Sebagai seorang introvert, masa yang baik adalah masa untuk menikmati hobi dan minat secara bersendirian.
Aktiviti seperti membaca buku, berjalan-jalan atau menonton program televisyen kegemaran membantu anda berasa lebih segar dan bertenaga.
Tetapi, ini tidak bermakna introvert mahu bersendirian sepanjang masa.
Ramai golongan introvert suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan berinteraksi dengan orang yang dikenali dalam situasi sosial.
Akan tetapi, seorang introvert mungkin ingin kembali pergi ke tempat yang sunyi untuk berfikir, merenung dan mengecas kembali tubuh dan pemikiran mereka.
#2. Mempunyai sekumpulan kecil rakan rapat
Salah anggap umum tentang golongan introvert yang paling biasa ialah mereka tidak suka berada dengan orang lain.
Walaupun introvert biasanya tidak suka bersosial, namun mereka gemar mempunyai sekumpulan kecil kawan atau rakan yang benar-benar rapat dengan mereka.
Golongan introvert tidak mempunyai kumpulan sosial yang besar dengan individu yang hanya dikenali dalam waktu singkat. Mereka lebih gemar berada dalam perhubungan yang panjang dan lebih mendalam.
#3. Ciri ciri introvert: Kesedaran diri yang lebih tinggi
Jika anda rasa anda sangat mengetahui atau memahami diri, motivasi dan juga perasaan diri, anda mungkin seorang yang introvert.
Introvert cenderung untuk memikirkan dan memeriksa sesuatu dalam fikiran mereka sendiri.
Kesedaran diri dan pemahaman diri adalah penting bagi golongan introvert.
Oleh sebab itu, mereka sering menumpukan banyak masa untuk mempelajari lebih lanjut tentang diri mereka sendiri. Jadi jangan pelik mengapa mereka lebih suka menyendiri.
#4. Ciri ciri introvert: Gemar mempelajari sesuatu menerusi pemerhatian
Introvert biasanya lebih suka belajar melalui pemerhatian.
Walaupun ekstrovert gemar belajar melalui percubaan dan kesilapan, namun introvert lebih suka memerhati sebelum mencuba sesuatu yang baharu.
Introvert suka melihat orang lain melakukan sesuatu secara berulang kali, sehingga mereka merasakan bahawa mereka boleh meniru tindakan itu sendiri.
Apabila introvert belajar daripada pengalaman peribadi, mereka lebih suka berlatih di tempat privasi di mana mereka boleh membina kemahiran dan kebolehan mereka tanpa perlu melakukannya di hadapan orang lain.
#5. Orang lain agak sukar untuk mengenali anda

Antara ciri ciri introvert lain ialah mereka sering digambarkan sebagai seorang yang pendiam, lembut, dan kadangkala disalah anggap sebagai pemalu.
Walaupun sesetengah introvert sememangnya pemalu, namun kita tidak sepatutnya menganggap bahawa kesemua mereka adalah bersifat pemalu.
Kebiasaannya, individu yang mempunyai personaliti seperti ini lebih suka memilih kata-kata mereka dengan berhati-hati dan tidak membuang masa atau tenaga untuk berbual-bual tentang perkara yang tidak perlu.
Jika anda seorang yang pendiam dan agak pemalu, anda mungkin seorang yang introvert.
Kesimpulan
Walaupun kedengaran seperti kurang bersosial, tetapi personaliti introvert inilah yang menjadikan diri mereka unik dan lebih berhati-hati dalam setiap perkara berbanding mereka yang ekstrovert.
Malah, mereka boleh dikatakan mempunyai kesedaran, wawasan dan persepsi yang lebih kuat dan mendalam berbanding ekstrovert.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen