Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
2 orang pesakit wabak virus novel korona (COVID) di Malaysia telah disahkan sembuh pada 24 Februari 2020. Berita tersebut dikongsikan melalui ciapan akaun Twitter Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Ini sekali gus meningkatkan jumlah pesakit COVID sembuh di Malaysia kepada angka 20.
Setakat ini (25 Februari 2020), lebih daripada 80,000 individu telah disahkan positif di seluruh dunia dengan angka kematian mencecah 2,700. Keadaan di China sudah beransur-ansur reda namun di Itali, Korea Selatan dan Iran, keadaan menjadi bertambah teruk.
Untuk bilangan kes semasa di Malaysia, sila lihat statistik di bawah ini.
[covid_19]
Walau bagaimanapun, keadaan di Malaysia masih lagi terkawal. Langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi berkesan dalam membendung penularan wabak. Namun begitu, ia tidak bermakna kita boleh menarik nafas lega dan mengabaikan langkah penjagaan.
Adakah wabak virus novel korona ini akan berakhir? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih baik.
Pesakit wabak virus novel korona mula sembuh, tetapi…
Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan wabak di seluruh dunia sudah semakin sembuh. Namun, beberapa buah negara masih lagi mengalami kesulitan dalam membendung wabak ini daripada menular.
Di Malaysia, cuma 2 pesakit yang masih lagi menerima rawatan di hospital dan mereka berada dalam keadaan stabil. Berbeza dengan Korea Selatan yang dianggap sebagai negara yang mempunyai jumlah pesakit wabak tertinggi di luar China.
Artikel berkaitan:
- 12 Hospital & 6 Makmal Kesihatan Malaysia SEDIA Untuk Ujian Pengesanan COVID-19, Penting Ini!
- 195 Tempat Dilanda Wabak COVID-19, Sila Kuarantin Diri Jika Pernah Ke Tempat Ini #StayAtHome
Peningkatan jumlah kes di Korea Selatan bermula pada 18 Februari 2020 dan peningkatan tersebut paling jelas berlaku di kota Daegu. Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah mengeluarkan amaran untuk tidak mengembara ke negara tersebut jika tiada urusan penting.
Kota Daegu kini dianggap sebagai titik pusat kepada penyebaran virus novel korona. Kota tersebut menempatkan 2.5 juta penduduk namun keadaan masih terkawal. Tiada huru-hara, tiada perintah berkurung dan kerajaan Korea Selatan telah mengumumkannya sebagai kawasan kawalan khas.
Berikut adalah perbezaan antara social distancing dan juga lockdown atau perintah berkurung.
Penduduk kian panik dan bekalan topeng muka sudah habis terjual. Hospital Dongsan yang terletak di kota tersebut mempunyai kapasiti 240 katil namun pesakit virus novel korona yang ditempatkan sudah melebihi 200.
Terdapat ahli akademik yang berpendapat situasi tersebut merupakan model jangkitan yang baru berkaitan dengan virus novel korona. Jika dibandingkan dengan virus korona yang menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS), ia tidaklah seteruk mana. Mudah berjangkit tetapi tidak serius.
Tiada laporan rasmi yang menyatakan berapa ramai individu yang telah dijangkiti di kota Daegu. Jika terdapat sekalipun, angka tersebut sukar untuk disahkan berikutan wabak tersebut boleh berlaku tanpa menunjukkan tanda.
Wabak virus novel korona bukan berasal dari Wuhan
Peningkatan kes virus novel korona di Daegu menimbulkan persoalan, adakah benar virus tersebut berasal dari Wuhan atau ia sekadar menular di sana?
Kajian analisis genetik terhadap 93 sampel yang mengandungi virus korona telah menunjukkan bahawa ia berkemungkinan diimport dari tempat lain. Mengapa perkara ini penting?
Ini berikutan, bagi membasmi wabak ini, kawasan yang menjadi punca kepada jangkitan tersebut perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Dr Yu Wenbin yang mengepalai kajian telah membuat perbandingan dengan 12 negara lain bagi memahami kaedah penularan jangkitan tersebut.
Artikel berkaitan:
- Netizen, Persiapkan Diri Anda Menghadapi Wabak Virus Korona Wuhan SEKARANG!
- Perhimpunan Tabligh Di Masjid Sri Petaling Hotspot COVID19 Sampai Tersebar Ke Negara Lain!
Melalui kajian tersebut mereka mengeluarkan kesimpulan bahawa sebelum berlakunya penularan di pasar basah Wuhan, terdapat proses jangkitan yang berlaku seawal bulan November di luar kawasan titik pusat tersebut.
Ini adalah apa yang anda perlu tahu berkenaan virus korona Wuhan atau COVID-19.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa China, pesakit pertama yang disahkan positif virus novel korona muncul pada 8 Disember 2019. Bukan semua pesakit yang terawal mempunyai kaitan dengan pasar basah Wuhan. Ini menguatkan lagi hipotesis yang dikeluarkan oleh para pengkaji tersebut.
Pada 6 Januari 2020, Pihak Berkuasa China telah mengeluarkan amaran tahap 2 namun perkongsian mengenai amaran itu tidak dibuat secara meluas. Perkara ini menyebabkan jangkitan virus novel korona menular sehingga mencecah puluhan ribu individu di serata dunia.
Artikel berkaitan: