Mengekalkan Keseimbangan

Buah pinggang memastikan juga isipadu cecair dan mineral dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang. Keadaan seimbang ini disebut sebagai Homeostasis.
Jika anda meletakkan semua air yang anda masukkan ke dalam badan di satu bahagian neraca dan semua air yang anda buang di bahagian yang lagi satu, anda akan mendapati neraca ini seimbang.
Badan anda mendapat air melalui minuman dan juga sesetengah makanan seperti buah atau sayur-sayuran.
Air meninggalkan badan kita melalui beberapa cara. Antaranya melalui peluh, mulut atau hidung bila anda bernafas atau yang paling jelas adalah melalui air kencing. Terdapat juga pembuangan air dalam proses membuang air besar.
Bila rasa haus, otak sedang memberi tahu anda untuk dapatkan lebih air supaya isipadu dan jumlah air dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang.
Dalam masa yang sama, otak anda akan berkomunikasi dengan buah pinggang untuk merembeskan beberapa hormon yang akan menyebabkan anda tidak hilang air. Bila anda minum, paras hormon ini akan turun dan air yang dipegang akan dilepaskan daripada badan.
Anda mungkin perasan kadang kala, air kencing anda berwarna lebih gelap atau pekat berbanding biasa. Ingat, air kencing diperbuat daripada air dan bahan sisa dalam darah.
Jika anda tidak minum air yang banyak atau berpeluh terlalu banyak, air kencing akan menjadi lebih pekat dan gelap daripada biasa.
Apa lagi tugas buah pinggang?
Buah pinggang kita sentiasa sibuk. Selain menapis dan mengimbangkan bilangan air dalam badan setiap saat, ia juga sentiasa peka kepada hormon yang wujud dalam darah dan kemudiannya akan dilepaskan.
Buah pinggang juga mampu menghasilkan hormon yang tersendiri iaitu hormon yang menghasilkan sel darah merah.