun, bagi demam denggi yang ringan, anda boleh melakukan beberapa cara merawat demam denggi seperti berikut untuk melegakan simptom denggi tanpa demam anda:

  • Banyakkan pengambilan cecair bagi mengelakkan dehidrasi. Sebaiknya, minum air yang telah dimasak atau yang telah dibotolkan
  • Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol bagi melegakan sakit-sakit badan dan demam yang dialami. Elakkan mengambil aspirin atau ibuprofen kerana ia boleh menyebabkan masalah pendarahan
  • Rehat dengan secukupnya
tanda demam denggi
Cara mencegah gigitan nyamuk.

Peringatan!

Namun bagi mereka yang mengalami tanda demam denggi yang teruk, sila pergi ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan daripada doktor. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dengue fever. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dengue-fever/symptoms-causes/syc-20353078. Accessed on June 17, 2022. 

Dengue. https://www.cdc.gov/dengue/symptoms/index.html. Accessed on June 17, 2022.

Dengue. https://www.paho.org/en/topics/dengue. Accessed on June 17, 2022.

Dengue Fever. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17753-dengue-fever. Accessed on June 17, 2022.

Dengue Fever. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/dengue-fever. Accessed on June 17, 2022.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jangan Sangka Ia Telah Pupus, Demam Denggi Masih Ada? 6 Tip Untuk Atasi!

Haid Wanita Boleh Terganggu Jika Mengalami Demam Denggi? Adakah Ini Tanda Bahaya?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan