What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Tibi Boleh Berjangkit Jika Bersentuh, Berjabat Tangan Dan Berpeluk, Fakta Atau Auta?

    Tibi Boleh Berjangkit Jika Bersentuh, Berjabat Tangan Dan Berpeluk, Fakta Atau Auta?

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan secara umumnya, 1/3 daripada penduduk seluruh dunia dijangkiti penyakit tuberkulosis atau tibi. Namun, bagaimanakah penyakit tb berjangkit dengan individu lain?

    Berkaitan dengan statistik di atas, tidak kira sama ada rakan, ahli keluarga malah pasangan kita berisiko mempunyai kuman ini dalam tubuh mereka.

    Justeru, adakah selamat untuk individu yang sihat berada dekat dengan penghidap tibi? Persoalan anda akan dijawab sepenuhnya dalam artikel ini.

    Pengenalan penyakit tuberkulosis

    penyakit tb berjangkit

    Penyakit tb berjangkit melalui jangkitan bakteria yang serius dan boleh membawa maut! Ini tidak boleh disangkal lagi. Jadi, setiap individu tidak boleh memandang enteng akan penyakit ini.

    Ia boleh mempengaruhi pelbagai organ dalaman, terutama sekali sistem pernafasan. Ia senang merebak melalui titisan air pernafasan semasa batuk atau bersin.

    Terdapat 2 jenis tibi yang utama iaitu:

    Jangkitan tibi terpendam, seperti namanya bermaksud anda tidak menunjukkan apa-apa gejala walaupun telah dijangkiti kuman tersebut.

    Sebaliknya, penyakit tuberkulosis mempunyai berbagai-bagai gejala terutama sekali batuk dan demam panas menggigil.

    Jenis penyakit tibi aktif ini sangat berbahaya kerana ia boleh berjangkit dan merebak dari paru-paru ke organ lain.

    Penyebaran penyakit tb berjangkit

    Tibi disebarkan melalui udara. Titisan pernafasan yang mengandungi bakteria boleh berjangkit daripada seorang individu ke individu lain apabila dihirup.

    Ini bermakna, penyakit tb berjangkit jika anda berada dekat dengan seseorang yang menghidap penyakit ini ketika mereka:

    • Bersin
    • Batuk
    • Berbicara dekat dengan wajah anda untuk jangka masa yang lama

    Anda tidak akan mendapat jangkitan tibi dalam sesetengah situasi termasuklah :

    • Berjabat tangan atau memeluk
    • Berkongsi pakaian, cadar atau tempat tidur
    • Gelas atau peralatan makan yang diguna sama setelah dicuci
    • Tempat duduk tandas

    Namun, jika anda sering mendekati penghidap tibi, anda mungkin berisiko tinggi kerana menghirup udara yang dipenuhi oleh bakteria tersebut.

    Individu yang tinggal atau bekerja dengan penghidap penyakit tuberkulosis lebih cenderung untuk dijangkiti berbanding dengan individu lain dalam masyarakat umum.

    Kumpulan berisiko mendapat penyakit tuberkulosis

    Sebilangan individu boleh mendapat penyakit ini dalam masa beberapa minggu selepas dijangkiti, sebelum sistem imun tubuh mereka dapat melawan bakteria tersebut sepenuhnya.

    Walaupun begitu, orang lain mungkin akan mendapat penyakit tersebut setelah bertahun-tahun, apabila sistem imun mereka menjadi lemah.

    Ramai orang dengan jangkitan tibi tidak akan mendapat penyakit tersebut sepenuhnya.

    Pendedahan kepada bakteria tuberkulosis bukan faktor tunggal untuk mendapat penyakit tersebut.

    Salah satu faktor utama yang meningkatkan risiko anda dijangkiti selepas terdedah adalah jika anda mempunyai sistem imun yang lemah.

    Anda mungkin berisiko tinggi terkena tibi jika :

    Penyakit ini juga lebih kerap berlaku di negara-negara tertentu seperti Rusia, Amerika Selatan dan Afrika. Risiko anda akan meningkat sekiranya anda tinggal dalam kawasan yang mempunyai banyak kes tibi.

    Bagaimana untuk elak penyakit tb berjangkit?

    penyakit tb berjangkit

    Sudah tentu boleh! Salah satu caranya adalah mengurangkan pendedahan anda kepada orang yang menghidap tibi aktif.

    Selain itu, jika anda melancong ke negara asing di mana tibi merupakan masalah kesihatan awam yang serius, dapatkan maklumat terkini dan keperluan vaksinasi dari Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC).

    Kaedah lain untuk mengurangkan pendedahan anda terhadap penyakit tb berjangkit termasuklah:

    • Menghindarkan diri daripada tempat yang sesak
    • Memastikan bilik anda mempunyai pengudaraan yang baik
    • Jika anda sedang dirawat, duduklah di rumah selama beberapa minggu atau bulan sehingga stabil
    • Memastikan anda mendapat vaksinasi Bacillus Calmette-Guerin (BCG)

    Konklusi

    Ingatlah bahawa penyakit tuberkulosis adalah penyakit berjangkit yang merebak melalui udara. Kurangkanlah pendedahan anda daripada orang yang menghidap penyakit ini untuk mengurangkan risiko anda.

    Selain itu, vaksin BCG merupakan vaksin yang wajib diambil oleh setiap individu dalam negara kita.

    Salah satu cara untuk memastikan anda sudah mengambil vaksin tersebut adalah dengan memeriksa parut setelah imunisasi di lengan anda.

    Jika anda masih ragu-ragu mengenai status vaksinasi anda, berundinglah dengan doktor anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Akhir kata, jagalah kebersihan diri dan dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mengesyaki anda mungkin menghidap tibi.

    health-tool-icon

    Jadual Vaksin Bayi

    Rujuk jadual imunisasi untuk tahu vaksin apa yang anak anda perlukan dan bila

    Apa jantina bayi anda?

    Lelaki

    Wanita

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Nana Muhammad Disemak pada 09/06/2022
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan