Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Naik Bas Balik Kuantan, Pemuda Positif COVID-19 Bakal Tambah Jumlah Kes Di Malaysia?

Naik Bas Balik Kuantan, Pemuda Positif COVID-19 Bakal Tambah Jumlah Kes Di Malaysia?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Seorang individu lelaki yang telah disahkan positif virus korona baharu (COVID-19) telah menaiki bas untuk pulang ke kampung halamannya di Kuantan pada 16 Mac 2020. Dia telah berangkat pulang dua hari sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan.

Artikel berkaitan:

Perkara ini mengundang kemarahan daripada pelbagai pihak memandangkan lelaki tersebut berisiko menyebarkan jangkitan sepanjang perjalanannya ke Kuantan.

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Sebelum itu, ikuti statistik semasa kes positif COVID-19 di Malaysia seperti berikut.

Pesakit tidak endahkan nasihat untuk kuarantin

kawalan pergerakan

Apabila berlakunya satu wabak jangkitan pandemik, langkah membendung penularan dilakukan secara terperinci. Ini bermakna, setiap aspek atau faktor yang boleh menyebabkan penyebaran, walau sekecil mana pun, perlu disiasat dan diambil tindakan.

Bunyi macam mudah namun ia sebenarnya sukar untuk dilakukan. Oleh sebab itulah, apabila berlakunya risiko penyebaran disebabkan oleh individu tidak bertanggungjawab, netizen melenting.

Apabila kerajaan mengeluarkan perintah kawalan pergerakan, ia bertujuan supaya setiap individu tidak melakukan pergerakan major. Mungkin anda boleh keluar rumah untuk membeli barang keperluan tetapi bukan untuk pulang ke kampung halaman.

Baca juga:

Penumpang lelaki tersebut telah menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah hospital di Johor Bahru. Namun, sebelum sempat keputusan ujiannya keluar, beliau melanggar nasihat untuk mengkuarantinkan diri dan terus menaiki bas ke Kuantan.

Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, lelaki tersebut menaiki bas ekspres Plusliner dengan nombor plat VDJ 2367 pada 16 Mac 2020. Bas tersebut telah bertolak dari stesen Sentral Larkin pada jam 7.35 malam.

Soalan cepumas! Jika bas bergerak dari stesen tersebut ke Terminal Sentral Kuantan:

  1. Berapa kalikah bas berhenti rehat?
  2. Berapa ramaikah penumpang yang menaiki bas yang sama?
  3. Adakah pesakit mempunyai simptom batuk/bersin? Jika ada, berapa kali?
  4. Adakah pesakit memakai topeng muka?

Logik di sebalik perintah kawalan pergerakan

kawalan pergerakan

Mungkin ramai yang tidak berapa faham dengan arahan kawalan pergerakan selama 2 minggu yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia tempoh hari. Ini boleh dianggap sebagai peluang kedua setelah kita gagal mengawal penularan wabak sewaktu gelombang pertama.

Jadi, berdasarkan kepada kajian berkenaan dengan virus korona yang ada, perintah kawalan pergerakan selama 14 hari dilihat sebagai satu alternatif berkesan untuk membendung kemaraan wabak.

Sila rujuk infografik di bawah ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai simptom-simptom jangkitan COVID-19.

kawalan pergerakan

Jika terdapat penyebaran baharu, kita perlu mengambil kira tempoh pengeraman virus yang berada pada sekitar 2-14 hari. Ini bermakna jika anda berjangkit pada hari pertama perintah kawalan pergerakan dibuat, anda mungkin hanya menunjukkan simptom pada hari terakhir (31 Mac 2020).

Sepanjang tempoh itu, anda boleh menyebarkan jangkitan kepada individu lain tanpa disedari jika amalan jarak sosial tidak dipraktikkan. Berikut merupakan langkah untuk anda elakkan diri daripada dijangkiti virus COVID-19.

https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/

Matlamat di sebalik perintah kawalan pergerakan adalah untuk menurunkan pola jangkitan kepada paras rendah. Ini bagi memastikan fasiliti kesihatan mampu menampung jumlah pesakit biarpun untuk satu jangka masa yang panjang.

Artikel berkaitan:

Jika ada pun kes positif COVID ringan namun individu tersebut tidak hadir ke hospital, jika dia mengamalkan amalan jarak sosial dan perintah kawalan pergerakan, penularan virus tidak akan berlaku sama sekali.

Apabila tamatnya tempoh perintah ini dijalankan, diharapkan banyak kes positif sudah beransur sembuh, tidak lagi berjangkit, kurang kes COVID di hospital dan tiada penyebaran dalam diam yang berlaku dalam kalangan individu.

Konklusi

Penulis merayu kepada semua pembaca untuk mematuhi dan melaksanakan perintah kawalan pergerakan seperti apa yang diumumkan oleh kerajaan tempoh hari. Jangan hanya kerana nak melepak, kita tidak mengendahkan nasihat daripada pakar untuk elak penularan wabak virus korona.

Jika anda masih belum pulang ke kampung dan merancang untuk berbuat demikian, batalkan rancangan tersebut. Perkara yang paling bertanggungjawab yang boleh anda lakukan adalah duduk di mana anda berada sekarang dan hubungi orang tersayang untuk mengambil tahu tahap kesihatan mereka.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Man infected with Covid-19 travelled in bus from Johor Bahru to Kuantan. (https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/19/man-infected-with-covid-19-travelled-in-bus-from-johor-bahru-to-kuantan/?fbclid=IwAR0N5MuBLdBN3fshGPif7acMyc5Pju1L_vSRCoa0niPC5Zet8_GjIPEacVE). Diakses pada 19 Mac 2020.
  2. Clinical presentation and virological assessment of hospitalized cases of coronavirus disease 2019 in a travel-associated transmission cluster. (https://www.medrxiv.org/content/10.1101/2020.03.05.20030502v1). Diakses pada 19 Mac 2020.
  3. People ‘shed’ high levels of coronavirus, study finds, but most are likely not infectious after recovery begins. (https://www.statnews.com/2020/03/09/people-shed-high-levels-of-coronavirus-study-finds-but-most-are-likely-not-infectious-after-recovery-begins/). Diakses pada 19 Mac 2020.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 20/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x