backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

7 Tabiat Yang Tanpa Sedar Boleh Buat Buah Pinggang Rosak! Awasi #4 Ya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 13/12/2022

    7 Tabiat Yang Tanpa Sedar Boleh Buat Buah Pinggang Rosak! Awasi #4 Ya?

    Mungkin ramai dalam kalangan kita yang cenderung untuk mengalaminya namun tidak tahu punca kerosakan buah pinggang.

    Tahukah anda bahawa kerosakan organ ini sebenarnya didalangi oleh tabiat individu itu sendiri?

    Untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih lanjut, jom kita semua ikuti artikel ini!

    Statistik masalah buah pinggang di Malaysia

    Organ buah pinggang merupakan antara komponen yang sangat penting dalam mengawal sistem perkumuhan manusia.

    Ia berfungsi memproses sisa cecair yang diminum untuk dibuang semula menerusi pundi kencing dan salur kencing.

    Namun masalah buah pinggang dalam kalangan masyarakat kita dikatakan semakin meruncing dipercayai akibat tabiat individu itu sendiri.

    ā€œ15% daripada rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkatā€œ, jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ucapannya pada tahun 2020.

    Dalam usaha mengurangkan jumlah yang agak membimbangkan ini, kita semua haruslah bertindak dengan kadar segera.

    Caranya adalah hanya dengan mengetahui dan mengelakkan tabiat yang boleh jadi punca kerosakan buah pinggang.

    punca kerosakan buah pinggang

    Tabiat yang jadi punca kerosakan buah pinggang

    Masih belum terlambat rasanya jika kita semua mengimpikan untuk memiliki buah pinggang yang sihat, kuat dan sempurna.

    Kami mungkin boleh membantu anda dengan menyenaraikan beberapa tabiat yang tanpa sedar boleh jadi punca kerosakan buah pinggang.

    #1. Pengambilan garam yang banyak

    Tidak dinafikan bahawa garam memang sangat sinonim dalam masakan masyarakat kita namun ia sebenarnya adalah duri dalam daging.

    Ini kerana diet tinggi garam juga adalah tinggi dengan sodium yang hanya akan meningkatkan tekanan darah lantas merosakkan buah pinggang.

    Sebagai alternatif, cuba gantikan garam dengan herba atau rempah lain bagi mengelakkan pengambilan garam dan sodium secara berlebihan.

    #2. Pengambilan gula yang banyak

    Selain garam, gula juga sudah tentu sangat terkenal dalam makanan serta minuman rakyat Malaysia yang sememangnya tidak bagus.

    Ini kerana gula boleh meningkatkan risiko obesiti, diabetes serta tekanan darah tinggi yang kesemuanya membawa kepada masalah buah pinggang.

    Tidak salah untuk bermanis dalam masakan cuma ia perlu dikawal atau gantikan sahaja dengan pemanis artifisial yang telah diperakui.

    #3. Pengambilan air yang kurang

    Kekal berhidrasi adalah sangat penting bagi memastikan buah pinggang anda bebas daripada anasir buruk seperti sodium dan toksin.

    Oleh itu, minum air secukupnya dapat membantu mengelak pembentukan batu karang serta kegagalan fungsi organ buah pinggang.

    Jadi, adalah sangat disarankan untuk kita semua mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1.5 ke 2 liter air dalam sehari mengikut saranan pakar.

    Punca kerosakan buah pinggang #4. Tidak cukup tidur

    Tidur yang nyenyak dan lena pada waktu malam adalah sangat penting untuk keseluruhan tubuh badan termasuklah buat buah pinggang.

    Untuk pengetahuan anda, organ ini juga perlu ā€˜berehatā€™ untuk regulasi dan koordinasi yang lebih baik setelah ā€˜bekerjaā€™ keras dalam seharian.

    #5. Duduk dengan terlalu lama

    Sebagai seorang pekerja pejabat atau kilang yang memerlukan kita duduk terlalu lama, anda mungkin perlu lebih berwaspada.

    Ini kerana ada kajian yang telah mengaitkan di antara perbuatan itu dengan punca kerosakan buah pinggang meskipun kurang pasti sebabnya.

    Namun berkemungkinan ia didalangi oleh faktor limitasi pergerakan yang terhad, yang akan merencatkan pengaliran darah dan metabolisma glukosa.

    #6. Penggunaan ubatan tanpa kawalan

    Ada sesetengah ubatan yang akan mendatangkan kesan sampingan pada organ buah pinggang anda seperti ubatan tahan sakit.

    Ya, ia memang benar dapat melegakan kesakitan namun ia hanya bersifat sementara dan akan menyebabkan masalah lain pula kelak.

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam Archives of Internal Medicine, penggunaan ubatan tahan sakit akan meningkatkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 50%!

    punca kerosakan buah pinggang

    Punca kerosakan buah pinggang #7. Gaya hidup tidak sihat

    Akhir sekali, punca kerosakan organ ini yang sering kita buat tanpa sedar adalah menerusi gaya hidup tidak sihat seperti menghisap rokok dan meminum alkohol.

    Kedua-dua tabiat buruk ini sangat berpotensi merosakkan keseluruhan fungsi dan sistem tubuh badan akibat bahan yang terkandung di dalamnya.

    Meskipun banyak nasihat dipaparkan untuk kalian mengurangkannya, tetapi adalah lebih baik untuk menghentikannya terus bagi manfaat kesihatan tubuh badan.

    Oleh itu, sila ubah tabiat-tabiat di atas ini agar buah pinggang anda dapat menjadi lebih sihat dan kuat ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 13/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan