Pernah terfikir tak berapa kali dalam sehari anda patut kencing? Adakah individu yang kerap buang air kecil lebih daripada 5 kali sehari bermakna mempunyai tahap kesihatan tidak normal? Apakah punca kerap buang air kecil?
Kenapa kerap kencing bila minum air banyak? Kenapa kerap kencing dan sakit pinggang? Kenapa perempuan kerap terkencing?
Jom ketahuinya jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Punca kerap buang air kecil dan tahap kesihatan
Kenapa kerap kencing bila minum air banyak? Kenapa kerap kencing dan sakit pinggang? Kenapa perempuan kerap terkencing?
Mengetahui kekerapan kencing dalam sehari merupakan petanda penting kepada faktor kesihatan keseluruhan.
Seorang individu yang sihat boleh membuang air kencing antara 4 hingga 10 kali sehari.
Jumlah purata bagi seorang individu untuk kerap kencing dalam sehari adalah antara 6 hingga 7 kali dalam masa 24 jam. Namun, ia bukan perkara luar biasa jika anda kurang kencing pada hari-hari tertentu.
Berapa kerap buang air kecil dalam sehari bergantung kepada beberapa faktor, seperti:
Punca punca kerap buang air kecil 1#Usia
Peningkatan usia memainkan faktor penting. Apabila semakin tua,kebanyakan individu akan kerap kencing terutamanya pada waktu malam.
Punca kerap buang air kecil 2#Saiz pundi kencing
Individu dengan saiz pundi kencing lebih kecil akan kerap kencing kerana tidak mampu menampung kuantiti air kencing yang banyak.
Punca kerap buang air kecil 3#Cecair
Jumlah pengambilan cecair dalam sehari juga akan mempengaruhi kadar kerap buang air individu.
Malahan kekurangan minum air akan menyebabkan dehidrasi sekali gus mengurangkan jumlah air kencing dalam sehari.
Individu yang kerap mengambil alkohol dan kafein mempunyai kesan diuretik dan meningkatkan kekerapan kencing.
Punca kerap buang air kecil 4#Keadaan perubatan
Tahap kesihatan berikut mungkin akan mempengaruhi kekerapan anda membuang air kencing, antaranya:
- Jangkitan saluran kencing (UTI)
- Pundi kencing terlalu aktif
- Interstitial cystitis – keadaan jangka panjang dikenali sebagai sindrom pundi kencing yang menyakitkan. Simptom yang sama seperti UTI
- Diabetes
- Hipokalsemia atau hiperkalsemia – tahap kalsium tinggi (hiper) atau tahap kalsium rendah (hipo) yang mempengaruhi fungsi ginjal dan pengeluaran air kencing
- Sickle cell anemia– keadaan diwarisi atau jumlah sel darah merah rendah dan boleh mempengaruhi buah pinggang dan kepekatan air kencing
- Masalah prostat – prostat yang membesar menyebabkan individu kurang kerap buang air kecil. Masalah tersebut juga menyekat aliran air kencing
- Lantai pelvis lemah – apabila otot pelvis semakin hilang kekuatan, seseorang individu akan lebih kerap untuk kencing. Masalah ini biasa terjadi selepas melahirkan anak
Kenapa perempuan kerap terkencing? Keadaan tertentu seperti kehamilan dan selepas bersalin boleh mempengaruhi berapa kerap anda kencing.
Semasa mengandung, seorang wanita akan lebih kerap kencing kerana perubahan cecair dengan tekanan pundi kencing disebabkan tumbesaran janin.
Selepas kelahiran, seorang wanita akan mengalami peningkatan jumlah air kencing sehingga tempoh 8 minggu.
Keadaan ini mungkin disebabkan cecair tambahan yang mungkin diterima semasa bersalin daripada intravenous (IV), ubat atau tindak balas semula jadi badan yang akan menyingkirkan cecair setelah melahirkan anak.
Secara purata, seorang individu yang minum 1.8 liter dalam sehari akan kencing kira-kira 7 kali.
Simptom dan punca kerap buang air kecil: Normal atau tidak
Kencing terlalu kerap atau jarang boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang, terutamanya apabila disertai dengan gejala berikut seperti:
- Sakit belakang
- Darah dalam air kencing
- Air kencing keruh atau berubah warna
- Kesukaran membuang air kecil
- Demam
- Kebocoran air kencing
- Sakit ketika kencing
- Air kencing yang berbau kuat
Jika anda berdepan simptom yang dinyatakan di atas, penting untuk anda melakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan rawatan air kencing bersesuaian dan mencegah komplikasi.
Perlukah menjalani rawatan?
Isu kerap buang air kecil biasanya tidak memerlukan rawatan jika keadaan tersebut tidak dipengaruhi oleh sebarang tahap kesihatan atau menjejaskan kehidupan seharian anda.
Wanita hamil yang kerap kencing juga tidak memerlukan rawatan. Ini kerana simptom tersebut biasanya akan hilang setelah beberapa minggu selepas bersalin.
Jika anda perlu menerima rawatan, biasanya ia bergantung kepada punca penyebabnya.
Sekiranya ia didasari keadaan seperti diabetes atau UTI, rawatan perubatan dapat membantu mengatasi gejala ini.
Mengatasi masalah kerap buang air kecil
Beberapa kaedah berikut turut dapat membantu mengurangkan kekerapan kencing dalam sehari:
- Hadkan pengambilan kafein, soda dan alkohol yang diminum sehari atau hindari 100%
- Minum 8 gelas air setiap hari
- Kencing sebelum dan selepas hubungan seksual. Lapkan alat sulit dari bahagian depan ke belakang setelah mencucinya
- Ambil makanan tambahan atau makanan tinggi kandungan probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi. Probiotik dalam menyokong kesihatan alat kelamin
- Hindari menggunakan produk dengan bahan pewangi pada sekitar alat kemaluan
- Pakai pakaian dalam daripada material kapas yang longgar untuk elakkan kerengsaan dan jangkitan
- Lakukan senaman Kegel untuk menguat otot lantai pelvis yang lemah
- Kekalkan berat badan seimbang untuk elakkan tekanan berlebihan pada otot pelvis dan pundi kencing
Perhatian!
Sekiranya mempunyai kebimbangan mengenai pengeluaran air kencing dalam sehari, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin bagi mengurangkan risiko komplikasi.