Ramai orang percaya bahawa khasiat teh hijau itu dikatakan boleh bantu rawat prostat bengkak. Tetapi, adakah ia benar atau hanya mitos? Teruskan baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Minum teh hijau untuk rawat prostat bengkak?
Teh hijau sudah lama dikenali sebagai makanan superfood.
Disebabkan khasiatnya, teh hijau sering dijadikan bahan kajian untuk mengenal pasti potensinya dalam bidang kesihatan.
Selain itu, teh hijau juga merupakan minuman yang menyihatkan, mampu membuatkan anda fokus dengan lebih lama dan dapat memberikan tenaga tambahan!
Minuman yang berasal dari negara China ini telah lama digunakan sebagai ubat tradisional di seluruh Asia untuk merawat kanser dan juga merendahkan tekanan darah tinggi.
Tetapi, apakah keistimewaan minuman ini sehingga ia boleh dijadikan cara untuk rawat prostat bengkak yang alternatif.
Untuk pengetahuan anda, teh hijau mengandungi antioksidan yang sangat kuat.
Kajian mendapati teh hijau boleh menghalang kanser prostat daripada terbentuk.
Malah, minuman ini juga dapat memberikan manfaat tersendiri kepada kaum Adam yang menghidap BPH.
Mengapa pilih teh hijau?
Kini, teh hijau merupakan minuman kedua yang paling popular di dunia. Malah, ia juga merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding kopi dan juga minuman berkarbonat.
Di dalam teh hijau, terkandung banyak polifenol, sejenis antioksidan yang bersifat antiradang dan antikanser.
Polifenol ini juga dikenali dengan nama epigallocatechin (EGC) yang sangat efektif untuk mengurangkan penghasilan sel yang menyebabkan prostat bengkak.
Selain itu, ia juga dapat mencegah BPH daripada berlaku. Sebab itu, teh hijau amat berkhasiat untuk kaum Adam.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin mengamalkan pengambilan teh hijau untuk masalah prostat bengkak, elakkan mengambil teh yang mengandungi kafein.
Kafein boleh menyebabkan iritasi pada kawasan prostat dan juga pundi kencing.
Malah, jika anda menghidap BPH dan sering mengambil minuman berkafein, anda mungkin akan mengalami simptom yang lebih teruk pada masa akan datang.
Selain teh hijau, pengambilan air kosong juga amat penting untuk rawat prostat bengkak.
Pastikan anda kekal hidrat dan jangan sesekali mengelak daripada minum air untuk mengurangkan kekerapan ke tandas.
Dapatkah teh hijau merawat prostat bengkak?
Jika anda menghidap BPH, pengambilan teh hijau hanyalah digalakkan sekiranya anda melakukan rawatan dan mengambil ubat-ubatan yang sepatutnya daripada doktor.
Ia bukanlah pengganti untuk rawat prostat bengkak yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, antioksidan yang terkandung di dalam teh hijau boleh mengurangkan hormon dihydrotestosterone (DHT), sejenis hormon yang menggalakkan pembengkakan prostat.
Individu yang mengamalkan pengambilan teh hijau didapati mempunyai hormon DHT yang lebih rendah daripada biasa.
Sebab itulah, teh hijau dikatakan berkesan untuk rawat prostat bengkak.
Teh hijau turut mengandungi catechins, sejenis bahan yang mampu mengurangkan masalah ketika membuang air kencing.
Catechins boleh memperbaiki masalah pengeluaran urin dan mengelakkan pesakit membuang air kecil terlalu kerap.
Malah, ia juga boleh membunuh beberapa jenis virus dan bakteria yang boleh menyebabkan masalah jangkitan saluran kencing dalam kalangan lelaki yang menghidap BPH.
Kekuatan teh hijau bergantung kepada jumlah teh yang diambil.
Kajian mendapati, lelaki yang minum banyak teh hijau mempunyai prostat yang lebih sihat berbanding lelaki yang jarang mengambilnya.
Selain itu, jenis daun yang digunakan juga mungkin memberikan impak yang tersendiri.
Sebagai contoh, teh hijau Jepun mempunyai jumlah cathechin yang lebih tinggi berbanding teh hijau Cina.
Kesimpulan, teh hijau itu memang sihat!
Teh hijau mempunyai pelbagai manfaatnya yang tersendiri.
Walaupun punca prostat bengkak tidak dapat dikenal pasti, namun itu tidak bermaksud kita tidak boleh mencegahnya.
Jika anda rungsing mengenai kesihatan prostat, pastikan anda berhubung dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan pengambilan teh hijau.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Khasiat Teh Hijau: Jenis yang Pelbagai dengan Khasiat yang Pelbagai
- Gemar Minum Teh Hijau? Kajian Kata Ia Bagus Untuk Kesihatan. Jom Ketahui Mengenainya
- Teh Hijau Bagus Untuk Turunkan Berat Badan & Mengurangkan Risiko Penyakit Lain
Ingat ya, tidak ada apa-apa yang baik jika diambil secara keterlaluan.
Selain itu, elakkan membeli teh hijau yang tidak mempunyai kelulusan ataupun dijual secara meragukan.
Teh hijau bukan sahaja sedap diminum, ia juga dapat membantu anda merawat pelbagai masalah kesihatan lain selain prostat bengkak.
Cuba minum secawan teh hijau jika anda rasa tertekan atau sedih, pasti anda dapat rasa perbezaannya!