backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kencing Sakit & Keluar Darah? Kenali 4 Jenis Batu Karang, Lihat Bagaimana Ia Terbentuk

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/02/2023

    Kencing Sakit & Keluar Darah? Kenali 4 Jenis Batu Karang, Lihat Bagaimana Ia Terbentuk

    Apakah punca sakit batu karang? Adakah ia disebabkan pemakanan atau gaya hidup yang tidak sihat? Sebenarnya, batu karang boleh terbentuk disebabkan pelbagai punca. Malah, batu karang juga mempunyai jenis yang berbeza!

    Sakit batu karang atau renal calculi adalah jisim pepejal yang diperbuat daripada kristal. Ia biasanya berasal dari buah pinggang anda. Bagaimana pun, ia boleh berkembang di mana-mana sepanjang saluran kencing.

    Batu karang juga salah satu keadaan kesihatan yang paling menyakitkan dan ia berbaza mengikut jenis batu.

    Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai batu karang buah pinggang.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

    Jenis batu punca sakit batu karang

    Antara bahagian sakit batu karang terbentuk:

    • Buah pinggang
    • Ureter (Saluran yang mengalirkan air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing)
    • Pundi kencing
    • Uretra (Saluran yang membawa keluar air kencing dari pundi kencing)

    Terdapat 4 batu karang yang berbeza. Antaranya:

    Punca sakit batu karang 1: Batu kalsium

    Sakit batu karang jenis ini adalah paling biasa dialami kebanyakan orang dan ia merangkumi 75 peratus batu karang yang selalu terbentuk.

    Batu kalsium ini cenderung terbentuk apabila air kencing berasid iaitu mempunyai nilai pH yang rendah.

    Kajian awal menyatakan diet yang rendah protein dan makanan kurang garam adalah bagus bagi pesakit yang mempunyai jenis batu karang kalsium kerana ia boleh mengelakkan batu tersebut daripada terbentuk.

    Walaupun batu karang ini terbentuk daripada kalsium, terdapat kajian menunjukkan pengambilan kalsium melalui diet boleh mengelakkannya daripada terbentuk.

    Ini kerana ia boleh bergabung dengan kompaun oxalate di dalam makanan yang menjadi punca batu karang.

    Penggabungan dua kompaun ini tidak boleh diserap dan akan dikeluarkan melalui usus.

    Oxalate diet adalah molekul organik yang terdapat di banyak sayur-sayuran, buah-buahan, dan kacang-kacangan.

    Selain itu, kalsium dari tulang juga boleh memainkan peranan dalam pembentukan batu karang.

    2. Batu struvite

    Batu karang jenis ini kebiasaannya terdapat pada wanita yang mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).

    Ia merangkumi 15 peratus daripada batu karang yang selalu terbentuk.

    Pembentukannya adalah disebabkan oleh bakteria Proteus, Pseudomonas dan spesies Klebsiella.

    Batu-batu ini boleh menjadi besar dan menyebabkan kesukaran untuk kencing.

    Oleh itu, merawat jangkitan boleh menghalang perkembangan batu struvite.

    Baca juga:

    Punca sakit batu karang 3: Batu asid urik

    punca sakit batu karang

    Batu karang jenis ini kebiasaannya berlaku pada lelaki berbanding wanita.

    Malah, antara punca sakit batu karang ini adalah gout atau orang yang menjalani kemoterapi.

    Pembentukannya merangkumi 6 peratus daripada batu karang yang selalu terbentuk.

    Pembentukannya mempunyai kaitan dengan pH air kencing iaitu kurang daripada 5.5, pengambilan diet yang tinggi kandungan purine  (organ dalaman, ikan bilis, makanan laut) atau pesakit yang mempunyai kanser.

    Diet yang kaya purine adalah bahan yang tidak berwarna dalam protein haiwan seperti ikan, kerang dan daging.

    Bagi pesakit gout, kandungan darah mereka mengandungi asid urik yang tinggi menyebabkannya terkumpul dalam saluran air kencing dan membentuk batu.

    4. Batu cystine

    Batu karang jenis ini paling jarang berlaku yang mana ia hanya melibatkan 2 peratus penyebab batu karang terbentuk.

    Ia terhasil akibat daripada gangguan genetik yang berlaku secara semula jadi dalam badan yang menyebabkan sista asid amino iaitu kebocoran salah satu blok protein dari buah pinggang ke dalam air kencing untuk membentuk batu karang.

    Dengan mengetahui jenis batu yang dihidapi seseorang, perubahan pola pemakanan boleh disesuaikan bagi mengelakkannya lebih parah.

    Selain itu, minum air yang cukup membantu menghalang semua jenis batu karang.

    Sebanyak 80 hingga 85 peratus sakit batu karang akan pecah dan keluar dengan sendirinya.

    Namun, 20 peratus daripada pesakit memerlukan bantuan perubatan kerana kesakitan yang teruk atau jangkitan kuman pada tempat buang air kecil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan