backup og meta

AWAS Kelenjar Prostat Membesar Mungkin Sebab BPH! Kaum Adam, Sila Semak Petanda Lain!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/06/2023

    AWAS Kelenjar Prostat Membesar Mungkin Sebab BPH! Kaum Adam, Sila Semak Petanda Lain!

    Kaum Adam perlu peka dengan sebarang masalah yang terjadi pada tubuh badan mereka termasuk jika ia melibatkan aspek fungsi prostat lelaki. Jadi, masalah prostat lelaki terutama BPH adalah antara perkara yang terpenting!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

    Apa maksud sebenar di sebalik kondisi BPH?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, benign prostate hyperplasia (BPH) atau pembesaran prostat jinak merupakan kondisi di mana kelenjar ini mula membesar lalu memberi kesan buruk kepada lelaki.

    Sebenarnya, kelenjar prostat mungkin akan membesar secara semula jadi tatkala lelaki mencapai usia akil baligh dan proses ini tetap berterusan serta berlanjutan sampai mereka menjadi dewasa atau tua.

    Apabila wujud pembesaran tidak normal yang bukan bersifat kanser, ia mungkin bermaksud kondisi BPH berlaku!

    “Individu yang lebih cenderung atau berisiko untuk menghidap masalah prostat lelaki ini adalah apabila mereka sudah berumur 50 tahun dan ke atas,” jelas Pakar Urologi & Bedah Robotik, Dr Zainal Adwin.

    masalah prostat lelaki

    Menurut pakar daripada Hospital Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam itu lagi, kebarangkalian tersebut mungkin boleh meningkat secara mendadak seiring dengan perjalanan usia sesiapa yang terbabit.

    Persoalannya, apa yang akan terjadi kepada lelaki jika ada masalah BPH? Adakah kehidupan mereka bakal terkesan?

    Apa punca, gejala & kesan masalah prostat ini?

    Seperti mana ramai sudah sedia maklum, terdapat 3 fungsi prostat lelaki yang utama dan kita mesti tahu termasuk:

    Apabila masalah prostat lelaki seperti BPH terjadi gara-gara pembesaran kelenjar tersebut yang abnormal dan faktor usia, sudah tentu kelenjar prostat anda bakal mengalami kerosakan atau kegagalan pada fungsinya.

    Antara petanda awal jika lelaki ada penyakit prostat ini adalah anda akan lebih sukar atau sakit ketika membuang air kecil selain macam-macam gejala atau simptom lain yang berkaitan dengan sistem perkumuhan.

    “Kesannya, lelaki mungkin akan hilang kawalan terhadap sistem urinari mereka sendiri sehinggakan ada situasi individu itu terjaga dari tidur di waktu malam kerana rasa ingin kencing lebih daripada 1 kali,” jelas Dr Zainal lagi.

    masalah prostat lelaki

    Dalam erti kata lebih mudah, masalah prostat lelaki ini bukan isu yang kecil dan anda wajar lebih peka dengannya.

    Benarkah ia tiada kaitan dengan kanser prostat?

    Disebabkan ciri kondisi yang seakan serupa iaitu kelenjar prostat membesar, ramai individu mungkin sangka bahawa BPH itu ada kaitan dengan kanser. Namun, kenyataan rambang ini mungkin tidak tepat.

    Yang lebih penting adalah untuk membezakan antara kondisi BPH ini dengan kanser prostat melalui pemeriksaan darah (PSA), imbasan MRI dan biopsi.

    Dr Zainal menjelaskan, BPH dan kanser prostat adalah dua kondisi yang berbeza. Ini kerana masalah pembesaran prostat jinak tidak melibatkan atau mengaktifkan sel-sel kanser, sebaliknya ia suatu kondisi yang agak berbeza.

    “Pun begitu, masalah prostat lelaki ini boleh mendatangkan tekanan tinggi pada salur dan pundi kencing lantaran menjejaskan organ buah pinggang dalam jangka masa yang panjang,” ujarnya lagi.

    Berita baik buat lelaki, anda mungkin masih boleh menyelamatkan kelenjar prostat anda! Katanya, ada satu terapi yang bagus!

    Terapi wap air boleh membantu merawat BPH?

    Kebiasaannya, individu yang ada masalah pada kelenjar ini akan mengambil ubatan dan rawatan klinikal, selain turut mengawal diri daripada setiap pantang larang penyakit prostat secara tradisional.

    masalah prostat lelaki

    Dr Zainal memberitahu bahawa perubatan alpha-blocker sangat penting untuk membuat otot di uretra menjadi lebih lembut dan relaks lalu memudahkan untuk air kencing itu keluar dari pundi dan salur.

    Penggunaan 5-alpha reductase inhibitors (5-ARI) pula mungkin boleh membantu mengecutkan kelenjar prostat yang membengkak itu tetapi wujud kesan sampingan terhadap tahap kesihatan kalian.

    Jika anda tidak mahu menjalani pembedahan pada kelenjar prostat ini, apa lagi rawatan alternatif lain untuk BPH?

    “Ada satu lagi cara alternatif efektif iaitu dengan terapi wap air. Ia juga telah dibuktikan secara saintifik melalui pelbagai kajian di seluruh dunia malah telah dimasukkan ke dalam garis panduan untuk pilihan rawatan yang sedia ada,” kata Dr Zainal.

    Konklusinya, masalah prostat lelaki ini termasuk BPH dan lain-lain bukan satu isu yang kecil kerana ia tentu sahaja menjejaskan kehidupan seorang individu. Jika anda ada sebarang masalah yang berkaitan, segera jumpa doktor!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan