backup og meta

Berkali-Kali Bangun Malam Untuk Kencing Salah Satu Tanda Nokturia, Ini Cara Merawatnya!

Berkali-Kali Bangun Malam Untuk Kencing Salah Satu Tanda Nokturia, Ini Cara Merawatnya!

Berapa kali anda perlu bangun malam untuk kencing? Sekali? Dua kali? Tidak dinafikan, bangun pada waktu malam untuk membuang air merupakan sesuatu yang normal. Kita semua pasti pernah melakukannya. Namun, jika anda perlu ke tandas berkali-kali pada waktu malam, ini sebenarnya tanda penyakit!

Semua manusia memerlukan 6 hingga 8 jam tidur tanpa gangguan setiap hari. Namun, untuk mereka yang kerap kencing malam, sukar untuk mereka mendapatkan tidur yang lena.

Oleh sebab itu, mereka akan rasa letih dan mengantuk sepanjang hari disebabkan kitaran tidur yang terganggu.

Bukan itu sahaja, kualiti hidup pesakit juga akan terjejas. Mereka yang kerap bangun malam sukar untuk fokus ketika belajar atau bekerja dan tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan baik.

Masalah kencing malam turut dikenali dengan nama nokturia. Nokturia merupakan sejenis penyakit yang berbeza dengan pundi kencing aktif walaupun simptomnya hampir sama.

1 daripada 3 orang dewasa mengalami nokturia. Malah, orang yang lebih berusia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kondisi ini. 

Selalunya, nokturia berlaku disebabkan gaya hidup atau masalah kesihatan yang belum dapat dikenal pasti.

Nokturia: Apakah puncanya?

bangun malam

Secara definisi, seseorang itu dikatakan mempunyai nokturia jika mereka terpaksa bangun malam berkali-kali untuk membuang air kecil.

Penghidap nokturia selalunya daripada golongan yang berusia. Apabila umur telah meningkat, fungsi buah pinggang dan pundi kencing akan merosot.

Oleh sebab itu, lebih ramai warga emas yang mempunyai masalah untuk membuang air.

Ada individu yang kerap bangun malam untuk kencing namun tidak terganggu dengan situasi ini.

Walau bagaimanapun, nokturia akan menjadi masalah jika penghidapnya terpaksa bangun malam untuk membuang air namun sukar untuk tidur semula.

Nokturia juga berbeza dengan kencing tilam (bedwetting). Berbeza dengan nokturia, mereka yang kencing malam akan membuang air tanpa sedar tanpa rasa hendak terkencing.

Untuk pengetahuan anda, nokturia boleh berlaku disebabkan beberapa perkara. Sebagai contoh, anda mungkin sering kencing malam kerana terlalu kerap minum air sebelum tidur, terutamanya teh atau kopi yang mengandungi kafein.

Walaupun nampak remeh, masalah kencing malam mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan penghidapnya. Malah, nokturia juga boleh menjadi simptom penyakit lain yang lebih serius.

Selain minum terlalu banyak air, ada beberapa punca lain yang menyebabkan nokturia:

  1. Jangkitan pada kawasan pundi kencing atau saluran urinari.
  2. Masalah prostat membengkak.
  3. Kehamilan.

Bukan itu sahaja, penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang, diabetes, kegagalan jantung serta tahap kalsium yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan nokturia. Sama jugalah dengan mereka yang minum terlalu banyak air setiap hari.

Kurangkan bangun malam untuk membuang air

bangun malam

Tidak dinafikan, kurang tidur boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada pesakit.

Oleh sebab itu, penghidap nokturia perlulah berjumpa doktor dengan kadar yang segera. Mungkin masalah kencing malam yang berlaku itu merupakan tanda penyakit lain yang lebih serius.

Dengan merawat penyakit tersebut, kekerapan kencing malam dapat dikurangkan.

Malah, untuk pesakit yang menghidap penyakit tertentu, ramai yang dapat mengatasi masalah kencing malam dengan melakukan perubahan pada ubat-ubatan yang mereka ambil.

Sebagai contoh, mungkin ada yang sedang mengambil ubat-ubatan seperti diuretik. Ubat jenis ini boleh menambah kekerapan pesakit membuang air pada waktu malam. 

Namun, sebelum melakukan sebarang perubahan, pastikan anda berjumpa doktor terlebih dahulu untuk konsultasi.

Selain itu, ada beberapa langkah yang boleh pesakit ambil untuk mengurangkan bangun malam disebabkan nokturia. Sebagai contoh:

  1. Kosongkan pundi kencing sebelum tidur – Amalan mengosongkan pundi kencing sebelum tidur dapat membantu pesakit tidur dengan lebih lena.
  2. Berhenti minum air 2-4 jam sebelum tidur – Minum air secukupnya pada waktu siang dan kurangkan pengambilan air pada waktu malam.
  3. Kurangkan garam dalam makananPengambilan garam yang tinggi didapati boleh menyebabkan nokturia.
  4. Elakkan mengambil minuman yang mengandungi kafein – Kafein boleh meningkatkan aktiviti pundi kencing. Oleh sebab itu, pengambilan kopi dan teh pada waktu malam boleh menyebabkan iritasi pada organ tersebut.
  5. Tukar masa mengambil ubat – Berbincang dengan doktor sama ada mengubah waktu pengambilan ubat dapat mengurangkan kekerapan anda bangun malam.
  6. Tidur pada waktu tengah hari untuk mengelakkan keletihan pada waktu siang.

Kesimpulan

bangun malam

Jika anda sering bangun malam untuk membuang air kecil, mungkin sudah sampai masanya untuk anda berjumpa doktor.

Masalah kencing malam yang berlaku dalam jangka masa yang panjang boleh membuatkan kesihatan fizikal dan mental penghidapnya merosot.

Manakan tidak, mereka yang kurang tidur akan rasa penat pada waktu siang. Ditambah pula dengan masalah kencing malam, tidak hairanlah ramai pesakit yang menghidap nokturia boleh mengalami tekanan perasaan.

Perhatikan simptom nokturia seperti bangun malam berulang kali, jumlah air kencing yang banyak serta rasa penat dan mengantuk sepanjang hari.

Jika anda mempunyai masalah ini, jangan berlengah lagi dan berjumpalah doktor secepat mungkin. Anda tidak perlu menderita dengan nokturia selamanya. Dengan bantuan doktor, masalah ini boleh dirawat.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleaveland Clinic. 2020. Nocturia. June 1. Accessed July 26, 2021. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14510-nocturia.
  2. Medline Plus. 2019. Urinating more at night. July 31. Accessed July 26, 2021. https://medlineplus.gov/ency/article/003141.htm.
  3. NAFC. n.d. What Is Nocturia. Accessed July 26, 2021. https://www.nafc.org/nocturia.
  4. Sleep Foundation. 2020. Nocturia or Frequent Urination at Night. July 31. Accessed July 26, 2021. https://www.sleepfoundation.org/physical-health/nocturia-or-frequent-unrination-night.
  5. Urology Care Foundation. n.d. Nocturia. Accessed July 26, 2021. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/n/nocturia.

Versi Terbaru

14/09/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Sakit Ketika Buang Air Kecil? Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Penyakit Kencing Kotor!

Kerap Sangat Buang Air Kecil? Cuba Perhatikan Apa Yang Anda Makan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan