backup og meta

Susah Tidur Ketika Usia Senja? Ada Peluang Untuk Ada Sakit Jantung!

Susah Tidur Ketika Usia Senja? Ada Peluang Untuk Ada Sakit Jantung!

Kenapa susah tidur ya? Kadang-kadang, hanya dapat tidur selama beberapa jam saja! Perkara inilah yang sering kali berlaku apabila seseorang meningkat usia, terutamanya selepas berumur 50 tahun, masalah susah tidur atau insomnia menjadi semakin biasa. 

Sedangkan, tidur adalah sesuatu yang penting untuk badan. Risau jikalau tidur terganggu, ada risiko sakit jantung. Artikel ini akan menghuraikan kaitan antara susah tidur dan kesihatan jantung. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, klik di sini.

Kenapa susah tidur?

Agak-agak, kenapa kita susah nak tidur? Apabila umur meningkat, perubahan biologi dalam badan berlaku:

  • Hormon tidur berkurangan: Melatonin, hormon yang mengawal kitaran tidur, semakin menurun dengan usia, menjadikan seseorang lebih sukar untuk tidur lena

  • Kesihatan fizikal: Sakit sendi, masalah prostat, tekanan darah tinggi atau diabetes boleh menyebabkan kerap terjaga pada waktu malam

  • Tekanan emosi: Pada usia 50-an, ramai yang berdepan tekanan seperti persaraan, anak dewasa atau masalah kewangan yang boleh mengganggu tidur

  • Tabiat lama: Pengambilan kafein lewat malam, kurang aktiviti fizikal atau penggunaan gajet sebelum tidur turut memburukkan lagi masalah insomnia

Kesannya, tidur yang sepatutnya menjadi waktu untuk tubuh memperbaiki diri terganggu, lalu menjejaskan kesihatan keseluruhan.

Bagaimana susah tidur berkait dengan risiko sakit jantung?

kenapa susah tidur
Tidur adalah waktu untuk jantung dan saluran darah berehat dan mengurangkan risiko sakit kronik.

Jika seseorang sering tidur tidak lena atau kurang tidur, kesannya boleh menjadi serius kepada jantung. Tidur yang cukup yang diperlukan oleh orang dewasa selama 7-9 jam adalah penting untuk kebaikan kesihatan jantung.

Gangguan tidur mengganggu tidur yang sihat dan menjejaskan kehidupan sehingga 70 juta orang di A.S.

Lebih daripada 80 gangguan tidur yang berbeza telah dikenal pasti. Yang paling kerap terjadi ialah insomnia, narkolepsi, sindrom kaki resah dan apnea tidur. Penyelidikan menunjukkan ia boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular (CVD) dan menjejaskan kesihatan jantung.

  1. Tekanan darah meningkat
    Apabila tidur terganggu, sistem saraf simpatetik lebih aktif. Ini menyebabkan tekanan darah kekal tinggi walaupun ketika rehat. Tekanan darah tinggi adalah salah satu punca utama serangan jantung.
  2. Keradangan dalam badan
    Kurang tidur meningkatkan penghasilan hormon stres seperti kortisol. Ia boleh mencetuskan keradangan kronik dalam saluran darah, yang mempercepatkan proses aterosklerosis (pengerasan arteri).

  3. Gangguan metabolisme
    Tidur yang tidak cukup boleh mengubah cara badan memproses gula dan lemak. Ini meningkatkan risiko obesiti, diabetes dan kolesterol tinggi — semua faktor risiko sakit jantung.

  4. Gangguan irama jantung
    Insomnia kronik juga dikaitkan dengan masalah aritmia (denyutan jantung tidak teratur), yang boleh meningkatkan risiko strok atau serangan jantung.

6 Tanda-tanda susah tidur malam 

Ini tanda-tanda kenapa susah tidur malam. Jika gejala ini kerap berlaku, ia boleh menjadi petanda bahaya:

  • Sukar untuk tidur lebih dari 30 minit walaupun badan letih

  • Kerap terjaga tengah malam dan susah tidur semula

  • Bangun terlalu awal sebelum waktu

  • Rasa penat, cepat marah atau sukar fokus pada siang hari

  • Jantung berdebar atau tekanan darah tidak stabil

Cara mendapatkan tidur yang cukup dan lindungi jantung anda 

Walaupun insomnia pada usia 50 tahun ke atas adalah perkara biasa, ia masih boleh dikawal. Antara langkah yang boleh membantu mendapatkan tidur yang berkualiti ialah:

1. Menetapkan rutin tidur yang tetap

kenapa susah tidur
Habit sebelum tidur dapat memberi signal kepada otak bahawa anda ingin berehat.

Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari membantu melatih jam biologi badan agar lebih teratur.

2. Kenalpasti punca yang mengganggu tidur

Adakah anda jenis mudah rasa penat selepas bangun tidur walaupun sudah dapatkan tidur yang lena? Atau anda bangun pada waktu malam dan mengambil sekurang-kurangnya 30 minit untuk tidur semula, tiga kali seminggu atau lebih?

Anda boleh kongsikan perkara ini dengan pakar kesihatan untuk menilai kualiti tidur anda.

3. Elakkan perkara menyebabkan sukar tidur

Alkohol dan kafein boleh mengganggu tidur dan perlu dielakkan pada waktu malam. Penggunaan peranti elektronik berlebihan juga boleh mengganggu corak tidur anda.

Sebab itulah, pakar mengesyorkan agar tidak menggunakan peranti ini selama sejam atau lebih sebelum tidur.

4. Bina suasana bilik tidur yang selesa

Antara sebab yang lain kenapa susah tidur, mungkin anda tidak mempunyai persekitaran yang selesa untuk tidur.

Tetapkan persekitaran tidur  yang selesa dan nyaman. Contohnya, pastikan anda mempunyai tilam dan bantal yang selesa, suhu yang menyenangkan dan suasana senyap dan gelap. 

sukar tidur malam
Risiko yang berlaku jika anda kurang dapat tidur malam.

Tidur penting untuk semua peringkat umur

Kini anda telah tahu kenapa susah tidur malam. Ketahuilah bahawa tidur bukan sahaja memberi peluang tubuh anda untuk berehat, tetapi menjadi perisai semula jadi untuk melindungi jantung anda. Jangan anggap insomnia sekadar masalah kecil kerana ia mungkin tanda amaran awal kepada kesihatan jantung anda.

Jangan lupa untuk dapatkan pandangan pakar jika keadaan susah tidur berlarutan dan mengganggu rutin seharian anda. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Insomnia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12119-insomnia. Diakses pada 19 September 2025.

Sleep and Older Adults. https://www.nia.nih.gov/health/sleep/sleep-and-older-adults. Diakses pada 19 September 2025

SLEEP DISORDERS AFFECT CARDIOVASCULAR HEALTH. https://www.heart.org/-/media/Files/Health-Topics/Sleep-Disorders/Sleep-Disorders-Fact-Sheet.pdf?sc_lang=en. Diakses pada 19 September 2025.

Insomnia and Heart Health. https://www.heart.org/en/health-topics/sleep-disorders/insomnia. Diakses pada 19 September 2025.

Five Ways to Sleep Well and Protect Your Heart. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/five-ways-to-sleep-well-and-protect-your-heart. Diakses pada 19 September 2025.

How Sleep Deprivation Affects Your Heart. https://www.sleepfoundation.org/sleep-deprivation/how-sleep-deprivation-affects-your-heart. Diakses pada 19 September 2025.

Versi Terbaru

30/09/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Cepat Penat & Susah Tidur? Awas, Ia Mungkin Akibat Masalah Yang Tak Disangka Ini!

Ramai Tak Tahu, Jam Pintar Boleh Baca ‘Isyarat Awal’ Masalah Jantung


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 30/09/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?