Masalah susah tidur kadangkala berlaku kepada diri anda.
Keadaan yang juga disebut sebagai insomnia ini sama ada berlaku dalam jangka masa pendek (akut) atau jangka masa panjang (kronik).
Setiap jenis mempunyai sebab-sebab tersendiri.
Secara amnya, insomnia kronik adalah lebih serius dan memerlukan rawatan punca berbanding insomnia akut yang kebiasaannya tidak memerlukan apa-apa rawatan khusus.
Berikut adalah tips yag boleh dicuba jika anda sukar tidur.
1. Jika mengalami insomnia kronik, periksa dengan doktor
Antara punca insomnia kronik adalah:
- Kemurungan
- Kebimbangan
- Stres kronik
- Rasa sakit atau tidak selesa di waktu malam
Pemeriksaan yang lengkap harus dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar.
Kebiasaannya, rawatan punca akan menyelesaikan masalah susah tidur tersebut.
2. Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari
Badan anda merembeskan hormon tertentu setiap kali tidur dan bangun.
Jika dua waktu ini berubah-ubah, pelepasan hormon tersebut akan terganggu dan akan menjejaskan jadual tidur anda.
Cuba elakkan tidur di waktu siang kerana ia akan membuatkan anda segar dan sukar tidur di waktu malam.
3. Tiada telefon sebelum tidur
Tutup semua telefon atau sebarang bahan bacaan elektronik sebelum tidur.
Cahaya daripada telefon memberikan isyarat pada badan anda bahawa hari masih cerah dan bukan masanya untuk tidur.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Hati-Hati Lebih Banyak Masa Dengan Telefon, Lebih Teruk Corak Tidur Anda
- Cepat Penat, Susah Tidur Malam? Hati-Hati, Ia Mungkin Kerana Masalah TAK Disangka Ini!
- Perasan Tak Kalau Anda Di Tempat Baru Atau Keseorangan, Susah Betul Nak Tidur! Ini Puncanya!
4. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di malam hari
Jika anda ingin mengambil kopi, menghisap rokok atau meminum alkohol, lakukannya di awal pagi.
Elakkan mengambilnya di waktu petang kerana bahan-bahan ini merangsang badan untuk bekerja dan mengurangkan rasa mengantuk.