backup og meta

Air Kencing Keluar Darah? Jangan Ambil Ringan! Ada 6 Punca Lazim Kenapa Ia Berlaku

Air Kencing Keluar Darah? Jangan Ambil Ringan! Ada 6 Punca Lazim Kenapa Ia Berlaku

Anda mungkin mengalami keadaan air kencing berdarah atau ia dilalui oleh orang yang tersayang. Jadi kenapa kencing berdarah?

Apakah yang boleh menjadi punca kebimbangan kesihatan ini dan apakah rawatan yang perlu anda ambil? Artikel di bawah akan memberi anda maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Masalah Urologi, sila dapatkannya di sini

Punca kenapa kencing berdarah

Darah boleh muncul dalam air kencing disebabkan ginjal atau bahagian saluran kencing lain yang membolehkan sel darah masuk ke dalam air kencing. 

Ia mungkin lebih berbahaya berbanding sangkaan bahawa kurang minum air punca kencing berdarah!

Jadi, kurang minum air punca kencing berdarah? Terdapat beberapa sebab yang membawa darah dalam air kencing, termasuk:

Jangkitan saluran kencing

Jangkitan saluran kencing biasanya berlaku apabila bakteria mempunyai peluang untuk membiak dalam pundi kencing selepas memasuki badan anda melalui uretra.

Simptom yang menunjukkan jangkitan saluran kencing termasuk keinginan berterusan untuk membuang air kecil, sakit semasa kencing dan air kencing berbau kuat.

kenapa kencing berdarah
Pelbagai punca kencing berdarah berlaku.

Kenapa kencing berdarah? Ini mungkin sebab jangkitan pundi kencing!

Jangkitan buah pinggang atau juga dikenali sebagai pyelonephritis mungkin berlaku apabila bakteria dari kawasan kemaluan, saluran kencing dan pundi kencing bergerak dari rahim ke buah pinggang anda.

Atau apabila bakteria mempunyai peluang untuk memasuki buah pinggang anda daripada aliran darah sekali gus menjadi punca utama kenapa kencing berdarah.

Jangkitan buah pinggang sering berkongsi tanda-tanda yang sama seperti simptom jangkitan saluran kencing, walaupun ia lebih mungkin menyebabkan demam dan mengatasi sakit rusuk.

Batu karang

Batu karang berlaku apabila terlalu banyak mineral yang terbentuk ke dalam kristal di dinding buah pinggang atau pundi kencing anda. Kurang minum air punca kencing berdarah juga.

Selepas tempoh masa tertentu, kristal menjadi batu-batu kecil yang keras.

Secara amnya, batu-batu tidak menyebabkan kesakitan dan anda tidak dapat melihat kewujudannya sehingga menyebabkan penyumbatan atau pengeluarannya.

kenapa kencing berdarah
Air kencing yang bercampur dengan darah.

Walau bagaimanapun, jika ia menimbulkan rasa sakit, maka itu pasti merupakan simptm baru karang kerana ia menyakitkan.

Pendarahan yang kelihatan dalam kencing boleh menjadi petunjuk:

Ini sangat berbahaya kerana ia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau simptom semasa peringkat awal apabila kanser lebih boleh dirawat.

Gangguan keturunan

Kekurangan hemoglobin keturunan dalam sel darah merah, boleh menjadi penyebab kencing berdarah. Apabila anda mengalami penyakit yang diwarisi, darah di dalam air kencing dapat diperhatikan oleh mata dan hematuria mikroskopik.

Sama berlaku untuk sindrom Alport kerana kesannya pada membran penapisan di glomeruli buah pinggang boleh menyebabkan darah dalam air kencing.

Kecederaan buah pinggang

Apabila anda mengalami pendarahan dalaman daripada kemalangan atau hubungan sukan, kemungkinan besar anda akan melihat darah dalam air kencing.

penyakit buah pinggang
Punca penyakit buah pinggang yang ramai tak peduli.

Senaman berat punca kenapa kencing berdarah

Walaupun jarang terjadi, bagaimanapun, adalah hakikat bahawa latihan berat boleh menyebabkan hematuria kasar.

Ia disyaki disebabkan oleh trauma latihan yang disebabkan oleh pundi kencing, dehidrasi atau pecahan sel darah merah.

Rawatan kencing berdarah

Oleh kerana hematuria tidak mempunyai rawatan khusus, ahli perubatan akan menumpukan perhatian terhadap masalah yang dihadapi.

Antibiotik untuk membersihkan jangkitan saluran kencing, atau ubat preskripsi untuk mengecutkan prostat membengkak, atau terapi gelombang kejutan untuk memecah batu karang.

Dalam masa yang sama, dapatkan juga petua untuk hilangkan kencing berdarah daripada doktor ya?

Sekiranya tidak ada masalah asas kenapa kencing ada darah, maka tiada rawatan diperlukan.

Peringatan!


Yang terbaik adalah yang anda ke klinik sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan badan dan saluran kencing anda berfungsi dengan baik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Blood in urine (hematuria), https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/blood-in-urine/basics/causes/con-20032338, Accessed Jan 28, 2019.
  2. Blood in urine (haematuria), https://www.nhs.uk/conditions/blood-in-urine/Pages/Introduction.aspx, Accessed Jan 28, 2019.
  3. Hematuria, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15234-hematuria, Accessed Jan 28, 2019.
  4. What is Hematuria?, https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/h/hematuria, Accessed Jan 28, 2019.
  5. Blood in Urine (Hematuria) Causes, Treatments, and Symptoms, https://www.kidneyfund.org/kidney-disease/kidney-problems/blood-in-urine.html, Accessed Jan 28, 2019.

Versi Terbaru

11/09/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

6 Cara Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor, No. 4 Orang Dah Kahwin Wajib Amalkan!

AWAS Jika Anda Kerap Kencing & Air Kencing Bau KUAT, Ia Mungkin Tanda Bahaya Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 11/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan