Sistitis interstitial atau interstitial cystitis (IC) adalah satu kondisi yang menyebabkan individu mengalami kesakitan, tekanan atau ketidakselesaan pada kawasan pundi kencing.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Sistitis interstitial atau interstitial cystitis (IC) adalah satu kondisi yang menyebabkan individu mengalami kesakitan, tekanan atau ketidakselesaan pada kawasan pundi kencing.
Kondisi ini turut dikenali dengan nama sindrom pundi kencing sakit atau painful bladder syndrome (PBS).
Dalam masa yang sama, pesakit juga akan alami rasa terdesak untuk membuang air dan terpaksa ke tandas beberapa kali sehari. Selain itu, pesakit juga merasai simptom ini selama 6 minggu atau lebih.
Sistitis interstitial boleh mempengaruhi lelaki dan juga wanita daripada semua bangsa dan umur. Walau bagaimanapun, kondisi ini lebih lazim dalam kalangan kaum Hawa.
Menurut National Institutes of Health (NIH), wanita yang pernah mengalami penderaan seksual atau trauma lebih berisiko untuk mengalami sistisis interstitial.
Untuk pengetahuan anda, sistitis interstitial atau interstitial cystitis adalah satu penyakit yang kronik. Pesakit kadangkala perlu membuang air sebanyak 40, 50 atau 60 kali sehari atau sepanjang masa.
Malah, menurut Harvard Health Publishing, hanya separuh daripada mereka yang menghidap kondisi ini boleh berkerja sepenuh masa.
Kondisi ini boleh mempengaruhi kualiti hidup penghidapnya dari segi emosi, kesihatan dan juga hubungan. Malah, pesakit juga tidak boleh bersenam atau keluar rumah kerana terpaksa menggunakan tandas terlalu kerap.
Kadangkala, mereka juga sukar untuk melakukan hubungan seks disebabkan kesakitan yang dialami semasa bersenggama.
Walau bagaimanapun, masalah ini boleh diatasi jika pesakit melakukan beberapa jenis rawatan untuk melegakan simptom yang dialami.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Masalah Pundi Kencing, sila dapatkannya di sini.
Tanda dan simptom sistitis interstitial mungkin berbeza mengikut individu.
Malah, pesakit juga boleh mengalami simptom teruk pada waktu tertentu seperti ketika datang bulan, duduk dalam satu jangka masa yang lama, ketika mengalami tekanan perasaan, bersenam atau setelah melakukan hubungan seks.
Namun, ada beberapa simptom interstitial cystitis yang boleh pesakit perhatikan, antaranya adalah:
Ada juga pesakit sistitis interstitial yang langsung tidak mengalami sebarang simptom.
Walaupun simptom sistitis interstitial menyerupai gejala jangkitan saluran urin, namun selalunya pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan sewaktu didiagnosis.
Tetapi, mereka juga boleh menghidap UTI. Malah, simptom yang dialami akan jadi semakin teruk jika dijangkiti penyakit ini.
Hingga ke hari ini, punca sebenar sistitis interstitial masih belum diketahui. Malah, diagnosisnya juga dilakukan hanya setelah doktor ketepikan masalah lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama.
Pakar percaya bahawa kondisi ini mempunyai pelbagai faktor. Antara punca yang boleh menyebabkan cystitis interstitial adalah:
Ada beberapa lagi faktor yang mungkin memainkan peranan seperti genetik, jangkitan atau alergi. Walau bagaimanapun, semua faktor ini masih belum dapat dibuktikan.
Sukar untuk doktor melakukan diagnosis sistitis interstitial kerana tidak ada ujian yang tepat dan spesifik yang boleh dilakukan.
Oleh sebab itu, doktor akan melakukan beberapa ujian untuk memastikan pesakit tidak mengalami jangkitan atau simptom lain yang sama seperti sistitis interstitial.
Jika kesemua kondisi tersebut dapat diketepikan, barulah pesakit akan didiagnosis dengan penyakit ini.
Ada 5 langkah yang berbeza untuk rawatan sistitis interstitial:
Perubahan gaya hidup merupakan rawatan pertama yang akan dicadangkan doktor untuk merawat sistitis interstitial.
Langkah ini termasuklah melakukan perubahan pada diet atau mengamalkan beberapa cara yang dapat membantu pesakit mengawal simptom yang dialami.
Sebagai contoh, pesakit boleh melakukan terapi fizikal, belajar untuk mengawal stres dan mengelakkan pengambilan makanan atau minuman tertentu untuk mengurangkan simptom sistitis interstitial.
Jika perubahan gaya hidup tidak cukup untuk melegakan sistitis interstitial yang dialami, pesakit mungkin akan menerima ubat preskripsi daripada doktor.
Ada banyak ubat yang boleh dicuba oleh pesakit dan semua medikasi ini mungkin mempunyai kesan sampingan tertentu seperti rasa loya atau muntah-muntah.
Oleh sebab itu, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat. Pastikan anda tahu kesan sampingannya supaya ia tidak akan mengganggu aktiviti harian anda.
Selain dua langkah yang diterangkan di atas, pesakit juga boleh pilih untuk melakukan terapi atau suntikan jika rasa sakit akibat simptom ini masih tidak dapat dikurangkan.
Pesakit boleh melakukan terapi yang dikenali dengan nama neuromodulation therapy. Terapi ini akan menghantar impuls elektrik yang tidak berbahaya kepada saraf untuk mengubah cara ia berfungsi.
Selain itu, jika pesakit mempunyai ulser pada pundi kencing, doktor akan melakukan prosedur yang dikenali sebagai bladder ulcer cauterization untuk memberikan kelegaan jangka panjang kepada pesakit.
Pesakit juga boleh menerima suntikan Botox jika semua prosedur di atas tidak boleh memberikan sebarang kelegaan. Walau bagaimanapun, suntikan ini boleh hilang keberkesanannya dan perlukan suntikan susulan dalam masa 6 hingga 9 bulan.
Jika rawatan lain tidak berkesan, doktor mungkin akan mencadangkan cyclosporine kepada pesakit. Walau bagaimanapun, ada banyak kesan sampingan yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.
Oleh sebab itu, pastikan anda berbincang dengan doktor sebelum mengambil ubat ini.
Pembedahan hanya disarankan untuk pesakit yang mengalami sistitis interstitial yang serius. Walau bagaimanapun, kebanyakan pesakit tidak memerlukan sebarang pembedahan untuk kondisi ini.
Sistitis interstitial tidak boleh dicegah. Namun, ada beberapa langkah yang boleh pesakit lakukan untuk mengurangkan simptom yang dialami. Sebagai contoh:
Cystitis interstitial atau sindrom pundi kencing sakit merupakan sejenis penyakit yang mana simptomnya boleh datang dan pergi serta boleh berulang jika pesakit tidak berhati-hati.
Walaupun ada banyak rawatan untuk kondisi ini, namun sebenarnya penyakit ini tidak mempunyai sebarang penawar. Malah, rawatan yang diberikan hanyalah bertujuan untuk mengurangkan simptom yang dialami pesakit.
Disebabkan penyakit ini boleh mengganggu kehidupan pesakit, maka mereka amat memerlukan sokongan daripada ahli keluarga dan teman rapat.
Jika anda mengalami simptom yang digariskan di atas, jangan lupa untuk berjumpa doktor supaya dapat membuat pemeriksaan lanjut. Jangan biarkan rasa malu menghalang anda dari berbuat demikian.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen