Gemar Minum Teh Hijau? Kajian Kata Ia Bagus Untuk Kesihatan. Jom Ketahui Mengenainya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Teh hijau merupakan antara minuman lazim diambil oleh individu di seluruh dunia. Ia juga dianggap sebagai minuman sihat memandangkan ia mengandungi pelbagai jenis nutrien dan antioksida yang dapat mengurangkan kesan buruk molekul radikal bebas di dalam badan.

Kajian yang telah dijalankan di China melibatkan 100,902 subjek menunjukkan pengambilan minuman teh secara berkala dapat menurunkan risiko strok dan sakit jantung sebanyak 25%. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Jangka hayat peminum teh hijau meningkat

Mereka yang kerap minum teh, secara puratanya, hidup 1.26 tahun lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya. Definisi peminum teh kerap telah ditetapkan sebagai mereka yang mengambil minuman tersebut dengan kekerapan 3 kali atau lebih dalam masa seminggu. 

Walau bagaimanapun, menurut kajian tersebut, kesan itu hanya dialami oleh mereka yang mengambil teh hijau. Ini berikutan 8% daripada jumlah 100,902 subjek mengambil teh hitam dan mereka tidak mengalami sebarang kesan kesihatan positif yang signifikan. 

Mereka yang ambil minuman sihat ini juga mengalami masalah jantung 1.4 tahun lebih lambat daripada mereka yang tidak mengambilnya.

Ia menunjukkan kualiti hidup subjek yang mengambil minuman teh hijau meningkat. Namun tanpa penjagaan pemakanan dan faktor-faktor yang berkaitan, individu tersebut masih berisiko untuk mendapat penyakit jantung, 

Menurut pakar, dapatan kajian yang diterbitkan di laman Jurnal Pencegahan Kardiologi Eropah (EJPC) itu masih tidak kuat untuk menggalakkan orang ramai menukar pilihan minuman pagi kepada teh hijau. 

Perkara penting perlu ditekankan adalah pengamalan gaya hidup sihat bagi menghindarkan penyakit kronik. Teh hijau boleh bertindak sebagai suplemen sahaja dalam memastikan tahap kesihatan anda berada pada paras yang optimum. 

minuman teh hijau

Teh hijau mengandungi kompaun bioaktif yang menyihatkan

Minuman teh hijau mengandungi pelbagai jenis kompaun dan molekul antioksidan seperti polifenol dan catechin (EGCG). Ia mempunyai peranan yang penting dalam mengurangkan kadar penghasilan molekul radikal bebas yang sering dikaitkan dengan proses penuaan dan penyakit kronik yang lain.

Kajian  tahun 2018 oleh Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Malaysia menunjukkan potensi EGCG dalam merawat penyakit kardiovaskular dan penyakit metabolik. 

Pun begitu, berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2004 oleh Universiti Zhejiang menunjukkan produk teh hijau berkualiti rendah mengandungi paras fluorida yang tinggi. 

Teh hijau tingkatkan fungsi otak

Sekiranya anda hamil, anda perlu berhati-hati dalam pengambilan teh hijau. Ini berikutan teh hijau mengandungi bahan perangsang, kafein

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), pengambilan minuman berkafein melebihi 200 mg sehari boleh memberikan kemudaratan kepada janin. Jumlah tersebut bersamaan dengan 2 cawan kecil kopi.

Oleh sebab kandungan kafein di dalam minuman sihat ini tidak setinggi kopi, pastikan anda meminumnya tidak melebihi 2 cawan kecil sebagai langkah berjaga-jaga. 

Jika diambil pada jumlah yang disarankan, minuman berkafein boleh menghalang pengeluaran penghalang neurotransmiter yang dikenali sebagai adenosin.

Ini akan meningkatkan kepekatan neurotransmiter lain seperti dopamin dan adrenalin yang boleh menambah keupayaan memori, mood dan menjadikan seseorang itu berjaga-jaga.

Teh hijau juga kaya dengan sejenis asid amino yang dikenali sebagai L-theanine. Molekul ini berupaya untuk merentasi penghalang otak-darah menyebabkan kesan positif kepada otak, terutamanya jika ia digandingkan bersama dengan kafein.

Bahkan minuman sihat ini tidak menyebabkan kesan sampingan keresahan berikutan L-theanine juga mempunyai sifat antiresah. 

Banyak individu melaporkan bahawa pengambilannya membuatkan mereka lebih produktif dan mempunyai kadar tenaga tinggi berbanding dengan pengambilan kopi.

Teh hijau bantu bakar lemak badan

minuman sihat

Mengalami masalah untuk menurunkan berat badan? Cuba minum teh hijau. 

Pelbagai jenis kajian telah membuktikan keberkesanan teh hijau dalam meningkatkan kadar pembakaran lemak:

  • Pada tahun 1999, kajian oleh Universiti Geneva telah menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau boleh meningkatkan kadar penggunaan tenaga setinggi 4%
  • Kajian pada tahun 2007 di Belanda telah menunjukkan bahawa selain daripada capsaicin (molekul yang terkandung di dalam cili), teh hijau juga berkesan dalam menggalakkan pembakaran lemak 
  • Pada tahun 2008, kajian oleh Universiti Birmingham telah menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak setinggi 17%

Peningkatan pada kadar pembakaran lemak ini berpunca daripada kafein yang terkandung di dalam teh hijau. Jika digunakan pada kadar yang betul, kafein juga boleh meningkatkan prestasi fizikal individu.

Minuman teh hijau boleh merendahkan risiko jangkitan

Kajian tahun 2013  menunjukkan bahawa EGCG yang terkandung di dalam teh ini mampu merendahkan risiko jangkitan mikroorganisma. Ia menunjukkan sifat antiviral dan keupayaan menghalang kitaran replikasi DNA pada virus Hepatitis B, virus Herpes dan Virus Adeno. 

Teh hijau juga boleh membantutkan aktiviti Streptococcus mutans yang boleh menyebabkan masalah kaviti dan gigi reput. 

Konklusi

Pengambilan minuman teh hijau jika digandingkan dengan pengamalan gaya hidup sihat meningkatkan kebarangkalian seseorang individu itu untuk mencapai kelanjutan usia. 

Jika anda ingin kekal sihat, cuba ambil teh hijau dan nikmatilah perubahan tahap kesihatan yang lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

Memasuki alam prasekolah, ibu bapa pasti risau akan masalah kesihatan kanak kanak. Ini 10 penyakit paling kerap menjangkiti anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Fahami Dulu Risikonya, Boleh Sebabkan Jangkitan & Mandul!

Pemakaian alat perancang keluarga IUD adalah salah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah kehamilan. Namun, ia juga boleh menyebabkan jangkitan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Inginkan Petua Kulit Tegang & Awet Muda? Tak Susah, Guna Bahan Dapur Di Rumah Saja

Anda nak kekalkan keremajaan kulit? Amalkan makanan awet muda ini. Selain daripada buah untuk awet muda, terdapat juga makanan lain untuk cantikkan kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Sihat Pada Usia Emas 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Perut Selalu Kembung & Berangin? Cuba Elak Ambil 7 Jenis Makanan Ini

Diet seimbang melibatkan pelbagai jenis makanan berkhasiat. Tapi, bagi penghidap sindrom iritasi usus ada makanan mungkin mencetuskan rasa tidak selesa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

minum kopi

Boleh Kurangkan Kafein Dalam Kopi Dengan Tambah Susu – Fakta Atau Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
kopi panas

Tabiat Minum Kopi Boleh Turunkan Risiko Kanser Kolorektal, Tapi Berapa Limit Sehari?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
jangkitan kuman

Pneumonia: Punca, Gejala, Faktor Risiko, Rawatan & Langkah Pencegahan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
inkontinen urin

Info Lengkap Mengenai Inkontinen Urin: Punca, Jenis & Cara Mencegahnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan