home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Hati-Hati Lebih Banyak Masa Dengan Telefon, Lebih Teruk Corak Tidur Anda

Hati-Hati Lebih Banyak Masa Dengan Telefon, Lebih Teruk Corak Tidur Anda

Celik sahaja mata daripada tidur, pasti telefon bimbit yang dicapainya dahulu.

Sudah menjadi kewajipan untuk membuka aplikasi-aplikasi media sosial terlebih dahulu sebelum bangun daripada katil untuk mandi. Sudahlah tidur lambat disebabkan media sosial, bangun tidur juga dihidang lagi dengan santapan daripada media sosial.

Disebalik perkembangan dan kecanggihan platform untuk manusia berhubung, manusia itu sendiri mungkin tidak menyedari kesan media sosial keatas kualiti kehidupannya. Bagaimanakah penggunaan media sosial tanpa batasan boleh menyebabkan penurunan kualiti hidup?

Corak tidur yang teruk

Melalui kajian terbaharu, penyelidik mendapati bahawa golongan remaja yang menghabiskan masa selama 3 jam atau lebih dalam sehari dalam menggunakan media sosial, akan mengurangkan tahap kualiti tidur mereka. Dalam kata lain, corak tidur mereka semakin teruk.

Remaja yang kerap menggunakan media sosial ini akan mempunyai kecenderungan lebih daripada dua kali ganda untuk tidur melebihi jam 11 malam ketika malam persekolahan. Tambahan lagi, mereka juga cenderung untuk terjaga di tengah malam dan sukar untuk kembali tidur selain sukar untuk bangun pagi.

Satu per lima pengguna media sosial ‘sangat tinggi”

Melalui kajian tersebut, remaja yang terlibat melaporkan tempoh masa yang digunakan oleh mereka dalam menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan WhatsApp. Mereka juga melaporkan tabiat kebiasaaan mereka tidur, termasuklah pada jam berapa mereka tidur dan bangun daripada tidur semasa malam persekolahan dan hujung minggu.

Data daripada kajian tersebut telah memperincikan bahawa satu daripada lima remaja menggunakan media sosial lebih daripada 5 jam dalam sehari, dan ia dikelaskan sebagai pengguna media sosial yang ‘sangat tinggi’. Jumlah ini telah mewakili sebanyak 21% daripada keseluruhan responden kajian.

Kurang tidur, kurang prestasi akademik

Kajian ini lebih menumpukan tabiat yang biasa dilakukan ketika malam persekolahan, memandangkan tidur lewat ketika waktu persekolahan boleh memberi kesan terhadap prestasi akademik dan emosi yang buruk. Untuk pengetahuan umum, kekurangan tidur telah dikaitkan dengan prestasi akademik yang kurang memuaskan kerana ia memperlahankan memori dan mengganggu aktiviti pembelajaran.

Menurut Dr. Bernadka Dubicka, kanak-kanak dan remaja disarankan agar mengelakkan daripada menggunakan sebarang gajet sejam sebelum tidur. Ini akan membantu mereka untuk tidur dengan lebih lena pada waktu malam. Ini kerana cahaya biru yang dihasilkan daripada skrin telefon atau tablet boleh memberi kesan terhadap jam tubuh dan hormon yang membantu kita untuk tidur.

Selepas ini, cuba untuk jauhkan sebarang telefon atau gajet daripada tangan anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Bagi ibu bapa pula, kawal penggunaan gajet oleh anak-anak anda agar mereka tidak menggunakannya secara berlebihan. Gajet itu sendiri tidak memudaratkan, tetapi cara penggunaannya yang perlu diambil perhatian.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.dailymail.co.uk/health/article-7597231/Three-hours-day-social-media-interrupts-teenagers-sleep-scientists-say.html

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 29/10/2019
x