backup og meta

5 Rawatan Alternatif Untuk UTI, Selain Minum Jus Kranberi, Cuba Cara Ini!

5 Rawatan Alternatif Untuk UTI, Selain Minum Jus Kranberi, Cuba Cara Ini!

Ramai orang cakap masalah kencing kotor atau jangkitan saluran kencing (UTI) boleh hilang kalau minum banyak air dan ia sememangnya benar. Namun, ada banyak lagi ubat kencing kotor cara tradisional yang anda belum tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda juga boleh klik di sini.

Kenapa kena kencing kotor?

Kenapa kena kencing kotor?

Masalah punca kencing kotor atau lebih popular dengan nama UTI amat lazim terjadi akibat terdapat bakteria yang merebak, membiak lantas menjejaskan kawasan di sekitar sistem perkumuhan.

Sekiranya berlaku infeksi punca kencing kotor ini, ia boleh menyebabkan individu mula rasa tidak selesa, sakit dan pedih terutama ketika membuang air kecil walapun mungkin masih lagi terasa di waktu yang lain.

Selain itu juga, kekerapan untuk membuang air kecil juga mungkin meningkat mendadak bersama dengan perubahan warna dan bau air kencing yang menjadi lebih keruh, gelap serta busuk.

ubat kencing kotor
Antara tanda-tanda UTI.

Ada beberapa faktor risiko yang menjadi dalang kondisi ini berlaku dan bertambah teruk, contohnya seperti di bawah:

  • Kecacatan salur kencing
  • Anatomi wanita
  • Usia menopaus
  • Aktiviti seksual tidak bersih
  • Pengambilan pil kontraseptif
  • Penggunaan alat kateter
  • Masalah pada sistem imun

Dalam usaha untuk mengelak masalah ini daripada berlaku dan berulang, adalah sangat penting untuk kita mencari dan memilih penawar kencing kotor seperti ubat UTI di farmasi, klinik, hospital atau mungkin di rumah anda sendiri sahaja.

Ubat kencing kotor cara klinikal

Untuk pengetahuan anda semua, UTI mungkin mudah untuk diselesaikan iaitu hanya dengan mengambil ubat UTI di farmasi bagi menyingkirkan bakteria yang wujud.

Terdapat beberapa jenis antibiotik sesuai untuk masalah ini.

Namun antara yang paling popular adalah nitrofurantoin, trimethoprim dan fosfomisin bagi menghapuskan bakteria punca jangkitan saluran kencing.

Bagi melengkapkan rawatan jangkitan ini, penggunaan ubat antiradang seperti ibuprofen, naproxen dan lain-lain juga penting dalam usaha meredakan segala simptom atau gejala UTI.

Pengambilan suplemen khususnya vitamin C dan E bagi meningkatkan sistem imuniti agar masalah kencing kotor ini tidak berlaku dan berulang juga sangat mustahak untuk penderita.

Sekiranya anda sedang mencari langkah alternatif yang bersifat lebih tradisional, kami ada beberapa idea menarik!

ubat kencing kotor
Ubat UTI boleh didapati di farmasi.

Ubat kencing kotor cara tradisional

Kadangkala, penawar jangkitan saluran kencing mungkin sudah ada di depan mata (atau dapur rumah), contohnya:

#1. Minum jus kranberi

Merupakan petua paling popular, jus daripada keluarga buah beri ini tidak hanya membantu menghambat bakteria di dalam sistem perkumuhan malah mengurangkan kekerapan anda mengalami UTI.

Tidak perlu khuatir kerana selain tiada kesan sampingan, sudah banyak bukti saintifik yang menyokong langkah ini.

#2. Minum air kelapa

Minuman ini tinggi dengan sifat antibakteria untuk mencegah bakteria daripada merebak dan membiak.

Dalam pada itu, ia turut mengandungi potassium dan garam mineral bagi mengelakkan masalah dehidrasi.

Antara manfaat lain air kelapa adalah ia juga boleh menyejukkan dan menyegarkan tubuh badan anda keseluruhannya.

Ubat kencing kotor #3. Probiotik

Probiotik merupakan mikroorganisme yang amat bermanfaat buat kesihatan tubuh badan terutama dalam usaha bagi menyeimbangkan kandungan bakteria baik dan jahat di dalam usus anda.

Ramai pakar percaya bahawa sesetengah kultur bakteria baik boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing dan keberkesanannya hampir sama dengan penggunaan antibiotik.

#4. Makan bawang putih

ubat kencing kotor
Bawang putih mampu melegakan kencing kotor.

Mungkin ada banyak herba yang bagus untuk membantu merawat UTI tetapi ekstrak bawang putih adalah antara yang paling efektif ekoran ia tinggi dengan kandungan antimikrob untuk melawan bakteria.

Selain dicampur di dalam masakan, ia turut boleh dimakan begitu sahaja buat mereka yang gemar dengan rasanya.

#5. Detoks juga ubat kencing kotor?

Pernah dengar tentang minuman teh detoks atau yang sewaktu dengannya?

Selain bagus untuk sistem pencernaan dan penghadaman, ia mungkin tidak kurang hebat bagi sistem perkumuhan manusia.

Dipercayai akan membantu membuang bakteria daripada salur dan pundi kencing serta buah pinggang, sudah tentu ia juga adalah antara cara alternatif yang anda mungkin perlu pertimbangkan jika menjadi penderita UTI.

Konklusinya, mungkin ada banyak lagi ubat kencing kotor cara tradisional yang kami tidak nyatakan dalam artikel.

Kesimpulan

Agar lebih pasti, dapatkan informasi dan nasihat doktor sebelum cuba sebarang petua kami ini ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Urinary Tract Infections, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9135-urinary-tract-infections, Accessed Jan 25 2023.
  2. Urinary Tract Infection (UTI), https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/urinary-tract-infection, Accessed Jan 25 2023.
  3. Urinary Tract Infections in Adults, https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/u/urinary-tract-infections-in-adults, Accessed Jan 25 2023.
  4. Eight Ways to Prevent a Urinary Tract Infection, https://www.chla.org/blog/rn-remedies/eight-ways-prevent-urinary-tract-infection, Accessed Jan 26 2023.
  5. 8 Home Remedies ForUtis, https://nafc.org/bhealth-blog/home-remedies-for-utis/, Accessed Jan 26 2023.

Versi Terbaru

04/07/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tak Sempat Buka Seluar Terus Nak Terkencing, Cari 25 Makanan Ini Untuk Kuatkan Pundi Kencing

Air Kencing Berdarah Petanda Hematuria! Ini Simptom, Punca Dan Rawatannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan