
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia bagi sambutan Tahun Baru Cina sepanjang wabak pandemik virus korona berlangsung telah mengundang pelbagai respons.
Tinjauan tidak rasmi yang dilakukan di laman media sosial menunjukkan kebanyakan pengguna tidak berpuas hati dengan SOP yang bakal terlaksana.
Dalam menempuhi norma baharu, pelbagai jenis pantang larang yang harus diikuti untuk mengelakkan penularan virus korona baharu (COVID-19).
Ini termasuklah sambutan perayaan yang tidak lagi boleh dibuat secara meriah sehingga boleh mengganggu integriti usaha kawalan penyakit.
Beberapa garis panduan telah diketengahkan oleh kerajaan bagi mengawal kemaraan virus dan dalam masa yang sama memberi kelonggaran kepada kaum Cina untuk menyambut tahun baru.
293,698
9,196
1,100
Makan besar keluarga dibenarkan semasa sambutan Tahun Baru Cina mengikut kuota yang telah ditetapkan
Memang sudah menjadi tradisi bagi masyarakat Cina untuk mengadakan makan besar sekeluarga (family reunion dinner) pada malam sambutan Tahun Baru Cina.
Ia adalah untuk menguatkan pertalian kasih sayang dan rasa hormat yang menyatukan mereka dalam satu unit kekeluargaan.
Kerajaan telah meluluskan SOP untuk membenarkan aktiviti ini dijalankan walaupun kes harian COVID-19 masih berada pada 4 angka.
Mereka dibenarkan untuk berkumpul tidak melebihi 15 ahli keluarga pada satu masa namun semua perlu berada dalam zon lingkungan 10 km radius tanpa melibatkan rentas daerah atau negeri.
Pada awalnya, SOP Tahun Baru Cina yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah lebih ketat berbanding dengan sekarang.
Namun, ada segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan tersebut. Ia berikutan SOP tersebut dianggap terlalu ‘ketat’, lalu diubah semula bagi memenuhi kehendak rakyat.
Anda mungkin berminat:
- 5 Tahap Jangkitan Covid-19, 88% Positif Di Malaysia Tiada Gejala, Hanya Simptom Ringan!
- Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?
Walau bagaimanapun, jika ditimbang balik dengan jumlah kes harian dan kadar kematian yang semakin menjadi-jadi, SOP tersebut juga boleh dianggap terlalu longgar.
Berdasarkan kepada kajian apakah SOP ini dibuat dan dipersetujui untuk dilaksanakan?
Jika dilihat pada keberkesanan pelaksanaan langkah pencegahan, badan kesihatan global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) telah memutuskan bahawa amalan penjarakan sosial perlu dilakukan sekurang-kurangnya 1 meter.
Apabila kerajaan menetapkan jumlah siling kepada 15 orang, sejauh manakah kepatuhan kita terhadap SOP yang selama ini melindungi kita daripada penularan penyakit?
Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan kadar jangkitan harian dan kadar kematian sudah meningkat mendadak berbanding dengan semasa pelaksanaan PKP 1.0 dahulu.
Waktu sembahyang dihadkan, aktiviti sanitasi dijalankan secara kerap semasa sambutan Tahun Baru Cina
Pada awalnya, aktiviti keagamaan tidak dibenarkan. Namun melihat kepada keperluan semasa sambutan Tahun Baru Cina, kerajaan telah membenarkan kunjungan ke rumah ibadat pada tarikh dan waktu tertentu.
Aktiviti sembahyang akan dijalankan sebanyak 8 sesi maksimum, dihadkan kepada 30 orang pada 1 masa dan setiap sesi akan berlangsung selama 30 minit.
Selang waktu tersebut, kerja sanitasi akan dijalankan secara berkala untuk mengelakkan penularan jangkitan.
Walaupun perkara ini boleh jadi selamat, namun risiko penyebaran jangkitan tetap ada. Bahkan, jika difikirkan semula, bagaimana jika mereka ini berkumpul di kawasan berhampiran untuk menunggu giliran sembahyang.
Keadaan akan menjadi haru-biru. Dalam situasi tersebut, pengawal keselamatan dan mereka yang dilantik sebagai pegawai pemantau perlu memainkan peranan yang sangat penting.
Melihat kepada betapa mudahnya strain virus COVID-19 sekarang untuk tersebar, penggunaan aplikasi MySejahtera perlu diwajibkan. Ia bagi memudahkan kerja pengesanan jika penularan jangkitan berlaku.
Artikel berkaitan:
Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?
Konklusi
Sebaik-baiknya setiap individu perlu lebih berhati-hati semasa melaksanakan sambutan Tahun Baru Cina.
Lebih ideal lagi jika ia dibuat secara kecil-kecilan tanpa melibatkan sebarang aktiviti berkumpul.
Bukan hendak menghambarkan keadaan, tetapi jangkitan virus korona baharu boleh mengancam nyawa terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
Jika aktiviti berkumpul sememangnya tidak dapat dielakkan, patuhi SOP yang telah ditetapkan. Serta, jangan lupa untuk memakai topeng muka dan sentiasa mencuci tangan.
#HelloHealthGroup #HelloDoktor #HelloHealthCoronaVirus
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.