home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bukan Sahaja Wanita, Lelaki Pun Boleh Meroyan Selepas Kelahiran Bayi. Ini Puncanya!

Bukan Sahaja Wanita, Lelaki Pun Boleh Meroyan Selepas Kelahiran Bayi. Ini Puncanya!

Murung selepas bersalin atau bahasa kasarnya iaitu ‘meroyan’ sering sahaja dikaitkan dengan golongan wanita. Pun begitu, tahukah anda bahawa lelaki juga boleh mengalaminya? Jom sama-sama kita selami artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi mengenainya!

Kelahiran bayi & kemurungan ibu bapa

Kelahiran bayi merupakan perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh pasangan ibu bapa setelah sekian bulan menunggu. Kebanyakan ibu bapa sudah mula menyiapkan persediaan seawal bulan pertama si ibu hamil lagi.

Antara persediaan yang dilakukan adalah membeli pakaian dan permainan bayi yang bakal dilahirkan. Namun adakah ibu bapa siap untuk menghadapi masalah emosi yang berlaku pasca kelahiran?

Kebiasaannya masalah emosi selepas bersalin banyak dikaitkan dengan kemurungan. Sebagaimana diketahui umum, masalah kemurungan ini selalunya dihadapi oleh kaum perempuan.

Pun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa kaum lelaki juga turut terpalit sama dalam masalah emosi yang membimbangkan ini.

Murung selepas bersalin dalam kalangan lelaki

lelaki

Masalah emosi ini dikenali sebagai Kemurungan Postpartum Kebapaan ataupun Paternal Postpartum Depression (PPPD) dan berpunca daripada faktor kesihatan mental lelaki.

Lelaki yang mengalami masalah ini akan merasa pasangan mereka melebihkan anak berbanding dirinya dan cenderung melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok atau minum alkohol untuk mengubati kesunyiannya.

Masalah ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan mental lelaki yang mengalaminya. Bukan itu sahaja, masalah ini turut mendatangkan kesan negatif kepada pasangannya.

Ini kerana lelaki yang mengalami masalah ini turut cenderung untuk melakukan kekerasan terhadap pasangannya. Kekerasan yang dilakukan ini merupakan antara jenis penderaan yang paling ditakuti selain penderaan mental.

Terdapat beberapa kajian yang dilakukan untuk melihat sejauhmana keruncingan masalah emosi ini.

Kajian mengenai PPPD

Menurut kajian yang dilakukan di Amerika, 13.3% golongan bapa mengalami beberapa tahap simptom depresi semasa pasangan mereka sedang hamil pada minggu 29 hingga minggu 40.

Pada tahun 2007 pula, satu kajian menunjukkan bahawa peratusan lelaki mengalami PPPD ini meningkat daripada 4% kepada 25% selepas dua bulan kelahiran.

Pada 2014 pula, kajian yang dilakukan oleh Pediatrics pula menyimpulkan bahawa 68% golongan lelaki yang baru menjadi bapa akan mengalami kemurungan semasa lima tahun pertama kelahiran bayi.

Masalah ini amat membimbangkan namun dikategorikan sebagai normal kerana golongan ini sedang belajar untuk menerima bayi yang baru dilahirkan di dalam hidup mereka.

Oleh itu, masalah ini sebenarnya sudah bahaya dan semakin membimbangkan saban hari.

Simptom lelaki murung selepas kelahiran bayi

Penderita PPPD ini akan mengalami masalah emosi yang akan menjurus kepada kesan negatif yang kepadanya mahupun pasangannya. Berikut merupakan antara simptom-simptom untuk mengesan PPPD:

Rawatan pesakit PPPD

murung

Kajian menunjukkan bahawa terapi dan sesi kaunseling adalah lebih berkesan daripada ubat-ubatan untuk mengawal permasalahan ini walaupun ubat-ubatan sedikit sebanyak juga dapat membantu.

Terdapat banyak rawatan tanpa mengira kaedah tradisional mahupun alternatif yang boleh dilakukan, namun disyorkan untuk mendapatkan rawatan daripada ahli perubatan yang berdaftar.

Jangan putus asa dalam mencari solusi kerana masalah emosi ini boleh dipulihkan namun memerlukan tenaga dan wang yang lebih.

Meskipun sudah diisytiharkan sihat dan bebas dari masalah ini, diingatkan bahawa masalah emosi ini boleh kembali dan mungkin akan jadi lebih teruk.

Sokongan daripada pasangan, ahli keluarga dan kawan-kawan juga menjadi faktor utama pemulihan masalah kemurungan ini.

Lelaki juga boleh mengalaminya

Kesimpulannya, kenyataan di mana wanita sahaja yang boleh mengalami murung selepas bersalin adalah tidak benar kerana lelaki juga berisiko untuk mengalaminya!

Jadi, encik suami sila cuba jalani kehidupan yang lebih baik bersama isteri tercinta untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa kepada masalah PPPD ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.healthline.com/health/why-we-need-to-talk-about-postpartum-depression-in-men

https://www.parents.com/parenting/dads/sad-dads/

Kemurungan Postpartum Dalam Kalangan Lelaki

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 11/03/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x