Nokturia
Nokturia, atau poliuria nokturnal, merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada masalah kencing yang berlebihan pada waktu malam. Sewaktu tidur, secara normalnya, badan akan kurang menghasilkan air kencing, ini bermakna kebanyakan individu tidak perlu bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil dan boleh tidur tanpa gangguan selama 6 hingga 8 jam.
Selain mengganggu tidur anda, nokturia boleh menjadi simptom yang disebabkan keadaan perubatan
Simptom
Jika anda perlu bangun dua kali atau lebih pada setiap malam untuk kencing, ia bermakna anda mempunyai nokturia. Ia merupakan simptom yang paling mudah untuk dikenal pasti. Perlu diingatkan bahawa nokturia bermakna sesuatu berlaku di dalam badan kita.
Apakah puncanya?
Pelbagai punca boleh menjadi faktor berlakunya nokturia; pilihan gaya hidup kepada keadaan perubatan. Walau ia kerap terjadi kepada individu dewasa yang lebih berusia, tetapi ia boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen