backup og meta

Pemindahan Buah Pinggang, Alternatif Rawatan Selain Dialisis! Fahami Prosedurnya

Pemindahan Buah Pinggang, Alternatif Rawatan Selain Dialisis! Fahami Prosedurnya

Buah pinggang yang sihat mempunyai pelbagai fungsi yang penting untuk badan. Namun, apabila buah pinggang rosak, ia tidak lagi dapat berfungsi seperti biasa. Malah, antara kesan kerosakan buah pinggang ialah anemia, penurunan berat badan, gatal-gatal badan dan sebagainya. Ada juga pesakit yang terpaksa melakukan pemindahan buah pinggang sebagai rawatan.

Untuk pengetahuan anda, ada dua rawatan untuk mereka yang mengalami kerosakan buah pinggang. Yang pertama ialah dialisis dan yang kedua pula ialah pemindahan buah pinggang.

Rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang membolehkan fungsi buah pinggang berjalan seperti biasa.

Apabila buah pinggang dapat membuang toksin dan cecair lebihan daripada badan, simptom pesakit akan berkurang secara perlahan-lahan.

Sebelum kita membincangkan lebih lanjut mengenai pemindahan buah pinggang sebagai salah satu rawatan, mari kita ketahui punca kerosakan buah pinggang dan kesan sampingannya kepada badan.

Mengapa buah pinggang rosak?

kesan kerosakan buah pinggang

Buah pinggang boleh rosak atau mengalami kegagalan disebabkan beberapa faktor.

Perkara ini mungkin berlaku kerana kecederaan fizikal ataupun penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau masalah lain.

Walau bagaimanapun, tekanan darah tinggi dan diabetes merupakan dua penyakit utama yang dikenal pasti dapat menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Namun, penyakit buah pinggang yang kronik juga boleh berlaku disebabkan penyakit seperti:

  1. PKD (Polycystic kidney disease). Sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan sista tumbuh di dalam buah pinggang.
  2. Penyakit gromerular seperti glomerulonephritis yang membuatkan buah pinggang tidak dapat menapis bahan buangan dengan normal.
  3. Lupus dan penyakit autoimun lain yang boleh mempengaruhi pelbagai sistem badan.

Malah, buah pinggang tidak akan rosak sekelip mata. Kerosakan ini selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan memakan masa yang panjang.

Sebab itulah ada pesakit buah pinggang yang tidak mengetahui mereka menghidap sebarang penyakit hinggalah ke saat akhir.

Simptom penyakit buah pinggang juga mula muncul apabila berlakunya komplikasi disebabkan penyakit tersebut.

Selain penyakit dan juga kecederaan fizikal, buah pinggang boleh rosak apabila saluran ureter menjadi terhalang.

Kesannya, air kencing tidak dapat dikeluarkan secara normal dan akan merosakkan buah pinggang.

Kesan kerosakan buah pinggang

kesan kerosakan buah pinggang

Ada banyak kesan kerosakan buah pinggang terhadap tubuh badan kita. Buah pinggang yang rosak atau gagal berfungsi boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. 

Sebagai contoh:

  1. Pengumpulan cecair. Buah pinggang yang gagal boleh menyebabkan cecair berkumpul pada kawasan paru-paru dan menyebabkan sesak nafas.
  2. Sakit dada. Jika lapisan yang meliputi organ hati mengalami inflamasi, pesakit akan mengalami sakit dada sebagai kesan kerosakan buah pinggang.
  3. Lemah otot. Otot akan menjadi lemah sekiranya cecair dan elektrolit di dalam badan tidak seimbang.
  4. Kerosakan buah pinggang kekal. Kadangkala, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu melakukan pemindahan organ untuk terus hidup.
  5. Kematian. Kegagalan buah pinggang akut boleh menyebabkan pesakit kehilangan fungsi buah pinggang. Tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kematian.

Rawatan dengan cara pemindahan buah pinggang

kesan kerosakan buah pinggang

Buah pinggang mempunyai fungsi yang amat penting kepada manusia. Tanpanya, manusia tidak boleh terus hidup.

Apabila memilih rawatan untuk kegagalan buah pinggang, gaya hidup, umur, dan penyakit yang dihidapi akan menjadi faktor utama, menentukan sama ada rawatan tersebut sesuai untuk anda ataupun tidak.

Keputusan anda perlulah dilakukan berpandukan sejarah kesihatan anda dan juga pendapat daripada doktor.

Selain itu, pendapat anda dan juga ahli keluarga juga penting serta turut diambil kira.

Melalui pemindahan buah pinggang, pesakit boleh hidup dengan sihat dan gembira. Penderma organ ini pula boleh berasal daripada kalangan ahli keluarga anda atau orang lain yang tidak dikenali.

Hanya satu buah pinggang yang diperlukan untuk menggantikan dua buah pinggang yang telah rosak. Untuk pengetahuan anda, manusia boleh hidup sihat dengan hanya 1 buah pinggang yang berfungsi.

Pemindahan buah pinggang boleh merawat penyakit buah pinggang yang kronik dan juga kegagalan buah pinggang.

Walau bagaimanapun, prosedur ini bukanlah satu penawar untuk penyakit buah pinggang.

Malah, pesakit juga masih berisiko untuk menghidap penyakit buah pinggang lagi pada masa hadapan.

Kesimpulan

Buah pinggang yang mengalami kerosakan boleh meninggalkan kesan yang buruk kepada tubuh badan manusia.

Walaupun penyakit seperti kegagalan buah pinggang sukar untuk dikesan atau dielakkan, ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk merendahkan risiko penyakit ini. Sebagai contoh:

  1. Hidup secara sihat. Pastikan anda sentiasa aktif dan mengambil makanan yang seimbang. Elakkan mengambil minuman beralkohol secara berlebihan.
  2. Berbincang dengan doktor mengenai penyakit anda. Mereka yang menghidap penyakit buah pinggang perlu berbincang dengan doktor tentang cara yang terbaik untuk merendahkan risiko penyakit ini.

Pesakit yang menerima pemindahan buah pinggang mungkin rasa takut dan berdebar menantikan sebarang komplikasi. Malah, bukan mudah untuk mereka menjalani hidup seperti biasa selepas menerima organ baru.

Walau bagaimanapun, semua ini boleh diatasi jika pesakit mempunyai sokongan yang kuat daripada ahli keluarga. Malah, mereka dapat membantu pesakit untuk menyesuaikan diri dengan baik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleaveland Clinic. 2018. Kidney Failure. November 1. Accessed April 22, 2021. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17689-kidney-failure.
  2. Mayo Clinic. 2021. Acute kidney failure. April 22. Accessed July 23, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-failure/symptoms-causes/syc-20369048.
  3. Mayo Clinic. 2020. Kidney transplant. February 25. Accessed April 22, 2021. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/kidney-transplant/about/pac-20384777.
  4. National Kidney Foundation. 2020. What is Kidney Failure. August 25. Accessed April 22, 2021. https://www.kidney.org/atoz/content/KidneyFailure.
  5. NHS. 2019. Chronic kidney disease. August 29. Accessed April 22, 2021. https://www.nhs.uk/conditions/kidney-disease/.
  6. NIH. 2017. What Is Chronic Kidney Disease? June. Accessed April 22, 2021. https://www.niddk.nih.gov/health-information/kidney-disease/chronic-kidney-disease-ckd/what-is-chronic-kidney-disease.

Versi Terbaru

19/08/2021

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Penyakit Buah Pinggang Kronik: Ketahui Tanda, Punca, Rawatan Dan Pencegahannya

7 Tabiat Yang Tanpa Sedar Boleh Buat Buah Pinggang Rosak! Awasi #4 Ya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan