Anemia Ketika Mengandung Meningkatkan Risiko Anak Hidapi ADHD?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Berdasarkan sebuah kajian kohort yang membabitkan lebih 500,000 kanak-kanak dan hampir 300,000 ibu di Sweden, anemia ketika mengandung khususnya yang berlaku dalam tempoh awal kehamilan (30 minggu dan ke bawah) dikaitkan (pada kadar yang signifikan) dengan keadaan seperti Spektrum Masalah Autisme (ASD), Gangguan Hiperaktif/Kekurangan Tumpuan (ADHD), dan juga gangguan-gangguan pembelajaran yang lain. Walau bagaimanapun kaitan ini tidak dilihat dalam anemia ketika mengandung yang didiagnosis selepas tempoh 30 minggu.

Bagaimana anemia ketika mengandung didiagnosis?

Ketika berbadan dua, seorang wanita itu didiagnosis sebagai menghidap anemia ketika mengandung apabila bacaan hemoglobin (pigmen sel darah merah) mereka ketika trimester-trimester tertentu adalah seperti berikut:

Paras hemoglobin kurang dari 11 g/dl ketika trimester pertama

ATAU

Paras hemoglobin kurang dari 10.5 g/dl ketika trimester kedua

ATAU

Paras hemoglobin kurang dari 11 g/dl ketika trimester kedua

Ibu hamil yang menghidap anemia boleh mengalami simptom seperti kerap merasa penat dan ingin pitam, pening kepala, jantung berdebar dan juga nafas menjadi laju. Semasa mengandung, badan si ibu akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Walau bagaimanapun, penghasilan sel darah merah memerlukan zat besi, vitamin B12 dan juga asid folik. Lebih banyak sel darah merah yang diperlukan, lebih banyak zat dan vitamin tersebut yang diperlukan. Jika bekalan bahan tersebut tidak mencukupi dalam badan, anemia akan berlaku. Penyebab utama berlakunya anemia ketika mengandung adalah kekurangan zat besi. Penyebab lain termasuklah kekurangan asid folik dan vitamin B12, jangkitan (HIV, cacing, malaria, TB dan sebagainya) dan juga penyakit darah seperti Talasemia.

Kepentingan zat besi untuk perkembangan bayi

Apa yang diketahui sebelum ini adalah anemia dalam ibu mengandung dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk kelahiran bayi yang lebih kecil dan/atau dilahirkan pramatang. Kaitan ini mengukuhkan pendapat bahawa zat besi yang mencukupi adalah penting dalam perkembangan janin khususnya dalam peringkat awal di mana organ-organ mereka sedang terbentuk, termasuklah organ – organ di dalam sistem saraf tunjang. Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal JAMA Psychiatry pada 18 September yang lepas. Ia melibatkan data daripada 532 232 anak-anak Sweden yang bukan anak angkat dan data yang diperoleh diambil daripada tempoh masa bermula 1 Januari 1987 sehinggalah 31 Disember 2010. Analisis data pula dilakukan bermula daripada 15 Januari 2018 sehingga 20 Jun 2018. 

Kaitan yang dibuat dalam kajian ini mungkin menunjukkan peranan zat besi kepada otak yang sedang berkembang. Zat besi diperlukan untuk pelbagai jenis proses dalam badan. Untuk perkembangan saraf, zat besi digunakan dalam proses pembentukan selaput myelin dan juga pembentukan struktur pecahan dendrit. Lebih penting lagi, zat besi juga diperlukan sintesis neurotransmiter berteraskan monoamin (monoamine neurotransmitters), bahan yang memainkan peranan dalam keterjadian ASD dan juga ADHD. Walau bagaimanapun, kajian susulan yang lebih teliti diperlukan bagi memastikan kaitan punca dan sebab untuk zat besi dan kumpulan penyakit gangguan pembelajaran. Apa yang pasti, kekurangan hemoglobin bermakna bekalan oksigen kepada janin yang sedang membesar menjadi terhad sekaligus mempengaruhi perkembangan otak mereka. 

Pengambilan zat besi dan hematinik yang lain seperti asid folik dan juga vitamin B12 adalah penting bagi menyokong keperluan hemoglobin dalam badan ibu yang mengandung dan juga untuk mencegah masalah saraf bayi. Memandangkan kekurangan zat besi dan juga anemia adalah sesuatu yang lazim dalam kalangan wanita dalam usia reproduktif, kajian ini dapat memberi sokongan kepada amalan pengambilan hematinik yang lebih awal sebelum merancang untuk hamil. Jika anda sedang hamil, pastikan anda datang mengikut jadual kedatangan yang disediakan di klinik ibu mengandung bagi membolehkan masalah anemia dikesan dengan lebih awal. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Adakah Garam Membantu Tekanan Darah Rendah?

    Garam menjadikan tubuh anda mengekalkan air. Jika anda makan terlalu banyak, air tambahan yang disimpan di dalam badan anda akan meningkatkan tekanan darah anda. Semakin banyak garam yang anda makan, tekanan darah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kantung kehamilan

    Teruja Nak Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    kaedah pengguguran janin

    Terpaksa Gugurkan Kandungan Atas Sebab Kesihatan, Tapi Apa Kaedah Selamat Untuk Melakukannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/12/2019 . 3 minit bacaan
    masalah kehamilan

    Didiagnosis Dengan Kanser Paru-Paru Ketika Hamil, Ketahui Prognosis Dan Risiko Yang Anda Dan Anak Anda Hadapi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/03/2019 . 3 minit bacaan

    Masalah Tekanan Darah? Ini 5 Tanda Untuk Anda Kenal Pasti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 21/06/2018 . 2 minit bacaan