backup og meta

Pisang TAK Elok Untuk Buah Pinggang? Ini 6 Jenis Makanan Anda Kena Elak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/02/2024

    Pisang TAK Elok Untuk Buah Pinggang? Ini 6 Jenis Makanan Anda Kena Elak!

    Di dalam dunia ini, ada banyak jenis makanan yang menyihatkan dan membinasakan kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh jelas, mungkin ada makanan yang merosakkan buah pinggang anda. Adakah ia benar?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

    Organ buah pinggang, kenapa ia penting?

    Buah pinggang berbentuk seperti sepasang kacang dan berada di bahagian belakang abdomen di bawah tulang rusuk. Bagi individu yang normal, mereka mungkin memiliki dua buah pinggang di kiri dan kanan.

    Ia merupakan sebahagian daripada sistem urinari yang pertama menerima darah dan berfungsi untuk menapis bahan atau bendasing tertentu di dalam darah sebelum ia berjaya dibuang melalui air kencing.

    Di dalam organ ini, terdapat unit penting yang bertanggungjawab menjalankan proses penapisan iaitu nephron dan ia sangat penting dalam proses bagi menyingkirkan toksik daripada tubuh badan manusia.

    makanan yang merosakkan buah pinggang

    Dalam pada itu, organ ini turut mempunyai fungsi bagi mengawal tekanan darah dengan mengimbangi kandungan air dalam tubuh badan. Dalam erti kata lain, ia adalah antara organ manusia yang paling penting!

    Bayangkan jika anda kerap mengamalkan makanan yang merosakkan buah pinggang. Kesannya mungkin besar!

    Makanan yang merosakkan buah pinggang!

    Sebenarnya, cara jaga buah pinggang itu mungkin tidak begitu sukar selagi ia belum rosak. Apa yang individu mesti lakukan adalah sentiasa amalkan diet pemakanan serta perubahan gaya hidup yang sihat.

    Berbicara tentang diet pemakanan, kalian juga perlu tahu mungkin terdapat beberapa jenis makanan yang merosakkan buah pinggang selain daripada gula dan garam yang orang ramai sudah tahu.

    Demi mengekalkan tahap kesihatan organ ini, cuba elak makanan yang merosakkan buah pinggang di bawah:

    #1. Buah pisang

    Individu dewasa harus mengambil sekitar 3 ke 5 ribu miligram kalium setiap hari daripada sumber makanan. Apa yang mungkin menarik, sebiji buah pisang bersaiz sederhana sudah ada kira-kira 500 mg kalium.

    Berita buruk buat anda, pengambilan kalium yang terlalu berlebihan pula bakal menjejaskan kemampuan penapisan di dalam buah pinggang sekali gus mengakibatkan kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

    #2. Roti gandum

    makanan yang merosakkan buah pinggang

    Individu yang mempunyai masalah berat badan mungkin gemar mengambil roti jenis gandum kerana ia rendah kalori, lemak dan karbohidrat lantas mampu membantu mereka untuk kekal kenyang ketika sedang berdiet.

    Namun, kadar kalium roti gandum (sekitar 70 mg sekeping) agak jauh lebih tinggi berbanding roti putih (sekitar 20 mg sekeping) dan ini mungkin akan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan buah pinggang.

    #3. Daging merah jejas buah pinggang

    Daging merah daripada sumber haiwan termasuk lembu dan kambing sarat dengan kandungan purin yang merangsang penghasilan lebih banyak asid urik lalu membawa kepada pembentukan batu ginjal dalam buah pinggang.

    Sebagai alternatif, daging putih seperti ayam dan ikan mungkin adalah antara pilihan yang lebih baik untuk anda!

    #4. Produk tenusu

    Produk tenusu juga merupakan antara makanan yang merosakkan buah pinggang meskipun ia sangat diperlukan oleh kita semua. Tanpanya, aspek tubuh terpenting termasuk tulang badan mungkin akan merosot.

    Pun begitu, ia mungkin membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan lebih-lebih lagi buat mereka yang ada risiko masalah buah pinggang ekoran ia tinggi dengan fosforus, punca tekanan pada organ ini.

    #5. Minuman bergas dan bersoda

    makanan yang merosakkan buah pinggang

    Menurut kajian terbitan Universiti Osaka, Jepun, pengambilan minuman bergas dan bersoda sekitar 2 atau lebih gelas pada setiap hari biasa dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah organ buah pinggang.

    Buktinya, ia boleh meningkatkan kadar protein di dalam air kencing (proteinuria) di mana ia adalah antara tanda awal kerosakan organ ini lantas menjadikannya salah satu daripada pantang larang yang penting.

    #6. Suplemen yang merosakkan buah pinggang

    Selain makanan atau minuman, pengambilan beberapa jenis suplemen kesihatan sebenarnya mungkin akan memberi kesan buruk kepada organ ini akibat daripada salah jenis, cara atau dos suplemen tertentu.

    Ketahuilah bahawa cara jaga buah pinggang itu tidak boleh hanya fokus kepada makanan dan minuman sahaja!

    Konklusinya, makanan, minuman dan suplemen yang tidak betul berisiko untuk menjejaskan lalu merosakkan organ-organ anda. Natijahnya, sila makan dan minum dengan tepat untuk buah pinggang yang lebih sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan