Buah pinggang mempunyai fungsi yang penting untuk mengkumuhkan bahan buangan keluar daripada badan.
Walau bagaimanapun, apabila terdapatnya tanda kerosakan buah pinggang gagal berfungsi, kesemua toksin yang terkumpul di dalam darah boleh menyebabkan rasa gatal yang amat sangat pada kawasan kulit.
Malah, pesakit buah pinggang sendiri mengakui simptom ini merupakan salah satu simptom yang mengganggu hidup mereka setiap hari. Ada juga yang menggaru badan mereka hingga berdarah!
4. Perlu ke tandas dengan lebih kerap

Perlu membuang air dengan lebih kerap merupakan satu lagi tanda kerosakan buah pinggang. Apabila buah pinggang telah rosak, anda akan rasa lebih ‘terdesak’ untuk membuang air kecil.
Malah, anda juga mungkin akan terkencing secara tidak sengaja kerana tidak dapat mengawalnya.
5. Darah di dalam urin
Darah di dalam urin merupakan salah satu tanda masalah buah pinggang yang perlu dipandang serius.
Selain penyakit buah pinggang, kencing berdarah juga mungkin tanda tumor, batu karang atau jangkitan pada saluran urinari anda.
6. Air kencing berbuih
Selain kerap kencing dan kencing berdarah, air kencing berbuih juga merupakan tanda penyakit buah pinggang.
Malah, ada pesakit yang mengalami kencing berbuih yang sangat teruk hinggakan mereka terpaksa mengepam tandas berkali-kali.
Bayangkan buih yang terhasil apabila anda sedang mengocak telur untuk digoreng. Begitulah umpamanya buih yang terhasil pada urin.
Malah, protein yang dijumpai di dalam telur iaitu albumin juga merupakan protein yang sama yang menyebabkan pembentukan buih pada air kencing pesakit.
7. Sembap pada kawasan mata
Protein di dalam air kencing merupakan tanda kerosakan buah pinggang pada penapisnya. Selalunya, muka pesakit akan jadi sembap disebabkan kebocoran protein yang terlalu banyak ke dalam air kencing.
8. Makanan rasa seperti besi
Disebabkan bahan toksik mula berkumpul di dalam badan, makanan yang anda ambil akan rasa berbeza dan menyebabkan bau mulut menjadi busuk.
Selain itu, anda juga mungkin akan mengalami penurunan selera makan dan tidak lagi suka makan daging.
Jangan pandang remeh tanda buah pinggang rosak

Buah pinggang merupakan satu organ yang amat penting untuk manusia. Tanpanya, kita mungkin tidak dapat meneruskan kehidupan.
Jika anda mengalami kebanyakan tanda di atas, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar segera.
Setelah anda memulakan rawatan untuk penyakit buah pinggang yang anda alami, anda akan rasa lebih baik dan lebih bertenaga untuk meneruskan kehidupan seharian.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen