backup og meta

Ini 5 Jenis Makanan Yang Boleh Aktifkan Sel Kanser! Ada Yang Kita Selalu Makan Di Rumah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/11/2023

Ini 5 Jenis Makanan Yang Boleh Aktifkan Sel Kanser! Ada Yang Kita Selalu Makan Di Rumah

Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan yang mengaktifkan sel kanser? Makanan yang mengaktifkan kanser ini perlu dijauhi agar ia tidak mencetuskan atau menggalakkan pertumbuhan barah dalam tubuh kita. Ini antara makanan yang perlu dielakkan pesakit kanser dan mereka yang tidak menghidap kanser. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kanser, anda boleh klik di sini.

Makanan dan kanser

Kanser merupakan sejenis penyakit yang agak kompleks. Ini kerana, terdapat banyak jenis kanser di dunia ini dan ia juga boleh berlaku disebabkan pelbagai jenis punca.

Walaupun kadangkala tidak diketahui puncanya dengan jelas, namun terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada perkembangan kanser.

Antaranya ialah faktor luaran seperti tabiat dan gaya hidup. Malah ada kajian yang menyatakan bahawa 80 hingga 90 peratus kejadian tumor berkaitan dengan faktor luaran.

Salah satu faktor luaran ini ialah diet atau pemakanan.

Sesetengah jenis makanan telah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk jenis kanser tertentu. Anda boleh lihat antara jenis makanan yang mengaktifkan sel kanser menerusi penerangan lanjut di bawah ini.

Makanan yang mengaktifkan sel kanser

Ada beberapa jenis makanan yang boleh mengaktifkan kanser, perlu dielakkan oleh kita termasuklah mereka yang menghidap kanser. Antaranya ialah:

#1. Daging yang diproses

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat ‘bukti yang meyakinkan’ bahawa daging yang diproses boleh menyebabkan kanser.

Daging yang diproses ini dikelaskan sebagai karsinogen Kumpulan 1, dan ia berkait rapat dengan kanser kolorektal dan juga perut.

Antara contoh produk daging diproses yang mempunyai sifat karsinogenik termasuklah frankfurter, ham, sosej, daging dan jeruk dalam tin, serta lain-lain lagi.

Sebagai ganti jenis daging seperti ini, anda boleh mengambil daging penuh seperti ayam dan ikan ataupun makanan lain seperti tauhu

#2. Makanan yang mengaktifkan sel kanser: Alkohol

makanan yang mengaktifkan sel kanser

Minuman beralkohol sudah diketahui sebagai antara makanan yang boleh mencetuskan sel kanser.

Alkohol dikelaskan sebagai karsinogen Kumpulan 1, yang bermaksud terdapat bukti sifat karsinogen yang mencukupi terhadap tubuh badan manusia.

Antara bentuk kanser yang sering dikaitkan dengan pengambilan alkohol adalah kanser mulut, tekak, esofagus, payudara, hati, perut, dan juga usus.

#3. Minuman tinggi gula

Obesiti adalah faktor risiko utama untuk beberapa jenis kanser.

makanan yang mengaktifkan sel kanser

Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang masa.

Perkara ini boleh dicapai melalui diet seimbang yang menggabungkan semua kumpulan makanan.

Antara faktor utama yang menyebabkan keadaan obesiti ialah pengambilan minuman bergula setiap hari.

Jika diambil dengan kerap, minuman manis atau bergula ini boleh menyebabkan penambahan berat badan, dan dalam jumlah yang berlebihan ia boleh menyebabkan obesiti. 

#4. Daging merah

makanan yang mengaktifkan sel kanser

Daging merah boleh mengaktifkan sel kanser? Ya, daging merah dikelaskan sebagai makanan dalam Kumpulan 2A, iaitu jenis makanan yang mungkin bersifat karsinogenik kepada manusia.

Daging merah sering dikaitkan dengan kanser kolorektal. Walau bagaimanapun, terdapat juga bukti yang mengaitkan pengambilan daging merah dengan kanser pankreas dan juga prostat.

Profesional kesihatan mengesyorkan bahawa untuk mengurangkan risiko kanser, anda perlu makan tidak lebih daripada 65 – 100 gram daging merah yang dimasak setiap minggu.

Sebagai ganti daging merah, anda boleh mengambil daging putih seperti ikan dan juga ayam

#5. Makanan yang mengaktifkan sel kanser: Makanan segera

Makanan segera seperti makanan di restoran makanan segera atau makanan ringan merupakan antara jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser.

Ini kerana jenis makanan seperti ini telah dihasilkan dengan penggunaan gula, garam, kanji dan juga lemak yang tinggi.

Pengambilan makanan seperti ini dengan kerap boleh menambahkan jumlah lemak dalam badan, dan sekali gus meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser. 

Kesimpulan

Sekarang anda telah tahu 5 jenis makanan yang mengaktifkan kanser.

Jika anda kerap mengambil salah satu daripada jenis makanan seperti yang dinyatakan, cuba kurangkan pengambilannya mulai hari ini.

Seeloknya, elakkan terus daripada memakan makanan tersebut dalam diet harian anda. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/11/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan