Walau kadar jangkitan positif yang berlaku pada hari terakhir menurun sekalipun, ia boleh meningkat kembali dalam beberapa hari selepas itu.
Menurut satu kajian baharu yang dijalankan oleh Universiti Massachusetts, tempoh median pengeraman bagi jangkitan COVID berada di antara 5 hingga 11 hari.
Menurut Nicholas Reich, Profesor Madya di Sekolah Perubatan Awam universiti tersebut, 97.5% subjek jangkitan mengalami simptom setelah 11 hari mendapat jangkitan.
Apa yang lebih mengejutkan adalah jika dilihat pada jangkaan, 101 daripada setiap 10,000 kes positif hanya menunjukkan simptom selepas 14 hari melalui proses kuarantin.
Ini bermakna, bagi individu yang mempunyai risiko tinggi, wajar bagi mereka untuk melalui proses kuarantin yang lebih lama daripada 14 hari.
Lanjutan perintah kawalan pergerakan boleh dikatakan umpama tempoh pemantauan tambahan terhadap corak kenaikan kes positif di Malaysia.
Ketika pengumuman lanjutan dibuat, kes positif baharu pada 25 Mac 2020 adalah sebanyak 172. Angka ini masih lagi tinggi dan jika tiada langkah pencegahan diambil, ia boleh menyebabkan jumlahnya memecut naik.
Keputusan bagi melanjutkan perintah kawalan pergerakan dilihat sebagai satu inisiatif yang baik oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk memastikan keadaan wabak terkawal.
Dalam tempoh masa tersebut, setiap individu perlulah mengamalkan langkah pencegahan seperti berikut:
Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus
Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus
Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020
Konklusi
Diharapkan semua individu dapat mematuhi perintah kawalan pergerakan yang telah dilanjutkan. Jika pada 2 minggu pertama, 95% rakyat Malaysia mematuhi perintah ini, tidak mustahillah jumlah tersebut boleh mencecah 100%.
Kebanyakan individu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan perintah ini dipatuhi. Nasihat kepada rakan dan keluarga berkenaan dengan hal ini sedikit sebanyak membantu mempercepatkan pembasmian wabak COVID-19.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus