Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Kita sedar tentang risiko jangkitan coronavirus kepada individu. Tetapi bagaimana pula jika seorang ibu hamil positif COVID-19, adakah kesannya lebih bahaya?
Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:
[covid_19]
Ibu hamil positif COVID-19
Baru-baru ini kecoh berita mengenai seorang wanita mengandung 8 bulan merentas negeri dari Ampang ke Kelantan untuk bersalin di sana, disahkan positif COVID-19.
Dia telah mendapat kebenaran pihak polis bagi melakukan perjalanan rentas negeri dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun ini.
Apa yang menaikkan kemarahan netizen apabila wanita tersebut sempat menziarahi individu lain untuk melepaskan rindu sebelum tiba ke kampung halamannya.
Wanita berusia 32 tahun itu merupakan kes pertama dikesan di Kuala Krai selepas lebih sebulan negeri itu diisytihar bebas wabak COVID-19.
Apakah kesan jangkitan wabak pandemik ini kepada wanita yang berbadan dua?
Baca juga:
Risiko jangkitan coronavirus kepada wanita mengandung
Sememangnya buat masa ini tidak terdapat data menunjukkan bahawa jangkitan COVID-19 memberikan kesan berbeza kepada individu hamil.
Walau bagaimanapun, pastinya kita menyedari bahawa mereka yang sedang mengandung berdepan risiko lebih besar mendapat penyakit berkaitan virus pernafasan berbanding individu yang tidak hamil.
Perubahan dalam badan wanita hamil akan meningkatkan risiko bagi sesetengah jangkitan. Maka, disebabkan itu, jika anda sedang hamil, adalah penting untuk anda cuba melindungi diri daripada sebarang jangkitan dan penyakit.
Jika seorang ibu hamil positif covid-19, mereka berkemungkinan akan mengalami simptom ringan sehingga sederhana, yang sama seperti demam atau selesema.
Dalam sesetengah kes jangkitan COVID-19 melibatkan wanita mengandung, mereka akan pulih sepenuhnya tanpa mendedahkan risiko kepada bayi yang belum dilahirkan.
Ibu hamil positif COVID-19 & kandungan
Setakat ini, masih tidak banyak maklumat yang diperolehi berkaitan risiko jangkitan coronavirus daripada ibu ke bayi dalam kandungan.
Namun berikut beberapa perkara yang perlu anda ketahui:
- Penularan jangkitan COVID-19 daripada ibu ke anak jarang untuk berlaku semasa dalam kandungan. Tetapi setelah bersalin, bayi yang baru dilahirkan terdedah dengan risiko jangkitan jika berhubung rapat dengan individu positif COVID-19
- Terdapat beberapa kes di mana bayi baru lahir diuji positif jangkitan virus ini sejurus selepas kelahiran. Namun, masih tidak dapat ditentukan sama ada jangkitan berlaku sebelum, semasa atau selepas dilahirkan
- Dalam kes ibu hamil positif COVID-19 pada trimester terakhir kehamilan, akan wujud masalah seperti kelahiran pramatang. Buat masa ini belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan dengan jangkitan virus tersebut
Ujian saringan kepada anak ibu hamil positif COVID-19
Sekiranya anda adalah ibu hamil positif COVID-19, maka terdapat kemungkinan bayi yang dilahirkan perlu menjalani proses ujian saringan pengesanan virus corona ini.
Biasanya doktor pakar dalam aspek penjagaan bayi yang baru dilahirkan, iaitu doktor neonatal akan memeriksa bayi dan memberikan nasihat tentang perihal penjagaan mereka.
Ini termasuklah sama ada mereka perlu menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 atau tidak.
Artikel berkaitan:
Adakah selepas bersalin, ibu dan anak akan diasingkan?
Pastinya perkara ini yang menjadi kebimbangan ramai wanita terutamanya jika anda disahkan positif jangkitan virus COVID-19 dan sedang berbadan dua, bukan?
Ia adalah pilihan anda. Namun masih bergantung kepada keadaan si kecil.
Sekiranya bayi yang dilahirkan sihat dan tidak memerlukan penjagaan di unit neonatal, anda mungkin akan dibenarkan untuk bersama.
Bagi sesetengah negara, ibu hamil positif covid-19 akan disarankan untuk diasingkan dengan bayi bagi tempoh 14 hari.
Tetapi tindakan tersebut mungkin berpotensi untuk memberikan kesan negatif kepada aspek penyusuan bayi serta jalinan ikatan antara ibu dan anak.
Anda mungkin perlu melakukan perbincangan dan rundingan dengan pakar untuk mengetahui cara terbaik mengendalikan bayi dalam kes seperti ini.
Selamat ke pemakaian pelindung muka untuk bayi baru lahir?
Anda pasti pernah melihat gambar bayi yang dipakaikan pelindung muka (face shields). Tampak comel, bukan?
Tetapi hakikatnya pemakaian pelindung muka waima pelitup muka (face masks) adalah sangat tidak digalakkan. Kenapa?
Setakat ini tiada data untuk menyokong penggunaan pelindung muka pada bayi boleh memberikannya pelindungan terhadap jangkitan coronavirus atau sebarang penyakit pernafasan lain.
Lebih membimbangkan, bayi yang dipakaikan pelindung muka ini sebenarnya lebih terdedah kepada risiko sindrom kematian mendadak (SIDS) atau mati lemas dan tercekik.
Bayi termasuklah si kecil yang baru dilahirkan, akan sentiasa bergerak.
Pergerakan yang dilakukan boleh menyebabkan pelindung muka bergerak. Ini sekali gus meningkatkan kemungkinan untuk hidung dan mulut mereka tersumbat atau disekat oleh pelindung muka mahupun komponennya.
Kekal amalkan kebersihan diri
Sebagai individu yang terdedah kepada jangkitan coranavirus, sudah tentu ibu hamil perlu lebih mementingkan aspek penjagaan diri seperti:
- Mengelakkan individu sakit atau mereka yang terdedah kepada jangkitan COVID-19
- Duduk di rumah jika boleh
- Lakukan amalan jarak sosial sekurang-kurangnya 2 meter daripada individu yang tidak tinggal serumah dengan ada.
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus