backup og meta

Ada Protein Dalam Air Kencing? AWAS! Ini Bahaya Untuk Buah Pinggang Anda

Ada Protein Dalam Air Kencing? AWAS! Ini Bahaya Untuk Buah Pinggang Anda

Apa yang boleh menyebabkan wujudnya protein dalam air kencing? Adakah terdapat cara untuk merawat keadaan tersebut yang boleh dicuba?

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Protein dalam air kencing

Adakah normal kencing berbuih?

Jika seseorang sering mengalami kencing berbuih, ia mungkin boleh menjadi penanda bahawa seseorang itu mengalami proteinuria.

Seseorang dengan proteinuria mempunyai air kencing yang membawa jumlah protein yang luar biasa. Keadaan ini biasanya berpunca dari penyakit buah pinggang.

Jika buah pinggang sihat, penapisnya tidak akan membenarkan sejumlah besar protein melepasinya.

Walau bagaimanapun, jika penapis dirosakkan oleh penyakit buah pinggang, ia boleh menyebabkan albumin dan kemunculan darah dalam air kencing.

Pengeluaran protein dalam tubuh yang berlebihan juga menjadi punca pengeluaran protein dalam air kencing.

Simptom awal penyakit buah pinggang tidak banyak berlaku. Proteinuria yang boleh ditemui melalui ujian urin yang dilakukan semasa ujian fizikal rutin boleh menjadi salah satu tanda penyakit buah pinggang yang pertama.

Untuk melihat prestasi semasa buah pinggang, ujian darah kemudiannya akan dijalankan.

Faktor risiko proteinuria

punca proteinuria
Tanda-tanda penyakit proteinuria.

Berikut adalah dua faktor paling biasa untuk proteinuria:

Kedua-dua faktor risiko ini boleh merosakkan buah pinggang anda, akhirnya menyebabkan proteinuria.

Selain daripada tekanan darah tinggi dan kencing manis, terdapat jenis lain penyakit buah pinggang yang mungkin menyebabkan protein memasuki urin. Sebagai contoh:

masalah batu karang
Simptom batu karang.

Keadaan yang mempengaruhi buah pinggang anda

Protein yang berlebihan dalam tubuh boleh menyebabkan proteinuria. Multiple myeloma dan amyloidosis adalah dua contoh biasa.

Berikut termasuk faktor risiko lain:

  • Sejarah keluarga penyakit buah pinggang
  • Obesiti
  • Berumur lebih daripada 65 tahun
  • Tekanan darah tinggi dan proteinuria semasa kehamilan
  • Bangsa: Terdapat lebih banyak peluang kepada Pacific Islanders, Hispanik, Orang Asli Amerika, Afrika-Amerika akan mempunyai tekanan darah tinggi dan mempunyai penyakit buah pinggang serta proteinuria.

Bagi sesetengah orang, protein boleh bocor ke dalam urin semasa mereka berdiri daripada semasa mereka berbaring. Keadaan ini dipanggil proteinuria ortostatik.

Rawatan protein dalam air kencing

protein dalam air kencing
Rawatan penyakit proteinuria.

Oleh sebab ia bukan penyakit tertentu, cara nak hilangkan protein dalam air kencing bergantung kepada mengenal pasti dan mengawal punca laten.

Ia sememangnya penting untuk menjalankan pengurusan perubatan yang sesuai jika penyakit buah pinggang adalah penyebab proteinuria. 

Penyakit buah pinggang kronik, jika tidak dirawat, akan menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Sekiranya proteinuria ringan atau sementara, anda mungkin tidak perlu merawatnya. Doktor kadang-kadang boleh menpreskripsikan beberapa ubat, terutamanya bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan/atau diabetes.

Dua kelas ubat yang biasanya disyorkan ialah:

  • Perencat ACE
  • ARBs

Kesimpulan


Untuk mengelakkan masalah protein dalam air kencing atau kerosakan buah pinggang daripada menjadi lebih teruk, rawatan yang sesuai diperlukan terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetes.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Protein in urine (Proteinuria) Causes, Symptoms, & Treatments. https://www.kidneyfund.org/kidney-disease/kidney-problems/protein-in-urine.html#. Accessed July 25, 2017.

Urine Protein and Urine Protein to Creatinine Ratio. https://labtestsonline.org/conditions/protein-urine-proteinuria. Accessed July 25, 2017.

Proteinuria. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16428-proteinuria. Accessed July 25, 2017.

Protein in urine. https://www.mayoclinic.org/symptoms/protein-in-urine/basics/causes/sym-20050656. Accessed July 25, 2017.

Protein in urine. https://medlineplus.gov/lab-tests/protein-in-urine/. Accessed July 25, 2017.

What You Should Know About Albuminuria (Proteinuria). https://www.kidney.org/atoz/content/proteinuriawyska. Accessed July 25, 2017.

Proteinuria in Adults: A Diagnostic Approach. https://www.aafp.org/afp/2000/0915/p1333.html. Accessed July 25, 2017.

Versi Terbaru

07/05/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tabiat Minum Alkohol Memang Buruk Untuk Kesihatan! Terutamanya Buat Buah Pinggang?

Mata Sembap & Kulit Gatal Antara Tanda Masalah Buah Pinggang, Periksa 6 Gejala Bahaya Lain!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan