backup og meta

Bagi Anak Makan Ikan Haruan Lepas Bersunat, Benarkah Boleh Cepat Sembuhkan Luka?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/02/2024

    Bagi Anak Makan Ikan Haruan Lepas Bersunat, Benarkah Boleh Cepat Sembuhkan Luka?

    Kadangkala, ibu bapa mungkin kurang tahu tentang pantang larang selepas berkhatan yang perlu dipatuhi oleh anak mereka. Jadi, ini dia beberapa contoh makanan pantang untuk orang bersunat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Kenapa ibu bapa perlu mengkhatankan anak?

    Untuk pengetahuan anda semua, berkhatan atau bersunat itu adalah satu prosedur pembedahan pembuangan lebihan kulit kulup zakar bagi lelaki dan lebihan kulit klitoris faraj bagi perempuan.

    Kebiasaannya, prosedur ini akan dilakukan ketika dalam fasa kanak-kanak bagi individu lelaki manakala perempuan pula ketika di usia bayi. Pun begitu, ia turut bergantung kepada pilihan ibu bapa.

    Persoalannya, kenapa ibu bapa perlu mengkhatankan anak mereka? Adakah terdapat aspek yang mewajibkan prosedur ini?

    Dari konteks agama Islam, hukum mengkhatankan anak itu adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan. Kini, hampir semua ibu bapa tidak kira agama dan bangsa mula mempertimbangkan prosedur ini.

    Ini kerana berkhatan mampu untuk memudahkan anak anda membersihkan alat kelamin mereka. Tanpa lebihan kulit yang cenderung untuk menyimpan kekotoran, bersunat boleh membawa banyak kebaikan.

    makanan pantang untuk orang bersunat
    Cara jaga pantang sunat.

    Kenapa perlu patuhi pantang larang semasa sunat?

    Kesan daripada prosedur pembedahan pembuangan lebihan kulit alat kelamin ini, ia sudah tentu akan memerlukan sedikit masa untuk sembuh sama seperti prosedur-prosedur klinikal yang lain juga.

    Berapa hari pantang sunat?

    Menurut National Health Service (NHS), luka khatan yang normal akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh 10 hari tetapi mungkin berbeza bergantung kepada individu. Tempoh luka berkhatan sembuh biasanya adalah antara 7 dan 14 hari.

    Bagaimana untuk tahu jika luka sunat sudah sembuh? Selain dinilai dari segi rasa geli, sakit, ngilu dan pedih, ia juga boleh dilihat daripada pengelupasan keruping dan pembentukan parut yang dialami.

    Sebenarnya, ada beberapa makanan pantang untuk orang bersunat yang boleh mempercepatkan proses pemulihan!

    Ini beberapa makanan pantang untuk orang bersunat!

    Selain daripada merawat luka pada alat sulit, ibu bapa juga perlu fokus kepada pemakanan anak anda. Jadi, ibu bapa boleh berikan makanan pantang untuk orang bersunat seperti yang berikut:

    Jenis ikan pantang bersunat #1. Ekstrak ikan haruan

    Orang dahulu percaya bahawa ekstrak ikan haruan boleh membantu merawat luka selepas berkhatan. Benarkah?

    makanan pantang untuk orang bersunat
    Ikan haruan dikatakan boleh membantu luka bersunat cepat sembuh.

    Penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) percaya bahawa ekstrak ikan haruan mampu membantu dalam mengurangkan dan melegakan kesakitan akibat bekas luka pembedahan.

    Menurut kajian seliaan Universiti Sains Malaysia (USM) pula, ekstrak ikan yang sama boleh membantu mengecutkan dan mengecilkan kesan parut pada alat sulit selepas prosedur bersunat berlangsung.

    Makanan pantang orang berkhatan #2. Telur

    Tidak kurang juga ramai yang percaya makan telur selepas berkhatan akan menyebabkan nanah pada alat kelamin. Tidak! Kenyataan itu hanya satu mitos dan sebaliknya telur mempunyai manfaat yang tersembunyi.

    Sumber protein, zat besi, zink, selenium, vitamin A dan B akan membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan.

    Makanan pantang bersunat #3. Nasi

    Seperti mana kita semua tahu, nasi adalah makanan ruji masyarakat kita yang tinggi karbohidrat. Nutrien ini penting untuk proses penyembuhan luka pada kulit termasuk selepas prosedur berkhatan.

    Dalam pada itu, ia juga bakal meningkatkan penghasilan insulin yang turut menyumbang kepada manfaat di atas tadi.

    #4. Kekacang

    Kekacang terutama kacang badam dan gajus merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan nutrien terpenting iaitu protein, lemak, vitamin dan mineral. Mengapa ia bagus buat anak anda yang bersunat?

    makanan pantang untuk orang bersunat
    Tips anak cerewet makan.

    Alasannya, nutrien seperti mineral mangan, magnesium dan vitamin E mampu bertindak sebagai antioksidan untuk membantu melawan kerosakan sel badan dan kulit selepas pembedahan.

    Tidak hanya itu, kekacang juga penting dalam menu makanan pantang untuk orang bersunat kerana ia tinggi dengan kandungan yang mampu melindungi alat sulit daripada jangkitan mikrob.

    #5. Serbuk rempah kunyit

    Terakhir, kunyit yang tinggi dengan kurkumin juga tentu sahaja bagus untuk anak anda yang bersunat. Ia memainkan peranan yang begitu penting dalam melancarkan lagi proses penyembuhan luka.

    Jika ibu bapa tidak tahu bagaimana cara untuk memberikan kunyit kepada anak, anda boleh memasukkan ia ke dalam minuman seperti air teh atau masakan seperti nasi goreng yang digemari mereka.

    Konklusinya, mungkin ada banyak lagi makanan pantang untuk orang bersunat lain. Sama ada yang perlu anda ambil atau elak, dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor dengan lebih lanjut ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan