backup og meta

Kegagalan Buah Pinggang? Kenal Pasti Punca & Gejalanya, Bahaya!

Kegagalan Buah Pinggang? Kenal Pasti Punca & Gejalanya, Bahaya!

Apakah punca kegagalan buah pinggang untuk terjadi? Adakah keadaan ini berbahaya? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apakah punca kegagalan buah pinggang?

Di dalam tubuh badan kita, fungsi buah pinggang  atau ginjal adalah untuk menapis sisa-sisa buangan dan air berlebihan daripada darah kita kepada bentuk air kencing.

Kegagalan ginjal untuk berfungsi ini juga dikenali sebagai end-stage renal disease (ESRD), iaitu tahap akhir penyakit buah pinggang, yang bermaksud fungsi buah pinggang tidak memadai keperluan harian tubuh badan.

Sekiranya anda menghidap penyakit ESRD, buah pinggang anda berfungsi kurang daripada 10 peratus berbanding keupayaan biasa.

Ini bermaksud buah pinggang anda hampir tidak berfungsi atau tidak berfungsi sama sekali.

Penyakit buah pinggang selalunya amat progresif. Penyakit buah pinggang yang kronik seringkali mengambil masa selama 10 ke 20 tahun selepas anda didiagnosis untuk mencapai tahap terakhir.

ESRD mungkin juga akan berkembang secara perlahan-lahan.

Anda mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, anemia (bacaan darah rendah), tulang rapuh, kesihatan pemakanan yang lemah dan kerosakan saraf.

Selain itu, penyakit buah pinggang akan meningkatkan risiko anda menghidap penyakit jantung dan salur darah. Masalah-masalah ini mungkin akan berkembang secara perlahan dalam jangka masa yang panjang.

Apakah kebarangkalian Kegagalan buah pinggang?

Kegagalan fungsi ginjal ini merupakan penyakit yang sering berlaku. Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit buah pinggang tanpa mengira umur.

Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila menghubungi doktor anda untuk keterangan lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom punca kegagalan buah pinggang?

Antara simptom-simptom umum bagi kegagalan buah pinggang termasuk:

punca kegagalan buah pinggang

  • Kesukaran membuang air kencing;
  • Membuang air kencing berlebihan atau berkurangan;
  • Keletihan yang melampau;
  • Berat badan susut secara tidak normal;
  • Kehilangan selera makan;
  • Mengalampi loya dan muntah-muntah;
  • Kulit kering dan gatal;
  • Pertukaran dalam warna kulit;
  • Otot kejang;
  • Mengalampi loya dan muntah-muntah;
  • Tidak berasa lapar;
  • Kaki dan buku lali bengkak;
  • Kesukaran untuk bernafas;
  • Masalah tidur;
  • Mulut berbau;
  • Mudah lebam, hidung berdarah, atau darah dalam najis;
  • Dahaga yang berlebihan.

Kemungkinan terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan. Jika mempunyai kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila rujuk dengan doktor anda.

Punca

Apakah Punca Kegagalan buah pinggang?

Kegagalan fungsi ginjal adalah hasil masalah-masalah kesihatan lain yang telah merosakkan ginjal secara kekal, sedikit demi sedikit, dalam jangka masa panjang.

Kencing manis merupakan punca utama ESRD. Darah tinggi juga merupakan salah satu punca ketara yang menyebabkan ESRD.

Apabila buah pinggang anda mengalami kerosakan, ia tidak dapat berfungsi pada tahap kemampuan yang sempurna.

Sekiranya kerosakan pada buah pinggang anda semakin memburuk dan buah pinggang anda semakin kurang berkebolehan berfungsi, anda akan menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Kegagalan buah pinggang adalah tahap terakhir (paling teruk) penyakit ginjal kronik.

Oleh sebab itu, punca kegagalan buah pinggang juga dikenali sebagai end-stage renal disease, ESRD apabila diringkaskan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kegagalan buah pinggang?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk kegagalan buah pinggang, termasuk:

punca kegagalan buah pinggang

  • Kencing manis;
  • Hypertensi;
  • Penyakit genetik, seperti penyakit buah pinggang polisistik;
  • Sindrom Alport;
  • Nefritis interstisial;
  • Pielonefritis;
  • Penyakit autoimun, seperti lupus dan IgA nefropati.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana punca kegagalan buah pinggang didiagnosis?

Doktor akan mendiagnosis ESRD menerusi kajian fizikal dan kajian-kajian untuk memeriksa fungsi buah pinggang, seperti:

  • Urinalisis digunakan untuk mengkaji air kencing untuk kehadiran protein dan darah, iaitu tanda-tanda buah pinggang anda tidak menapis sisa-sisa buangan dengan betul.
  • Ujian kreatinina serum digunakan untuk mengkaji sama ada kehadiran kreatinina, iaitu sejenis sisa buangan yang ditapis keluar dari badan oleh buah pinggang anda,  semakin meningkat didalam darah anda.
  • Urea darah nitrogen digunakan untuk mengkaji bacaan bilangan nitrogen yang hadir dalam saluran darah anda.

Anggaran kadar saring glomerulus (GFR) menganggar kadar keupayaan buah pinggang anda menapis sisa-sisa buangan.

Bagaimana pesakit Kegagalan buah pinggang dirawat?

ESRD tidak ada penawarnya, manakala cara-cara merawat ESRD adalah menerusi dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Dialisis

Terdapat dua pilihan untuk anda menerusi dialisis: hemodialisis atau dialisis peritoneal.

Pemindahan buah pinggang

Pemindahan buah pinggang melibatkan buah pinggang terjejas dikeluarkan serta digantikan dengan dermaan buah pinggang yang sihat.

Baca juga:

Rawatan-rawatan lain bergantung kepada simptom yang dihadapi, tetapi mungkin terdiri daripada:

  • Kalsium dan vitamin D berlebihan disebabkan fungsinya yang bertambah teruk, sila berhubung dengan doktor anda sebelum mengambil ubat tambahan.
  • Ubat dikenali sebagai pengikat fosfat yang digunakan untuk menghalang tahap fosfat daripada meningkat secara mendadak.
  • Rawatan untuk anemia, seperti lebihan zat besi dalam diet, pil atau suntikan zat besi, suntikan ubat eritropoietin, serta pentransfusan darah.
  • Ubat mengawal tekanan darah.

Diet khas adalah sangat penting untuk mendapatkan keputusan terbaik. Diet ini boleh mengandungi:

  • Memakan makanan mengandungi kurang protein;
  • Memperoleh jumlah kalori yang mencukupi jika berat badan anda surut;
  • Mengurangkan cecair;
  • Mengurangkan pengambilan garam, kalium, fosfat, dan eleLimiting salt, potassium, phosphorous, and other elektrolit lain-lain.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani punca kegagalan buah pinggang?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kegagalan fungsi ginjal ini:

punca kegagalan buah pinggang

  • Mengawal tahap glukosa darah serta tekanan darah anda;
  • Menjalankan diet khas;
  • Bersenam;
  • Meningkatkan pengambilan kalori, mengurangkan pengambilan protein;
  • Memelihara berat badan yang unggul;
  • Mengawal pengambilan alkohol serta tidak menghisap rokok atau menggunakan tembakau;
  • Pemvaksinan, termasuk vaksin Hepatitis A, vaksin Hepatitis B, vaksin Flu, vaksin Pneumonia (PPV).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan punca kegagalan buah pinggang, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kidney failure. http://www.kidneyfund.org/kidney-disease/kidney-failure/?referrer=https://www.google.com.vn/ . Accessed September 19, 2016.
  2. Kidney failure. https://medlineplus.gov/ency/article/000500.htm. Accessed September 19, 2016.
  3. Kidney Failure. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17689-kidney-failure, Accessed on Sept 11, 2022
  4. Acute kidney failure. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-failure/symptoms-causes/syc-20369048, Accessed on Sept 11, 2022
  5. Kidney (Renal) Failure. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/k/kidney-(renal)-failure, Accessed on Sept 11, 2022
  6. End-Stage Kidney Disease. https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/end-stage-kidney-disease, Accessed on Sept 11, 2022

Versi Terbaru

11/09/2022

Ditulis oleh Jazelia Jasmene

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

7 Tabiat Yang Tanpa Sedar Boleh Buat Buah Pinggang Rosak! Awasi #4 Ya?

Mata Sembap & Kulit Gatal Antara Tanda Masalah Buah Pinggang, Periksa 6 Gejala Bahaya Lain!


Fakta Disemak oleh

Nurul Halifah


Ditulis oleh Jazelia Jasmene · Disemak pada 11/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan