Jangkitan selsema teruk yang berpunca daripada virus influenza sememangnya boleh menyebabkan individu menjadi tidak produktif.
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Jangkitan selsema teruk yang berpunca daripada virus influenza sememangnya boleh menyebabkan individu menjadi tidak produktif.

Selsema atau selesema merupakan penyakit saluran pernafasan yang lazim didiagnosis setiap tahun dan boleh memberikan implikasi kesihatan yang ketara jika tidak diuruskan dengan baik.
Seperti jangkitan pernafasan yang lain, mereka yang mengalami selsema teruk akibat influenza boleh menjangkitkannya kepada individu lain.
Oleh sebab itulah penting bagi kita untuk memahami berkenaan dengan tempoh inkubasi virus influenza (masa di antara jangkitan berlaku dan simptom pertama muncul).
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui bagaimana jangkitan ini boleh berlaku dan apa kaitan jangkitan virus ini dengan tuberkulosis (tibi)!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Secara umumnya, bagi jangkitan influenza, jarak masa di antara jangkitan dan kemunculan simptom pertama adalah di antara 1 hingga 4 hari.
Tempoh berapa lama virus influenza dalam badan berbeza bagi setiap individu dan purata tempoh inkubasi adalah sekitar 2 hari.
Ini bermakna, secara puratanya, individu yang dijangkiti oleh virus influenza akan menunjukkan simptom selepas 2 hari.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tempoh inkubasi bagi masalah selesema influenza. Antara punca kenapa tiba tiba selsema adalah:
Ramai individu yang hanya mengasingkan diri selepas mereka menunjukkan simptom selsema teruk.
Hakikatnya, anda sudah boleh menjangkiti individu lain sehari sebelum anda menunjukkan simptom.
Sebagai contoh, jika anda dijangkiti virus pada hari Jumaat, anda boleh menjangkiti individu lain pada hari Sabtu dan hanya mengalami simptom pertama pada hari Ahad.
Perkara ini membuatkan jangkitan selsema teruk ini sukar untuk dikawal. Selepas anda mendapat simptom slesema lebih seminggu, anda boleh menjangkiti individu lain dalam tempoh 5 hingga 7 hari.
Sukar untuk kita membezakan simptom bagi selesema influenza dengan selesema yang berpunca daripada masalah jangkitan lain.
Namun, lazimnya simptom influenza datang secara mendadak. Antara gejala yang boleh anda alami adalah:
Terdapat juga simptom lain yang lazim dialami oleh kanak-kanak seperti loya, muntah dan sakit telinga apabila mereka alami jangkitan selsema teruk.
Anda boleh mengalami simptom influenza di antara 3 hingga 7 hari. Walau bagaimanapun, rasa lesu dan lemah badan boleh dirasai sehingga 2 minggu.
Pada kebanyakan kes, jangkitan influenza boleh tersebar melalui titisan air saluran pernafasan yang terlepas ke udara semasa anda batuk atau bersin.
Oleh itu, sekiranya anda bersin atau batuk di kawasan awam, titisan udara boleh tersebar dan menjangkiti individu lain dengan lebih mudah.

Terdapat juga kaedah penyebaran yang dikenali sebagai fomit. Ia adalah kaedah yang melibatkan bahan tercemar (bahan yang disentuh oleh mereka yang dijangkiti virus).
Jika anda menyentuh objek tersebut, jangkitan boleh berpindah ke tangan anda. Jika anda menggosok mata, hidung atau mulut tanpa mencuci tangan, jangkitan boleh memasuki sistem pernafasan sehingga menyebabkan selesema.
Oleh itu, jika anda menghidap masalah selesema influenza, anda perlu:
Jangkitan influenza dan tibi adalah dua jangkitan pernafasan yang berbeza namun berkaitan, terutama dalam aspek risiko dan komplikasi.
Buat anda yang mungkin belum tahu, influenza disebabkan oleh jangkitan virus manakala tibi disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Namun, anda juga perlu tahu bahawa pesakit tibi yang mendapat influenza dalam masa sama berisiko mengalami komplikasi pernafasan yang lebih teruk.
Berita baik buat anda, kajian mengatakan vaksinasi influenza dipercayai mampu untuk membantu menurunkan risiko mengalami tibi sebanyak 18%.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
16/03/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid