Penyakit berkaitan ginjal dan buah pinggang bukanlah satu isu yang asing dalam masyarakat kita. Kita biasa mendengar mengenai penyakit seperti sakit buah pinggang, batu karang dan lain-lain lagi.
Isu-isu seperti ini sangat popular, tetapi ramai yang tidak begitu sedar atau mengambil berat tentang penyakit berkaitan buah pinggang.
Oleh sebab itu, agensi seperti National Kidney Foundation Malaysia (NKF) sentiasa meningkatkan usaha kempen kesedaran dan aktiviti saringan penyakit buah pinggang ke pelosok negara.
Ketua Perubatan di National Kidney Foundation Malaysia, Dr. Azim Hazizuddin Nasaruddin sudi untuk menjelaskan kepada kita usaha-usaha yang dijalankan oleh NKF berkaitan program intervensi komuniti seperti kesedaran tanda buah pinggang rosak.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.
Pendekatan NKF dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai buah pinggang
Berikut temu bual yang kami jalankan bersama Dr. Azim Hazizuddin.
Berkenaan dengan inisiatif NKF seperti saringan kesihatan bergerak dan program bersama komuniti, bagaimanakah program-program ini secara khusus menyesuaikan pendekatan NKF untuk mendidik dan melibatkan pelbagai segmen komuniti Malaysia tentang kesihatan buah pinggang?
Dr. Azim: Untuk pengetahuan semua, pihak NKF mempunyai beberapa pejabat wilayah di seluruh Malaysia, yang memberikan kami peluang untuk memperluas jangkauan kami ke komuniti-komuniti di kawasan tersebut.
Ini termasuklah dengan mengadakan aktiviti seperti ceramah kesihatan dan kempen kesedaran dalam komuniti mengenai penyakit ginjal dan buah pinggang.
Inisiatif ini berfungsi sebagai platform untuk komuniti ini kekal aktif dalam isu kesihatan ginjal dan buah pinggang mereka.
Dalam masa yang sama, kami turut menyediakan bahan pendidikan dalam pelbagai bahasa dan peringkat.
Ini untuk memastikan penglibatan pelajar, guru dan ibu bapa, bermula dari prasekolah hingga ke peringkat yang lebih tinggi mendapat manfaat daripada bengkel, ceramah pendidikan dan pemeriksaan kesihatan tentang buah pinggang bengkak atau tanda sakit buah pinggang tahap 1.
Ringkasnya, objektif kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia mengenai kesihatan ginjal dan buah pinggang seperti tanda buah pinggang rosak.
Cabaran
Apakah cabaran-cabaran utama dalam melaksanakan program intervensi ginjal dan buah pinggang berasaskan komuniti ini dalam kalangan komuniti yang berbeza di Malaysia?
Dan bagaimanakah NKF mengatasi cabaran-cabaran ini untuk memastikan keberkesanan dan jangkauan program?
Dr. Azim: Antara cabaran utama yang dihadapi oleh NKF ialah cabaran logistik.
Cabaran logistik adalah seperti menghantar barang ke kawasan terpencil dengan akses terhad kepada beberapa lokasi.
Selain itu, kami juga menghadapi beberapa halangan sewaktu dalam perjalanan seperti bukit yang curam.
Ini boleh mengganggu penyimpanan dan pengendalian barangan keperluan operasi harian.
Fokus kami adalah untuk mengatasi isu-isu ini dengan mengenal pasti keperluan spesifik, dan memastikan bahawa anggota pasukan kami dilatih dengan kemahiran khusus yang relevan.
Lebih-lebih lagi ketika menghadapi keadaan cuaca buruk seperti:
Untuk mengatasi masalah logistik ini, kami telah memperkenalkan solusi inovatif seperti penggunaan kenderaan khusus dan pertimbangan untuk penggunaan bot sebagai cara alternatif bagi mengakses kawasan yang hanya boleh dicapai melalui air.
Kami sedang dalam proses mengembangkan solusi yang lebih praktis untuk penyimpanan dan pengendalian barang keperluan sehari-hari dengan lebih selamat.
Kami juga bertekad untuk memperkuatkan integrasi operasi kami dengan peningkatan pendidikan dan latihan, bagi memastikan staf kami sentiasa bersiap sedia menghadapi apa jua keadaan.
Ini menunjukkan komitmen kami untuk memastikan keberkesanan dalam menyampaikan bantuan ke kawasan-kawasan yang memerlukan.
Maklum balas
Bagaimanakah NKF melibatkan maklum balas dari komuniti ke dalam perancangan dan pelaksanaan program-program berkaitan ginjal dan buah pinggang yang seterusnya?
Dr. Azim: Kesedaran tentang pentingnya kesihatan ginjal dan buah pinggang melalui program-program sememangnya telah kami jalankan.
Namun, masih ramai yang gagal mengambil tindakan pencegahan meskipun kami telah memberikan informasi dan perhatian secara khusus.
Ini menunjukkan bahawa, kita memerlukan lebih banyak kesabaran kerana setiap individu atau komuniti memiliki halangan dan keperluan yang berbeza-beza, yang memerlukan pendekatan yang lebih terperinci.
Salah satu cara kami mengatasi isu ini adalah dengan memastikan bahawa inisiatif-inisiatif seperti pemeriksaan kesihatan bergerak yang kami jalankan dapat menjangkau komuniti yang lebih luas.
Ini untuk memastikan agar penjagaan dan perhatian tentang buah pinggang bengkak dapat disampaikan kepada masyarakat dengan menyediakan informasi yang mudah diakses.
Antaranya, termasuklah penggunaan buku-buku panduan kesihatan dengan informasi yang lengkap dan mudah difahami.
Kami menyedari bahawa perjuangan untuk meningkatkan kesedaran tentang tanda buah pinggang rosak adalah proses yang berterusan dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak.
Inisiatif
Adakah terdapat inisiatif baharu atau teknologi yang ingin diintegrasikan oleh NKF bagi meningkatkan jangkauan terhadap kesedaran dan pencegahan kesihatan ginjal dan buah pinggang?
Dr. Azim: Kami sedang berada dalam fasa transformasi menuju digitalisasi, dengan memperbaharui dan menyesuaikan kaedah operasi kami.
Tujuan kami adalah untuk meningkatkan keberkesanan dengan mempercepatkan proses pendaftaran dan meminimumkan waktu menunggu.
Ini agar staf kami boleh memfokuskan pada inisiatif-inisiatif lain dengan lebih efektif.
Melalui pembaharuan ini, kami berharap agar dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih memuaskan dan mencapai jangkauan yang lebih luas, bagi memastikan akses pantas dan mudah untuk masyarakat.
Kami juga berusaha untuk menguatkan operasi kami melalui inovasi, dengan mengintegrasikan kecerdasan buatan agar ia bersesuaian dengan program intervensi kami.
Ini membolehkan NKF untuk lebih tepat dalam menerima respons masyarakat terhadap program kami, berdasarkan data dan hasil yang diperoleh.
Selain itu, ia juga dapat memastikan informasi yang disampaikan tepat kepada sasaran, sekali gus meningkatkan keberkesanan program kami.
Kesimpulan
Dalam masa yang sama, pelbagai inovasi turut dilaksanakan agar objektif kempen mencapai kumpulan sasaran NKF.