backup og meta

Ini Tanda-Tanda Anda Ada Penyakit Buah Pinggang Tahap 1 Hingga 4, Perhatikan!

Ini Tanda-Tanda Anda Ada Penyakit Buah Pinggang Tahap 1 Hingga 4, Perhatikan!

Tubuh badan kita sering menunjukkan simptom penyakit yang tidak begitu jelas. Ini termasuklah tanda tanda sakit buah pinggang. Memahami gejala awal seperti tanda sakit buah pinggang tahap 4 ini adalah sangat penting untuk rawatan dan pengurusan penyakit yang berkesan.

Adakah penyakit buah pinggang boleh sembuh?

Bagi memahami apakah tanda buah pinggang bocor atau bermasalah, ini kami sediakan petanda penyakit buah pinggang dari tahap satu hingga empat.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

Tanda tanda sakit buah pinggang ikut tahap

Sila lihat tanda sakit buah pinggang tahap 4 bermula daripada tahap 1 di bawah ini:

Penyakit buah pinggang tahap 1

Penyakit buah pinggang bermula dengan tanda-tanda yang sangat kecil.

Pada tahap 1, buah pinggang masih berfungsi dengan cukup baik untuk mengeluarkan bahan buangan daripada badan.

Walau bagaimanapun, tanda-tanda seperti darah dalam air kencing atau tahap protein yang lebih tinggi berbanding paras normal dalam air kencing mungkin menunjukkan permulaan gangguan buah pinggang.

Ujian air kencing secara kerap boleh membantu mengesan perubahan awal ini.

Tanda tanda sakit buah pinggang tahap 2

tanda tanda sakit buah pinggang
Keadaan mata bengkak.

Apabila kita beralih ke tahap 2 penyakit buah pinggang, fungsi buah pinggang mula berkurangan.

Tanda-tandanya masih kecil tetapi anda mungkin menyedari beberapa perubahan lain pada tubuh badan, seperti bengkak di sekeliling mata yang menunjukkan kebocoran protein dalam air kencing.

Ujian pelepasan kreatinin bersama-sama dengan ujian air kencing dan darah biasa, boleh membantu mengesan tahap kesihatan buah pinggang anda. 

Penyakit buah pinggang tahap 3

Pada tahap 3, penyakit buah pinggang mula menjadi lebih serius.

Anda mungkin mula melihat tanda-tanda yang lebih jelas seperti keletihan dan pengekalan cecair yang membawa kepada bengkak buku lali.

Selain itu, terdapat juga perubahan dalam kekerapan dan jumlah kencing.

Doktor juga mungkin akan mengesan anemia dan penyakit tulang awal pada peringkat ini melalui ujian darah.

Tanda tanda sakit buah pinggang tahap 4

Bagi tanda sakit buah pinggang tahap 4, buah pinggang telah kehilangan sejumlah besar keupayaan penapisannya.

Gejala yang berlaku termasuklah loya yang berterusan, perubahan rasa seperti rasa logam di dalam mulut, dan kesukaran untuk menumpukan perhatian.

tanda tanda sakit buah pinggang
Antara tanda buah pinggang rosak.

Tahap ini memerlukan pengurusan yang teliti untuk memperlahankan perkembangan penyakit dan mencegah komplikasi.

Interaksi keadaan kesihatan yang lain

Keadaan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi boleh mempercepatkan perkembangan tanda tanda sakit buah pinggang.

Pastikan penyakit-penyakit ini terkawal untuk mengelakkan kerosakan selanjutnya pada buah pinggang.

Pemeriksaan perubatan yang kerap penting untuk memantau keadaan ini bersama-sama dengan kesihatan buah pinggang.

Kepentingan gaya hidup sihat

tanda tanda sakit buah pinggang
Amalkan bersenam bersama keluarga.

Gaya hidup sihat penting dalam menguruskan gejala sakit buah pinggang dan memperlahankan perkembangannya.

Fakta

Jika anda telah didiagnosis dengan mana-mana peringkat penyakit buah pinggang, sila amalkan diet seimbang rendah garam.

Aktiviti fizikal yang kerap juga memainkan peranan penting. Ia boleh membantu menguruskan tahap tekanan darah, mengurangkan kolesterol, dan mengekalkan berat badan yang sihat.

Perlu diingat bahawa perubahan gaya hidup harus dibuat melalui perbincangan bersama doktor terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat dan sesuai dengan keadaan semasa anda.

  • Penyakit buah pinggang selalunya bermula tanpa disedari dengan tanda-tanda yang minimum. Ujian air kencing dan darah yang kerap boleh membantu mengesan penyakit pada peringkat awal
  • Gejala menjadi lebih ketara apabila penyakit ini berlanjutan. Antaranya perubahan dalam pembuangan air kecil, loya yang berterusan, dan kesukaran untuk menumpukan perhatian
  • Keadaan kesihatan yang wujud bersama seperti diabetes dan tekanan darah tinggi boleh mempercepatkan penyakit buah pinggang. Pemantauan berkala terhadap keadaan ini adalah penting
  • Pengesanan awal dan pengurusan yang sesuai boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang, mencegah komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup

Kesimpulan

Penyakit buah pinggang boleh menjadi penyerang senyap yang biasanya menunjukkan tanda-tanda ketara hanya pada peringkat akhir.

Oleh itu, penting untuk anda memahami dan mengenali tanda tanda sakit awal dari tahap 1 hingga 4. 

Pemeriksaan yang kerap, terutamanya jika anda mempunyai keadaan seperti diabetes atau tekanan darah tinggi, boleh membantu mengesan penyakit buah pinggang pada peringkat awal dan memperlahankan perkembangannya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Chronic kidney disease. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chronic-kidney-disease/symptoms-causes/syc-20354521. Diakses pada Mei 9, 2023. 

Stages of kidney disease. https://www.kidneyfund.org/all-about-kidneys/stages-kidney-disease. Diakses pada Mei 9, 2023.

10 Signs You May Have Kidney Disease. https://www.kidney.org/news/ekidney/august14/10_Signs_You_May_Have_Kidney_Disease. Diakses pada Mei 9, 2023.

End-Stage Kidney Disease. https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/end-stage-kidney-disease. Diakses pada Mei 9, 2023.

Chronic Kidney Disease Basics. https://www.cdc.gov/kidneydisease/basics.html. Diakses pada Mei 9, 2023.

Versi Terbaru

07/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

6 Cara Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor, No. 4 Orang Dah Kahwin Wajib Amalkan!

Air Kencing Berdarah Petanda Hematuria! Ini Simptom, Punca Dan Rawatannya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan