Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Sadis! Bayi Baru Lahir 12 Hari Mangsa Termuda Jangkitan COVID-19 di Malaysia

Sadis! Bayi Baru Lahir 12 Hari Mangsa Termuda Jangkitan COVID-19 di Malaysia

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Jika anda masih menganggap pesakit termuda yang dijangkiti oleh wabak virus korona baharu berusia 2 tahun, anda silap.

Pada 26 Mac 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan perihal bayi 12 hari yang menjadi sasaran wabak tersebut.

Tidak dapat dinafikan mereka yang berusia lanjut atau lebih muda daripada 2 tahun berisiko untuk mengalami komplikasi serius apabila dijangkiti oleh virus.

Namun, kita masih lagi kekurangan data kajian berkenaan jangkitan COVID-19 terhadap golongan ini termasuklah bayi yang baru lahir.

Dunia sedang bergelut dengan wabak pandemik COVID-19 yang kini telah menjangkiti lebih daripada setengah juta individu. Angka kematian pula perlahan-lahan meningkat dan kini hampir mencecah 30,000 individu.

Di Malaysia, statistik jangkitan adalah seperti berikut:

Bayi 12 hari berada dalam keadaan stabil

Terdahulu, pada gelombang pertama, pesakit paling muda yang dijangkiti oleh wabak ini berusia 4 tahun. Namun, kita digemparkan dengan adik Muhammad Fateh Aqil yang merupakan penghidap kanser turut dijangkiti oleh COVID-19.

Ramai yang sangkakan adik Aqil merupakan mangsa termuda bagi gelombang COVID-19 kedua, namun, susulan daripada berita itu, seorang bayi yang lahir sebelum pelaksanaan perintah kawalan pergerakan turut dijangkiti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah enggan memberikan maklumat lanjut berkenaan dengan bayi tersebut namun dia berada dalam keadaan stabil.

Melihat kepada kes COVID-19 yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak terutamanya bayi 12 hari ini, kita perlu berhati-hati terutamanya jika pernah terdedah kepada mana-mana risiko jangkitan.

Meskipun kajian menunjukkan golongan kanak-kanak kurang mendapat implikasi buruk daripada jangkitan wabak ini, tapi ia boleh memberi kesan psikologi negatif terhadap ibu yang berada dalam tempoh berpantang.

Kesembuhan bagi bayi 12 hari? Iktibar daripada pesakit termuda di Wuhan

covid

Pesakit termuda yang sembuh daripada jangkitan COVID-19 setakat ini berusia 17 hari di Wuhan, China. Ibu bayi tersebut telah disahkan positif pada 5 Februari 2020 dan bayi tersebut positif pada 9 Februari ketika berusia 4 hari.

Oleh sebab tiada rawatan yang dikhususkan untuk pesakit COVID-19, bayi tersebut diberikan terapi sokongan bagi memberikan masa kepada sistem imun untuk melawan virus dan sembuh dengan sendirinya.

Jika kita gunakan rujukan kes yang sama, rawatan bayi 12 hari yang didiagnosis pada 26 Mac itu perlu memberikan tumpuan kepada aspek terapi konservatif bagi memberikan sedikit masa kepada sistem imunnya untuk mencipta antibodi melawan COVID-19.

Setakat ini, kadar kesembuhan kanak-kanak dianggap lebih baik daripada orang dewasa begitu juga dengan kadar kematian mereka.

Baca juga:

Perkara yang perlu diberikan perhatian adalah kanak-kanak boleh menjadi pembawa virus dalam diam memandangkan sebahagian besar mereka hanya mengalami simptom ringan.

Jika anda mempunyai anak yang sedang sakit, tanpa mengira peringkat umur mereka, pakai topeng muka dan basuh tangan anda secara kerap.

[mc4wp_form id=”115319″]

Moga cepat sembuh…

Sebagai ibu bapa, sukar untuk kita lihat keadaan anak yang sakit lebih-lebih lagi apabila mereka dijangkiti oleh wabak yang sedang melanda.

Di Malaysia, bayi 12 hari tersebut merupakan pesakit termuda, dan pesakit tertua yang sedang mendapatkan rawatan berusia 83 tahun.

COVID-19 tidak mengambil kira usia dan jantina, walaupun mungkin mempunyai tahap risiko yang berbeza. Amalkan jarak sosial, langkah pencegahan dan patuhi perintah kawalan pergerakan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Bayi 12 hari mangsa paling muda dijangkiti COVID-19 – Dr Noor Hisham. (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bayi-12-hari-mangsa-paling-muda-dijangkiti-covid-19-dr-noor-hisham-235440). Diakses pada 27 Mac 2020.
  2. Pesakit termuda COVID-19 disahkan sembuh di Wuhan. (http://www.astroawani.com/berita-dunia/pesakit-termuda-covid-19-disahkan-sembuh-di-wuhan-231435). Diakses pada 27 Mac 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 18/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung