Walaupun tidak ada hukum tidur meniarap yang kata ia salah, mungkin ada kesan tidur meniarap terhadap kita semua. Jom baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, anda boleh klik di sini.
Posisi tidur itu amat penting untuk manusia
Tidur merupakan satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan rehat dan mengembalikan tenaga setelah seharian bekerja atau penat melakukan tugasan harian di rumah.
Jika berbicara mengenai posisi tidur, berdasarkan kajian terdapat 7 posisi atau gaya tidur yang kerap dilakukan.
7 jenis gaya tidur tersebut adalah:
- Fetal – dipanggil fetal kerana ia seperti kedudukan bayi dalam janin ibunya.
- Log – tidur yang berbaring pada sisi sebelah badan, kaki lurus ke bawah dengan tangan turut berada di sisi.
- Yearner – seperti Log, cuma kedudukan tangan anda menghulur ke depan, seperti sedang mengambil sesuatu.
- Soldier – posisi tidur ini adalah seperti seorang tentera – berbaring, kedudukan menegak dan tangan di sisi.
- Freefaller – kedudukan tidur meniarap, tangan seperti memeluk bantal dan kepala memandang ke sisi.
- Starfish – kelihatan seperti bintang tidur di atas katil.
- Stargazer – tidur berbaring, dengan kedua belah tangan berada di belakang kepala.
Namun, sedarkah anda posisi tidur juga memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan. Tidur meniarap merupakan antara posisi tidur yang harus dielakkan.
Kenapa tidur meniarap itu tidak bagus?
Tidur meniarap adalah satu posisi tidur yang tidak bagus untuk kesihatan.
Walaupun tidur seperti ini dapat mengurangkan dekuran dan gangguan tidur apnea, namun, kesan tidur meniarap boleh memberi kesan kepada punggung dan leher.
Posisi tidur seperti ini juga boleh mengakibatkan tidur menjadi kurang berkualiti dan tidak selesa.
Kesan tidur meniarap yang boleh berlaku!
#1. Sakit belakang
Individu yang gemar tidur dalam posisi meniarap ini kebiasaanya akan berdepan dengan beberapa kesakitan, seperti sakit pada bahagian leher, belakang dan sendi.
Kesakitan yang dihidapi ini akan cenderung membuatkan aanda terjaga pada waktu malam dan tidak mendapat tidur yang secukupnya pada waktu pagi.
Tidur seperti ini akan memberikan tekanan pada belakang dan tulang belakang.
Ini kerana kebanyakan berat anda akan berada ditengah-tengah tubuh menimbulkan kesukaran untuk mengekalkan kedudukan neutral tulang belakang ketika anda tidur.
#2. Sakit leher
Ketika anda dalam posisi meniarap, anda perlu mengiringkan muka anda untuk membolehkan anda bernafas.
Ini sekaligus menyebabkan keadaan leher anda berada dalam posisi yang senget.
Bayangkan keadaan itu berlaku untuk sepanjang malam ketika anda tidur? Melainkan anda boleh bernafas melalui bantal.
Anda mungkin tidak sedar masalah kesihatan yang akan timbul, tetapi, untuk tempoh jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan masalah cakera herniasi (herniated disk); berlaku pecahan cakera gelatin antara vertebra yang menyebabkan gel terkeluar dari cakera dan mengganggu saraf.
#3. Bahaya buat ibu hamil
Anda memerlukan rehat yang berkualiti dan secukupnya.
Tidur dalam posisi meniarap ini boleh mendatangkan bahaya untuk bayi dalam kandungan, kerana bayi anda memerlukan ruang yang secukupnya dan posisi ini akan membuatkan bayi anda terhimpit.
Berat yang bertambahan pada bahagian tengah boleh meningkatkan daya tarikan kepada tulang belakang anda.
Terdapat kajian yang menunjukkan tidur mengiring sebelah kiri boleh meningkatkan aliran darah yang sihat dan tahap oksigen yang optimum untuk anda dan bayi.
Tip untuk elak kesan tidur meniarap
Bagaimana jika anda telah terbiasa tidur dalam keadaan meniarap sepanjang hidup dan anda sukar untuk tidur dalam posisi lain, walaupun menyedari bahayanya?
Namun, usah bimbang, berikut 3 tip dan kaedah yang mungkin dapat membantu anda mengurangkan kesan tidur meniarap:
- Tidur tanpa bantal atau menggunakan bantal yang nipis
- Letakkan bantal sebagai lapik di bawah pelvis untuk menjadikan kedudukan anda lebih neutral dan mengurangkan tekanan pada tulang belakang
- Lakukan regangan pada setiap pagi untuk mengembalikan keseimbangan pada badan. Pastikan anda melakukan senaman memanaskan badan terlebih dahulu
[embed-health-tool-bmi]